Khamis, April 26, 2007
Mari Belajar
Sebenarnya aku sangat kagum dengan rakan-rakan yang begitu tekun dan dedikasi dalam pelajaran mereka. Di sini aku perlu akui yang perasaan cemburu dan iri hati sering muncul tatkala melihat induvidu yang sangat gigih mengulangkaji pelajaran. Dan itu yang sering aku alami semasa aku berada di kelas 5/2 dahulu. Ya, mereka semua ini sudahlah pandai, rajin pula tu. Nescaya tidak pelik kalau ada yang jarang melihat aku menghabiskan masa di dalam kelas sewaktu prep. Aku lebih suka ke hulu ke hilir merayau ke kelas lain seperti 5/3 dan 5/4 dan bergurau senda. Adakala aku juga sering bertandang ke Perkisas lantaran mahu menghilangkan sedikit tekanan yang datang dari kelas. (=P)
Setiap individu ada cara belajar yang tersendiri. "Lain padang lain belalang, lain orang lain pula ragam." Ada yang memang caranya menghabiskan masa berjam-jam membaca apa sahaja catatan dan tulisan dalam buku. Hinggakan setiap baris perkataan dihafal. Ada pula yang gemar membuat latihan untuk menambah kefahaman. Tak kurang juga yang jenis senang dapat, lalu baca sekali pun cukup. Ada jenis yang perlu belajar bersendirian di dalam keadaan senyap sunyi untuk memberi fokus. Ada yang lebih senang berada dalam study group. Macam-macam karenah.
Bagi aku, aku lebih suka cara belajar yang lebih santai. Diakui aku bukanlah seorang yang genius yang boleh faham sesuatu perkara dengan mudah. Aku juga bukan seorang yang rajin yang mampu untuk menghabiskan masa bersama buku 24/7. Kalau subjek pembacaan, fokus sangat mudah lari. Namun bila berada dalam keadaan yang senyap dan tenang, mudah pula mata terlelap. Selalunya aku belajar bila datang mood. Kalau mood untuk belajar datang, memang senang nak masuk. Tapi kalau tiada mood, sumbat macam mana pun, tak boleh masuk jugak.
Cara belajar seperti ini sangat berisiko. Sebab apa? Bagi orang seperti aku yang memang malas nak bersedia lebih awal, mood hanya datang bila keadaan menekan. Lalu persiapan kelam-kabut dan keputusan juga tak menentu. Alhamdulillah, setakat ini keputusan masih lagi memuaskan hati aku walaupun aku tau kalau diusahakan dengan lebih gigih lagi, aku mampu lakukan yang lebih baik. Dan untuk keluar dari kemelut masalah untuk rajin belajar ni sangatlah payah. Ditambah dengan kehadiran skrin komputer lengkap bersama talian internet, ia memang mencabar ketekunan. Dan aku masih kalah kepada diri sendiri.
Tapi bila difikirkan semula, memang beginilah cara aku belajar sedari dulu. Tak berubah walau sedikit. Masih selalu memanjakan diri. Dan aku tidak dapat membayangkan diri aku menjadi seorang yang sangat berhempas pulas. Bagaimana agaknya keadaan seperti itu? (beberapa wajah rakanku yang sangat rajin study terbayang dalam kotak fikiran kala ini..korang faham2 je la sapa kan..hehe) Jadi, marilah belajar. Juga pastikan semula, untuk apa dan untuk siapa kita belajar.
Entry ini khas untuk mereka yang sedang atau akan menghadapi kertas peperiksaan akhir masing-masing. Terima kasih.
p/s Mahu kenal lebih dekat dengan sistem pembelajaran di US especially di Iowa State ni? Sila layari pintasan berikut.
Ada apa dengan Iowa State Univ. 1
Ada apa dengan Iowa State Univ. 2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
salam shafiq,
kalaula kita ditakdirkan 1 batch dulu, dah lama kamu bengang kot dgn akk. n kalaula skrg pun kita 1 uni, sure bengang kamu tu x hilang2 lg. haha. study tu tension releaser terbaik utk akk. (jom gelak.hehehehe)
wslm,
dahsyat kak sarah ni..kalau kite satu u, sy rasa kak sarah yg bengang ngan saya kot...sbb sy suke kaco org study..haha
peduli apa akk klu ada org kacau. sbb akk selalu set in mind, org yg kacau org lain study ni otaknye x betul...adakah kamu???? hahaha...jgn mara daa
aslm'kum..huhu..seronok pulak baca komen2 diatas ni..kelakar la..awak jeles kat org rajin kan..kter pulak jeles kat org yg xblajar sgt tp result gempaq..waaa..rasa mcm best je diorg ni..dulu kter rajin gak tp sekarang ni dah makin bermalas-malasan..huhu..bahaya2..nak exam dah ni..abis kene marah ngan mak nnt kalo malas2..huhu..
isk2 kak sarah..bkn otak x betul..cuma perasaan je yang x betul time kacau org tu..huhu
wslm cik rusya..spt yg telah dinyatakan, setiap org ada cara masing2..yang penting belaja kena enjoy..jgn tension2..gdluck exam awak..hehe
Salam.
herm.dlu,aku rs cara belajar aku mcm ko.need mood.dan yang penting aku tak boleh belajar dalam suasana yang menekan macam,aku perlu belajar untuk spm,untuk result yang baik,untuk harapan mak ayah.serius tak boleh.aku belajar,sebab aku nak belajarlah.sebab nak tahu.
dan aku juga tak boleh buat benda saat2 akhir..susah la kelam kabut..baik dlm belajar atau bende2 lain..aku need time untuk prepare diri..so nak tak nak kena paksa diri la.
dan dekat sini,memang x de bende yang nak menekan, di tambah tak de benda yg nk di buat, maka aku menjadi lebih tekun dan rajin.huahua..tapi kalau mood aku x de,x de nya nak menghadap buku..huhu..
good luck gak utk sesiap yg mengambil peperiksaan akhir..
salam..
hmm.. betul shafiq.. bengang tengok kak sarah ni study.. asyik ngadap buku je.. tengah tension2 pun boleh study lagi.. hebat tu.. huhu..
owh.. datang perkisas untuk hilangkan tension ke.. nak mengusha amie.. isk2 tak baiknya saya buruk sangka.. maaf ye..
saya belajar rileks je.. pulun tu pulun gak tapi ada masa tu syahid.. betullah gangguan banyak betul.. lebih2 lagi internet ni.. okla.. nak sambung belajar ni. esok hari ahad ada kelas..
amie: buat keje last minit kdg2 mmg kelam kabut..tp dia best sbb membolehkan kita menilai kecekapan diri..haha
amnah: isk2..kalau amnah yg sgt rajin pun bengang..apatah lagi saya ek..huhu sy dtg perkisas bkn nak usha amie ok..sy usha adik f4 yg selalu duk sana..ape ntah nama dia..haha =P
terbukti sudah kesengalan wak ramjis..
salam..
ni slh satu aktiviti aku bila tension study..megusha blog org..menarik entry ni..harapnya xtrlambat la aku nk komen lg ek..bz la pulak sejak akhir2 ni..smpai xsmpt nk drop komen kt blog org..huhu..bg aku pulak..xbole la study ikut mood (wpun aku slalunya mcm tu)..aku rasa tahap kerajinan aku yg maksimum adalah wkt kt kisas dulu..sma la kot situasi 5/6 dgn 5/2..bdk2 rajin n pndai2 dlm kelas tu..kdg2 menyebabkan kte pressure jugak..ye la..tgk diorang study dgn tekun dr awal prep smpai la abis prep..aku pulak..bru nk bukak buku..esp sejarah..dh rasa nk terlena..kdg2 tu spjg wkt prep diabiskan utk tdo..haha..skang ni pulak..slalu study last minute..huhu..xpatut btul..bila nk exam..bru la study bersungguh2..kalu exam lmbat lg..nmpaknya xde la aku bukak buku skolah..layan movie pn seronok gak..=P ape pn, cara study bdk laki n bdk prmpuan mmg xsma..bdk prmpuan lebih dikenali dgn kerajinan mereka..bdk laki pulak, xyah study sgt..tp result gempak..dulu aku mmg xdpt nk terima fact ni..tp skang ni..aku rasa ada btulnya jugak..tp xde la apply kt sume..k la, pjg plak aku komen..ciao~
p/s: (beberapa wajah rakanku yang sangat rajin study terbayang dalam kotak fikiran kala ini..korang faham2 je la sapa kan..hehe) --> sape ek wak? mcm aku je..wahaha..
mudzil: ko pun sama je cam aku..haha
odah: terimala fact yang org laki mmg suke result gempak2 dengan kadar usaha lepak2. wajah yg rajin itu adalah bdk2 kat kelas aku la..kata kelas paling power..hehe
Catat Ulasan