Hasil ponjongan dari Nek Siti & Tok Itam, aku sempat merasa sagu rendang. Tak tahu? Aku pun baru dengar hari ni. Mama yang terchenta yang beri penjelasan ringkas tapi tepat. Sagu yang diwarna (hijau, pink atau sekehendak hati) dimakan bersama santan dan gula merah. Selepas menikmati kelazatannya aku seakan terdengar sagu rendang tersebut menyanyikan bait lagu Hold It Against Me dendangan Britney Spears pada lirik yang ini "But, you know I'm just your type".
Sungguh, amalan 'monjong' yang menjadi tradisi masyarakat Jawa turun-temurun ini telah menemukan aku dengan aneka juadah. Cuma, oleh sebab terlalu banyak ponjongan yang sampai dalam satu-satu hari, terkadang makanan yang berlebih itu menjadi santapan ayam dan kucing (serta biawak) belakang rumah. Nenek pun mengeluh "Kat sini makanan dibuang-buang, kat apreka (Afrika la tu) orang nak makan pun susah". Aku yang menghadap laptop, buat-buat tak dengar sebab dah kenyang kot nek. Mana muat nak masuk lagi.
* Agak-agaknya, Sherina Munaf tahu ke pasal sagu rendang ni?
2 ulasan:
alahai bang.
nampaknye saya da pernah menikmati kelazatan sagu rendang ni pada usia yg lebih muda dan cute. kat france plak tu. muehehe.
aiseh dik, nak wat camne..baru tahun ni org monjong sagu rendang..
Catat Ulasan