Rabu, Mac 25, 2009

Selamat Bin Kusno

Selamatkah kita di bumi sendiri?

Situasi 1

Aku merayau sendirian di ibu kota. Duit di dompet hanya RM 50. Posisi dompet? Kocek hadapan jeans. Bersedia untuk memasuki Putra LRT dan aku dengan syak wasangka terhadap orang sekeliling menjaga rapi segala barang penting di tubuh aku. Takut-takut kecurian.

Situasi 2

Tengah hari hari Jumaat. Abah sudah awal-awal memanaskan enjin Perodua Kelisa beliau. Aku masih terkebil-kebil mencari alas kaki apakah yang paling sesuai untuk dibawa ke masjid. Selipar jenama Line7? Oh, jangan mengada-ngada. Gerenti beres dikebas durjana-durjana pesisir masjid.

Situasi 3

Berpeleseran sebentar di The Store Bandar Banting. Motosikal sudah rapi terkunci. Helmet ini mahu kutinggalkah? Berani sungguh aku. Bawa sahaja dan pegang erat-erat. Sehodoh mana pun helmet kau, masih tinggi nilainya pada mereka.

Situasi 4

Keluar sebentar beli nasi bungkus di medan selera yang asyik itu. Pagar rumah pastikan bermangga. Langsir di sliding door pastikan tidak terselak. Setelah aman, barulah hati juga aman untuk meninggalkah rumah.

Situasi 5

Laptop Bangcik ada dalam kereta, mama! Mama cadang bateri dicabut. Selubung laptop dengan telekung. Buat seperti tiada kesan alat elektronik dalam kereta. Barulah hati tenang meneman keluarga berbelanja di Jusco Bukit Raja.


Ames, IA

Ah,mengapa aku tidak perlu risau perkara-perkara itu di sini? Mengapa dompet hilang pun masih boleh ditemui selepas dua tahun tanpa hilang segala dokumen penting? Mengapa kasut berjenama mewah tidak pernah kecurian walau diletak tersusun begitu rapi di hadapan rumah teman? Mengapa kereta ditinggal tidak berkunci sambil enjin dihidupkan tanpa ada si tuan di dalamnya? Mengapa rumah aku tidak pernah berkunci selama berbulan-bulan? Mengapa laptop ditinggal merata-rata seolah tiada harga di mata manusia?

Khamis, Mac 19, 2009

Aku dan Tuhanku


Aku dan Tuhanku

Tuhan
Kau lahirkan aku tak pernah kuminta
Dan aku tahu sebelum aku Kau ciptakan
Berjuta tahun tak berhingga lamanya
Engkau terus menerus mencipta berbagai ragam

Tuhan
Pantaskah Engkau memberikan hidup sesingkat ini
Dari berjuta-juta tahun kemahakayaanMu
Setitis air dalam samudera tak bertepi
Alangkah kikirnya Engkau dengan kemahakayaanMu

Dan Tuhanku
Dalam hatikulah Engkau perkasa bersemayam
Bersyukur sepenuhnya akan kekayaan kemungkinan
Terus-menerus limpah-ruah Engkau curahkan
Meski kuinsaf kekecilan dekat dan kedaifanku
Di bawah kemahakuasaanMu
Dalam kemahaluasan kerajaanMu

Dengan tenaga imaginasi Engkau limpahkan
Aku dapat mengikuti dan meniru permainanMu
Girang berkhayal
Dan mencipta pelbagai ragam
Terpesona sendiri menikmati keindahan ciptaanku

Ah Tuhan
Dalam kepenuhan terliput kecerahan sinar cahayaMu
Menyerah kepada kebesaran dan kemuliaan kasihMu
Aku akan memakai kesanggupan dan kemungkinan
Sebanyak dan seluas itu Kau limpahkan kepadaku
Jauh mengatasi makhluk lain Kau ciptakan

Sebagai khalifah yang penuh menerima sinar cahayaMu
Dalam kemahaluasan kerajaanMu
Tak adalah pilihan
Dari bersyukur dan bahagia
Bekerja dan mencipta
Dengan kecerahan kesedaran dan kepenuhan jiwa
Tidak tanggung
Tidak alang kepalang

Ya Allah Ya Rabbi
Sekelumit hidup yang Engkau hadiahkan
Dalam kebesaran dan kedalaman kasihMu
Tiada berbatas
Akan kukembangkan semarak semekar-mekarnya
Sampai saat terakhir nafasku Kau relakan

Ketika Engkau memanggilku kembali ke hadiratMu
Ke dalam keghaiban rahsia keabadianMu
Di mana aku menyerah tulus sepenuh hati
Kepada keagungan kekudusanMu
Cahaya segala cahaya

Sutan Takdir Alisjahbana

*Aku salin puisi dari deklamasi Dian. Tak pasti ketepatan dengan puisi asal. LOL

Jumaat, Mac 13, 2009

Kalah atau Kecundang?

"Winning isn't everything."

Ini mungkin ungkapan mereka yang seringkali gagal. Ini barangkali ditujukan untuk mereka yang bermegah mengatakan mereka adalah pemenang. Ini kata-kata berunsur motivasi perangsang diri. Kepada siapa pun ucapan azimat ini diacukan, kemenangan memang bukan segalanya.

Bagi mereka yang gagal/kalah/kecundang atau apa sahaja referens yang sinonim dengan maksud tersurat dan tersirat perkataan-perkataan tersebut, "Winning isn't everything" dilihat sebagai suatu alasan menyembunyikan kekecewaan akibat kegagalan. Namun tanpa sedar, ia membentuk jati diri seseorang dalam mengenal erti kemenangan mutlak. Kemenangan dalam mencari sisi positif di sebalik kekalahan.

Bagi si pemenang, "Winning isn't everything" adalah pemberitahuan kepada dunia bahawa di sini berdirinya seorang yang betul-betul pemenang. Mungkin bongkak? Ya. Err, entah. Ia juga berpotensi untuk menjadi jambatan penghubung antara kejayaan dan kesederhanaan.

Mana satu yang kita pilih? Jalan sudah terbentang. Yang positif itu nyata. Yang negatif juga nyata.


Setelah puas merepek dengan tulisan ala-ala seorang kaunselor sekolah, dengan ini aku ingin merakamkan tahniah kepada si punya nama Nur Akmal Aiza. Namun, terimalah hakikat bahawa abangmu ini lebih mantap. Tapi bukankah "Winning isn't everything"?

* * * * *


Tag Cik Fan

Picture Desk Perfect
1.Take a picture of your desk/table
2.Don't change anything
3.Don't edit anything
4.Try to explain what's on your desk


Meja belajar yang tak pernah disinggahi buku. Ada keperluan komputer. Ada jam meja yang disengajakan cepat 5 minit. Ada beberapa barang persendirian. Ada beberapa botol tabung-tabungan. Ada beberapa alat solek bujang-bujangan. Lengkaplah hidup seorang pelajar di bumi Pak Cik Sam ini.

Rabu, Mac 11, 2009

Gema Tanggal Dua Belas

Aku serba kurang.
Kurang ilmu. Tak terbanding dengan ilmuan yang ulung.
Kurang ibadah. Tak terbanding dengan ahli ibadah yang taat.
Kurang hafalan. Tak terbanding dengan huffaz yang celik hati.
Kurang fizikal. Tak terbanding dengan pahlawan yang gagah.
Kurang harta. Tak terbanding dengan hartawan yang mewah.
Kurang kuasa. Tak terbanding dengan pemerintah yang hebat.
Tapi aku masih,
Mengharap reda Tuhan.
Mengharap syafaat Muhammad.
Mengharap baik dunia.
Mengharap baik akhirat.

Innallaha wa malaikatahu yusolluna alannabiy
Ya ayyuhallazina amanu sollu alaihi wasallimu taslima


Selasa, Mac 03, 2009

Alahai Emak Kahwinkan Aku


1. How old are you?
23 tahun

2. Are you single?
Single mingle lazat berkrim disukai ramai

3. At what age do you think you'll get married?
Balik Malaysia terus kahwin. Huahuahua

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
Kat rumah ni ade 2 roommate lelaki. Takkan dengan diorang kot? Euww!

5. If not, who do you want to marry?
Kerabat Diraja Selangor Darul Ehsan. (Masihkah akan terjadi?)

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Member aku yang masih loser.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Mengikut adat istiadat istana. (Kalau tak dapat anak raja, buat kecik-kecik sudaa. Duit takde.)

8. Where do you plan to go on honeymoon?
I ikut je isteri I nak pergi mana.. =P

9. How many guests do you think you'll invite?
Suadara-mara jauh dan dekat, sahabat-handai, guru-guru, juga jiran-jiran sekampung. (Ha, kau kira la sendiri.)

10. Will that include your exes?
Ya. Maafkan Abang Shafiq andai abang melukai hati kalian. =P

11. How many layers of cake do you want?
Berlapis-lapis. (aka Kek lapis)

12. When do you want to get married, morning or evening?
Pesta 7 hari 7 malam tanpa henti. (Orang sekarang selalunya nikah lepas Jumaat ek?)

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
Cempoling.

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork n knife?
Isk, anak-anak raja kena la yang hebat-hebat. (Rindu seyh makan nasi minyak. Walaupun..)

15. Champagne or red wine?
Haram. Boleh tak kasi jus betik ke, jus nenas ke?

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Habis rewang, terus je gerak.

17. Money or household items?
Serba berdiri.

18. How many kids would you like to have?
14?

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Apalah gunanya Nikon D40 aku?

20. Whose wedding plan would you like to know ?

Zulu. Huahuahua

"Boy you missed the boat, it just sailed away"