Saya baru sahaja menerima panggilan dari Indonesia. Panggilan itu bukanlah untuk saya. Namun setelah menerima panggilan itu, hati saya berbunga-bunga. Empunya suara adalah seorang wanita. Usianya tidak dapat saya agak kerana saya adalah penganalisis umur wanita yang sangat teruk. Apa yang menarik perhatian saya adalah kesopanan dan kelembutan suara si pemanggil. Penuh adab dan tatasusila.
Berbeza dengan layanan yang saya terima apabila berurusan dengan warga Malaysia yang saya rasakan agak kasar. Tiada senyum, sering mengabaikan dan buat tak endah, malah membentak-bentak apabila pelanggan bertanyakan sesuatu. Kalaupun dalam emosi marah, apakah keutamaan pelanggan boleh diabaikan?
Tidak kira di pejabat kerajaan, pusat-pusat perkhidmatan malah di kaunter restoran pun keadaan ini berlaku. Apakah orang Malaysia kebanyakannya terdidik biadap?
2 ulasan:
Sabar wak..
tp sbnrnya itulah realiti yang kte kna hadapi kt negara sendiri. Walaupun pahit, kna terima jugak. Bagi aku, kalu kte xsuka org buat kte mcm tu, seboleh mungkin kte bg layanan yang baik kt org lain. Wut u give is wut u get, right? =))
aku punya la baik tanya, leh dia tarik muka ketat..kalo aku mmg kurang ajar, dah lama muka dia ade kesan buku lali aku..huahuahua
Catat Ulasan