Ahad, April 19, 2009
Maqalah Hari Sabtu
Hari ini hari Sabtu. Hari ini ada perarakan sekitar kampus sempena VEISHEA. Pagi-pagi aku sudah keluar. Bukan. Bukan untuk ke perarakan itu. Aku perlu ke Memorial Union. Nancy panggil aku kerja. Pagi tadi cuaca mendung. Gerimis sepanjang aku berjalan dari rumah ke tempat kerja.
Sampai di kawasan kampus, sudah ramai yang menunggu untuk melihat perarakan. Walaupun ramalan kaji cuaca menunjukkan hari akan hujan. Banyak juga gerai di sepanjang jalan. Di depan Curtis Hall dan sekitar Campanile juga sudah terasa kemeriahan. Beginilah keadaan sewaktu VEISHEA setiap tahun.
Sampai di front desk, aku terserempak dengan Sabrina. Dia tersenyum, aku membalas senyuman. "Dia pun kerja hari ini." Kami sama-sama menaiki lif ke tingkat 4. Beberapa langkah keluar dari lif, aku tersentak. "Wow, comelnya!" Kali pertama aku lihat gadis itu. Laura namanya, setelah Nancy secara tidal sengaja memanggilnya di hadapanku.
Teringat pula dua atau tiga tahun lepas ketika Katie masih bekerja di sini. "Ok, fine! You're freaking hot!" kata Kim kepadanya sewaktu mereka bergurau dahulu. Ya, Katie memang hot dan juga baik hati. Tersenyum sendiri aku sambil menggapai kain buruk untuk menyendal pintu bilik yang perlu aku bersihkan. Bersemangat untuk kerja.
Hampir semua bilik dihuni. Nasib baik ramai yang hadir kerja hari ini. Lewat 30 minit selepas jam 12 kami sudah hampir selesai. Dan aku dibenarkan pulang. Perarakan pun sudai habis waktu itu. Namun sempat juga aku melihat ketika waktu break dan juga dari tingkap sebuah bilik di tingkat 6.
"Thank you, Shafiq!" ujar Nancy dengan pelat Inggerisnya ketika menyebut nama aku. "Come early tomorrow." Tambahnya lagi mengingatkan jadual kerja aku esok. Esok kenalah aku bangun pagi-pagi lagi. Kerjakah Laura esok ya? Kekeke..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
teringat masa akak kena panggil masuk keje oleh nancy dulu waktu veishea.. huhuhu... sekarang baru la ada masa nak gi enjoy veishea xD
haha..enjoy kak..nancy mempergunakan saya semaksimumnye..ces..kekekeke
salam.
oit.entry ini penuh menceritakan juga menamakan kecantikan gadis2 us yg bekerja dgn ko.
haha
wslm..haha tamatlah sudah kerja aku di situ..
i loike this cerpen..buat i tersengih dan tersenyum seorgan di tgh mlm sejuk ini..
wah..habis dah u kerja kt situ shafiq?so dpt jumpe dgn laura lg tak ahad tu?kalo dia tau u anggap dia comel, mesti dia pun akn balas balik, "u know what..u r cute too, shafiq!"..ngehngehngehh
(apekah maknanye pujian k.jaja ini?mungkin krn kepinginkan dadih semasa potluck muhibbah nanti =p)
haha..sudah habis la kak jaja..dah dapat graduation card lg dr nancy..peh,laura keje hr ahad..ade one time ni dia tersalah masu bilik, pastu dia tersenyum malu..peh kak, cair gile..haha bole2 kak, tp sy kena cr bekas dlu la kot..n yg tinggal perasa vanilla ngan durian jek..kekeke
tell laura i love her..
utk ko ke utk aku? utk ko xde hasil ar..
cair eh???
gatainyela adik aku nehhh...=p
perisa durian wak?uiks..akk tk penah try lg tu?
tp blhla mengubat windu pd raja buah itu..jgn rasa tempoyak sudaaaaaa..hahaha
wak..keep in mind ye..akk jd tumpang brg tau..tq!!!
oo ok2 kak..sy dah beli kotak tu..tp utk sy je la dlu..tp x isi lg barang..tunggu hbs semester dlu kot..tgk la cmne kang..kekeke
oo yeke..awk beli ktne dik?akk tgk kat walmart tarakla size tuh..kecik..carik kat Lowes ke?
let me know ye..nk pi beli plak nih..
sy beli kat uhaul, ckp ngan dia nak beli dish barrel box...dimension dia 18x18x25 tu ar plg besar
bila balik mesia??? mesia lagi hot dari laura hehe. gud luck final! u'll soon have a 'bachelor' degree :P
warx..akk dh beli kt walmart..18x18x24..$4++ shj..;)
salam sam..ape kaba?ye benar same sekali..malaysia mmg lg hot..dgrnye tgh kemarau skang ni?
take k!
hi jaja, saya tengah mengidam GPS unit souvenir drpd warx yang nak balik mesia tak lama lagi... aduihhhh ngidam ni..
haha kak sam..saya memang bachelor ok..isk2, tunang saya pon x mintak hadiah gps system kak sam..kekeke
oo ye ke kak jaja, xpe la..dah terlanjur..(terlanjur beli, bukan terlanjur lain..)kekeke
selama ni awak perasan bachelor je warx.. sudahlah warx.. hapuskanlah imaginary fiance awak tu.. baby ksam comel tau (ni baby betul, bukan abg fakhrul lah).. haaaa nak beli GPS system tak?
haha..nak tunggu baby kak sam lama sgt..hehe anyway, congrats ek kak sam..bole la saya menumpang bahagia..kekeke
Catat Ulasan