Khamis, April 10, 2008

bola sepak sepak bola


Bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia.

Bola sepak merupakan sukan yang kurang popular di Amerika Syarikat.

Sukan nombor satu di dunia adalah sukan yang kurang popular di Amerika Syarikat.


Bola sepak. Football dalam Bahasa Inggeris. Lebih dikenali sebagai Soccer di Amerika Syarikat. Di Indonesia disebut sebagai sepak bola. Di Gaborone (ibu negara Botswana) ia lebih mesra disapa sebagai Darbuka. *Haha, kena tipu. Darbuka itu sejenis alat perkusi Turki yang biasanya dimainkan dalam lagu-lagu yang berunsur muzik Arab dan wilayah sekitarnya.

Ada beberapa faktor mendorong seseorang untuk menonton sebuah perlawanan bola sepak. Bagi aku, antara beberapa faktor tersebut adalah:

1. Melihat perlawanan membabitkan pasukan kegemaran walaupun tak berapa menarik sangat.
2. Ingin menyaksikan perlawanan yang bagus. (serangan bertali-arus bertubi-tubi lantas menyumbangkan jumlah jaringan yang tidak terhingga banyaknya.)
3. Menghayati skil pemain-pemain berprofil tinggi yang menyayat hati.
4. Mengharapkan pemain-pemain dalam pasukan fantasi agar sekurang-kurangnya menjaringkan gol, mencipta assist, mendapatkan clean sheet mahupun mendapatkan mata bonus agar jumlah mata melonjak naik minggu ini.
5. Suka-suka buang masa di hujung minggu mahupun di hari-hari kerja.

Tiada ulasan: