Rabu, Mei 02, 2007
Sesat
Assalamualaikum.
Rakaman Edisi Siasat ini mungkin telah lama disiarkan. Namun aku hanya baru dapat menontonnya kira-kira 2 minggu lepas. Pakcik tua dalam video ni dengan lantang dan yakin mengaku dirinya nabi untuk kaum Melayu. Malah dengan sombongnya mengaku yang dirinya diiktiraf oleh Allah sebagai rasul dengan mendakwa turunnya ayat dalam Surah Yasin khas untuk dirinya. Sesat. Malah menyesatkan. Penyokong-penyokongnya sangat taksub sehingga menghina dan mempersenda Islam. Nauzubillah. Sedarlah. Yang lebih menyedihkan, kebanyakan penyokongnya adalah dikalangan makcik2. Moga Allah beri petunjuk kepada mereka. Satu lagi peristiwa yang berlaku, pakcik yang mengaku nabi dan rasul ni boleh pulak meletakkan jawatan sebagai nabi dan rasul di depan wartawan setelah di dakwa di mahkamah. Apa nak jadi? Moga kita mengikut ajaran Islam yang sebenar dan terpelihara dari kesesatan yang nyata seperti ini.
Mahu tonton rakaman yang lebih jelas? Klik sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
astaghfirullah al-azim...
ni cerita lama tp memang sgt patut disegaringatkan semula agar jadi peringatan buat kita.
mcm mana la dia bo**h sgt sampai boleh terfikir nak jadi nabi? huhu... sifat pun x cukup. ni kan pulak akhlaq... yg si pengikutnya pulak lagilah bo**hnya. boleh percaya dgn kata2 pakcik ni. nilah kesan aqidah yg tidak sempurna...
hmm, begitulah realitinya..
Salam..
kadang-kadang sendiri bertanya pada diri sendiri..
adakah kerana kejahilan diri atau ketidak pekaan muslim-muslim sekeliling?..
Salam. tengok video ni, rasa sedih ada, rasa pelik pun ada. dari mana datangnye idea tafsir ayat quran suke2 macam tu, sampai boleh terperasan diri tu rasul. nauzubillah. btw, salam ziarah
slm
kalau korang nak tau,pak kahar ni ada masalah dekat limbic system dia.sebab tu mental dia tu terganggu..
tapi bila difikirkan balik,ada eh orang macam ni?nauzubillah.harap2 kita tak termasuk dalam golongan2 macam ni..
peace~
amie: wslm..hmm, mari sama2 fikirkan
mrjournal: salam sua temu..hmm, itulh kesannya bila aqidah yang salah dan iman yang tidak meresap dalam diri.
poter: sama2 doa kita ditempatkan bersama gologan yang mdapat nikmat dan hidayah Allah.
sedih siot...
Catat Ulasan