Rabu, Mac 25, 2009

Selamat Bin Kusno

Selamatkah kita di bumi sendiri?

Situasi 1

Aku merayau sendirian di ibu kota. Duit di dompet hanya RM 50. Posisi dompet? Kocek hadapan jeans. Bersedia untuk memasuki Putra LRT dan aku dengan syak wasangka terhadap orang sekeliling menjaga rapi segala barang penting di tubuh aku. Takut-takut kecurian.

Situasi 2

Tengah hari hari Jumaat. Abah sudah awal-awal memanaskan enjin Perodua Kelisa beliau. Aku masih terkebil-kebil mencari alas kaki apakah yang paling sesuai untuk dibawa ke masjid. Selipar jenama Line7? Oh, jangan mengada-ngada. Gerenti beres dikebas durjana-durjana pesisir masjid.

Situasi 3

Berpeleseran sebentar di The Store Bandar Banting. Motosikal sudah rapi terkunci. Helmet ini mahu kutinggalkah? Berani sungguh aku. Bawa sahaja dan pegang erat-erat. Sehodoh mana pun helmet kau, masih tinggi nilainya pada mereka.

Situasi 4

Keluar sebentar beli nasi bungkus di medan selera yang asyik itu. Pagar rumah pastikan bermangga. Langsir di sliding door pastikan tidak terselak. Setelah aman, barulah hati juga aman untuk meninggalkah rumah.

Situasi 5

Laptop Bangcik ada dalam kereta, mama! Mama cadang bateri dicabut. Selubung laptop dengan telekung. Buat seperti tiada kesan alat elektronik dalam kereta. Barulah hati tenang meneman keluarga berbelanja di Jusco Bukit Raja.


Ames, IA

Ah,mengapa aku tidak perlu risau perkara-perkara itu di sini? Mengapa dompet hilang pun masih boleh ditemui selepas dua tahun tanpa hilang segala dokumen penting? Mengapa kasut berjenama mewah tidak pernah kecurian walau diletak tersusun begitu rapi di hadapan rumah teman? Mengapa kereta ditinggal tidak berkunci sambil enjin dihidupkan tanpa ada si tuan di dalamnya? Mengapa rumah aku tidak pernah berkunci selama berbulan-bulan? Mengapa laptop ditinggal merata-rata seolah tiada harga di mata manusia?

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepersoalan lagi:
"mengapakah tiada berlakunya situasi yg mane kau bukan US citizen kau tak blh mendapat hak spt kami, kau org luar kau tak layak mendapat keistimewaan spt kami, dan plg penting U R MUSLIM tak sepatutnye dilayan setaraf dgn kami"

persoalan itu dan situasi2 yg tuan sebutkan juga seringkali bermain di benakku dan suami..
mengapa sume itu berlaku di tnh air tercinta yg mane Islam sbg agama rasmi, tp tidak di bumi asing ini yg majoritinya al-kafirun?hanya Allah yg Maha Mengetahui..

tp melalui pemerhatian dan penelikan, jawapan yg plg hampir adlh krn 'BUDAYA HIDUP' (noktah tanpa penjelasan lanjut)

setujukah?

Tanpa Nama berkata...

camne nak balas komen kak jaja ni? berat sungguh topik itu.

even kat US ni pun ada segelintir pihak yang masih memperjuangkan hak kesamarataan (ie golongan gay/lesbian/transgender, etc).

namun saya sgt bsyukur kerana hak beragama dan mengamalkan agama di sini sangat dihormati. wanita Islam tidak disuruh menanggalkan tudung di kelas/institusi awam dan kita bebas berdemonstrasi untuk membela nasib saudara seIslam.

dan saya bersetuju bahawa budaya hidup memainkan peranan dalam membantu tahap kurangnya jenayah umum. mungkin rakyat malaysia perlu lebih disiplin. dan ini menuntut perubahan dari akar umbi.

*berharap agar jenayah kolar putih tahap tertinggi di malaysia dapat dikurangkan/dihapuskan.

Tanpa Nama berkata...

salam

wuhuuu. kritis nya persoalan saudare di entri kali ini.

sy tak tau bgmana di sana scr totaliti tp di sini : true, i admit sedikit sebanyak mcm apa yg diceritakan di atas.

bezanya di negeri sini, rasa selamat itu wujud di kawasan tertentu. bukti ; tnyakan sudah berapa ramai student malaysia yg diragut/dipickpocket/diugut di ibu kota paris.

mungkin negara roti baguette ini agak menyerupai negara parameswara itu.

dan kecacatan negara kita itu tampak lebih kritikal hanya kerana di bandar atau di kampung atau di mana saja, kita harus berjaga-jaga tp di negara luar, kita boleh menarik nafas sedikit.

hakikatnya, bahaya itu ada di mana-mana kan? kerana syaitan itu memang tugasnya mendatangi manusia dari belakang depan kanan dan kiri.

satu saja yg saya nampak sbg penyelesaian di malaysia : islam scr kaffah.

tpi fan, sekarang kan memang da islam?

hek eleh. ye ke kamu islam scr kaffah (menyeluruh)? cube tgk kat klcc sikit. apa adaaa?

hish. ko ni pemikiran extremist la fan.

extremist bg kamu tu apa? kalau kamu kipas-susah-mati mawi, sy kira kamu pun 'extremist' mawi.

ko ingat senang ke nak kasi/betulkan sume org paham pasal islam yg betul, yg suci tu?

mmg la susah. sape kate kalau buat ari ni, esok bebangun tgk da menang. Rasulullah sendiri tak pnah sempat tgk islam menguasai 2/3 dunia. tp cukuplah kita glgn awal menyumbang utk masa hdpn. dan bertindaklah. jgn tanye soalan je ko tau, jang.

fan, ini komen box org. bukan tempat post entri.

ohh ye ke. alamak. sorila penulis. da melalut di pepagi bute yg indah ini. haish.

terima kasih kerana sudi baca sampai tahap ini tanpa tertidur. huahua.

Tanpa Nama berkata...

cik fan, saya kira komen saudari lebih panjang dari entri saya.. haha

ya, memang jalan penyelesaiannya sudah lama ada. bukan ciptaan siapa-siapa, tapi tersedia oleh Allah yang memiliki segala apa yang ada di dalam kemahakayaanNya.

kadangkala sedih melihat rakan sepermainan ketika kecil dahulu kini hidup umpama bangkai bernyawa walhal kualiti yang ada boleh dimanfaatkan ke arah kemajuan negara dan agama.

juga nasihat kepada diri sendiri agar diperbetul lagi dan lagi.

Ct AdAh berkata...

Salam..

dua tiga kali aku gosok mata ni, amik specks bg terang skit pembacaan..rasa mcm di alam mimpi pulak bila wak berbicara soal agama, bangsa, dan negara..hmm~

huahua..gurau2 je wak..tp aku setuju jugak dgn situasi2 yg ko timbulkan tu..cumanya, ko xleh la judge sesuatu tu 100% sbb manusia ni walau bertamadun mcm mana pn, pasti hasutan syaitan tu ada kt mana2..bak komen cik fanramli kt atas ni..

cth, basikal aku yg ilang kt dublin wkt saat2 terakhir aku bakal meninggalkan bumi shamrock tu..wpun spjg permukiman aku kt sna sblum tu, xpenah terfikir brg aku akan ilang dicuri org (kira aku sntiasa berhusnu dzon la ni~)..tp apa2 pn, kt msia..lg tnggi risk utk kecurian brg, kereta, laptop etc..sbbnya? my humble 2 cent opinion, rmai sgt pndatang asing kot..

wallahua'lam~

Tanpa Nama berkata...

wslm

haha.. ni lah salah satu punca orang di Malaysia susah nak berjaya.. bila ada perubahan je, ada orang x senang..hehe

ye aku akui kat mana-mana pun pasti ada kejahatan.. even zaman nabi pun masih ada orang yg berbuat jahat.. siap lawan nabi lagi..

tak boleh jugak salahkan pendatang asing, sebab bukan seratus peratus pendatang asing tu x elok.. tapi bila aku terkenang zaman outing kat kelang dulu2, terasa macam kat jakarta pulak..kikiki

Mata 3 berkata...

sebab diri sendiri.. kalo sume sedar xde jadik masalah camtu.. diri sendiri kene berubah..sekian.

Tanpa Nama berkata...

tu ar ayie..sendiri mu ingat la kan..haha

Tanpa Nama berkata...

warx!

jgn sekali ko nak kutuk2 Malaysian, Malaya, Melayu..ape bagai..walau dgn isi tersirat

Nt aku jadi menteri kewangan, aku soh ko byr balik wang tajaan.

Hujan batu di negeri sendiri, tu sebab Malaysia anta kite blaja kt luar, bila balik berbakti betulkan anak bangsa!penghijrahan itu ambil mase 2 hari kah? 2 tahun kah?

USA jauh 100thn kedepan, mentality berbeza dgn kite, kite masih perlukan pembangunan dari segi itu, dimanakah pemikiran anda yg jauh itu? hilangkah kerana sudah hampir 4thn bukan di bumi Malaysia?

cis..nyampah aku bace entry/komen org yg seperti kacang pagoda ni.

warx.hensem berkata...

haha..

oh mintak maaflah kalau entri aku ini menyebabkan bangsa melayu melangkah setapak ke belakang. aku bukan penyanjung negara luar mahupun pengutuk bangsa sendiri.

cuma aku terpanggil untuk mencari di mana salahnya anak MELAYU-ISLAM/ISLAM-MELAYU sampai begitu sedikitnya nilai Islam dan Melayu yang masih dipraktikkan.

dan betullah perubahan tu perlukan masa. dan inisiatifnya dengan melihat perkara positif pada orang lain walaupun hakikatnya perkara positif itu asalnya juga ajaran nenek moyang kita tetapi telah lama diabaikan oleh cucu-cicitnya.

aku memasang impian agar tiada lagi wanita-wanita menjadi mangsa ragut, tiada orang awam menjadi mangsa pukau, tiada rakan-rakan menjadi mangsa dadah, dan tiada jenayah di tanah air.

Aku Tak Kutuk Melayu. Aku risau keadaannya sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Hrmmm....terkena ko wak....Aku ok je ngan komen2 ko...aku x kisah kita ketinggalan 100 tahun ke ape....yg penting the fact rakyat malaysia or even melayu mmg mcm itu.....terima the fact and work something to change it...jgn x terima reality cik sesacun.....kadang2 kita rasa ok dgn negara kita pun x dpt membina apa2 pun.....kita tgk apa yg blh bdak grad2 overseas blh buat utk bantu malaysia......

AMY SENSEI berkata...

ya, saya rasa amat 'secured' di sini, rumah tak pernah kunci, kunci kereta di kereta sentiasa, naik basikal pukul 1-2 pagi takde sesapa yang kacau,tertinggal wallet dlm tandas pun takde sapa nak ambik..kalau la di negara kita?? habis laaaa..peace from Japan!

warx.hensem berkata...

anon: kekeke aku cakap je lebat..in the end x buat ape2 pon utk bantu negara n even rakyat sekampung..dengar cerita org2 susah, rasa kesian..sampai situ je la..isk3

amy sensei: bagus la begitu..tp kena juga beringat sblm kena..n kim slm kat kichise michiko ek kat jepon tu..kekeke