Selasa, Januari 13, 2009

Berkawat Lasykar Angkuh Berselendangkan Senjata

Ahad, 11 Januari 2009, bertempat di persimpangan Lincoln Way dan Grand Avenue, protes terhadap serangan bersenjata tentera Zionis di Gaza telah diadakan. Seramai lebih kurang 30 hingga 40 penduduk Ames yang perihatin terhadap keamanan dunia berkumpul di lokasi.

Protes yang diadakan selama sejam setengah mendapat respon positif dari masyarakat setempat khususnya komuniti Muslim di Ames yang beramai-ramai menyuarakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan baru Amerika Syarikat dan juga kerajaan Israel. Beberapa sepanduk yang mengutuk kezaliman rejim Zionis dan sekutu diangkat dan mendapat sokongan tidak kurang sindiran daripada pengguna jalan raya yang melalui lokasi protes.

Diharap protes yang dibuat dapat membuka mata masyarakat setempat akan isu yang melanda Semenanjung Gaza yang telah berlarutan berpuluh-puluh tahun. Juga memberi kesedaran kepada saudara sesama Islam agar tidak hanya memejamkan mata dan sama-sama membantu saudara di Palestin.







Semoga aku juga tidak hanya bersemangat menyertai protes malah turut sentiasa sedar kesakitan yang dialami mereka yang di sana dan memanjatkan doa agar nasib mereka terbela. Terima kasih sahabat-sahabat atas mesej-mesej anda di Friendster, Facebook, emel, YM dan medium-medium lain tentang serangan di Gaza ini. Terima kasih.

10 ulasan:

NIVYANFAZZA berkata...

ALLAHumma yansuril islama wal muslimin, wal mujahidin fi Ghazzah, fi Palestin , fi Iraq, fi Afghanistan, fi kulli zamaan wa fi kulli makaan...."

fanramli berkata...

salam.

dah lama teringin nak tgk protes di US, especially. apalah agaknya yg sdg dilakukan pemimpin negara veto itu agaknya ya.

hehe.

p/s: gambar dua dari bawah. rakan anda di sebelah kiri, adakah dia menggunakan lense 55-200mm VR?

Tanpa Nama berkata...

oo aah.. 55-200mm VR..namun masih belum mampu mengganggugugat lensa 18-105mm VR milikku..hikhik

Tanpa Nama berkata...

iskk sedihnyer tak dapat join :(

Tanpa Nama berkata...

huhu..sape suh blik dlu kak sam..

Tanpa Nama berkata...

mai join sini aa. crowd lg ramai. berkobar2 je rasa. cewah.. apasal sume muka abg2 tu sume cam kena paksa pegang banner je? kalah bet ke apa?

Tanpa Nama berkata...

nancy x protes skali ke? robert umah sebelah aku join ak demo ni? kalu dia xjoin pukul dia utk aku ok.

Tanpa Nama berkata...

heh..protes kat msia x mencabar..x sejuk tahap bawah beku..lol nancy busy ar bersihkan hotel..robert pires tgh main utk villareal..robert de niro tgh sibuk shooting..lol

Tanpa Nama berkata...

ya betul..kat sini lebih kuat cabarannye..siap dgn ank2 kecik tu meredah snow..Allahu Akbar!!!

jimbo, apelah gunenye kalo crowd penuh mase protes tp dlm mase yg same kfc dan mcd juge masih sesak dgn umat Islam?hmm..renung2kanlah bersame..:)

p/s:cun habes gamba no.3 dr atas tuh =p

Tanpa Nama berkata...

haha..ade gamba suami dia jadi cun la gamba tuh..isk3 hehe