Jumaat, Mac 13, 2009

Kalah atau Kecundang?

"Winning isn't everything."

Ini mungkin ungkapan mereka yang seringkali gagal. Ini barangkali ditujukan untuk mereka yang bermegah mengatakan mereka adalah pemenang. Ini kata-kata berunsur motivasi perangsang diri. Kepada siapa pun ucapan azimat ini diacukan, kemenangan memang bukan segalanya.

Bagi mereka yang gagal/kalah/kecundang atau apa sahaja referens yang sinonim dengan maksud tersurat dan tersirat perkataan-perkataan tersebut, "Winning isn't everything" dilihat sebagai suatu alasan menyembunyikan kekecewaan akibat kegagalan. Namun tanpa sedar, ia membentuk jati diri seseorang dalam mengenal erti kemenangan mutlak. Kemenangan dalam mencari sisi positif di sebalik kekalahan.

Bagi si pemenang, "Winning isn't everything" adalah pemberitahuan kepada dunia bahawa di sini berdirinya seorang yang betul-betul pemenang. Mungkin bongkak? Ya. Err, entah. Ia juga berpotensi untuk menjadi jambatan penghubung antara kejayaan dan kesederhanaan.

Mana satu yang kita pilih? Jalan sudah terbentang. Yang positif itu nyata. Yang negatif juga nyata.


Setelah puas merepek dengan tulisan ala-ala seorang kaunselor sekolah, dengan ini aku ingin merakamkan tahniah kepada si punya nama Nur Akmal Aiza. Namun, terimalah hakikat bahawa abangmu ini lebih mantap. Tapi bukankah "Winning isn't everything"?

* * * * *


Tag Cik Fan

Picture Desk Perfect
1.Take a picture of your desk/table
2.Don't change anything
3.Don't edit anything
4.Try to explain what's on your desk


Meja belajar yang tak pernah disinggahi buku. Ada keperluan komputer. Ada jam meja yang disengajakan cepat 5 minit. Ada beberapa barang persendirian. Ada beberapa botol tabung-tabungan. Ada beberapa alat solek bujang-bujangan. Lengkaplah hidup seorang pelajar di bumi Pak Cik Sam ini.

5 ulasan:

fanramli berkata...

winning tu subjektif.

kalau bertanding lalu kamu menang kerana boifren/gilfren/suami/isteri/ahli keluarga kamu ialah ketua juri yg mmg sengaja mahu kamu menang : so, u r not the winner.

kalau bertanding lalu kamu kalah padahal kamu terbaik pd pandangan seantero penonton : so, u r the true winner.

winning isnt everything as long as u give ur best.

chewah. pndgn personal je.

p/s: huhu. merci² sbb rajinkan diri buat tag.

Tanpa Nama berkata...

kemasnya meja warx
boleh caye ke?

Tanpa Nama berkata...

jauhnya anda berfikir cik fan..huhu

ni dah habis kemas ni kak am oi..hikhikhik

Tanpa Nama berkata...

warx..syarat tag yg jelas:

2. Don't change anything

ke aku yg dah lupe cmne keadaan meja ko yg "indahnye gambar ni" hohoho

xpun...sanggup ko memerah tenaga menjadikan ia sebegini rupe semata2 utk tangkap gambar ni huahuahua

Tanpa Nama berkata...

haha aku dah buang byk barang ar dlm bilik aku..utk memudahkan proses pengosongan bilik akhir sem kang.. dan skill pemanipulasian lensa aku yg tip top menjadikan gambar meja kelihatan cool wpun blur cam haram..haha