Selasa, April 01, 2008

FITNA

Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan kehadiran produk pro-Zionis, filem pendek bertajuk Fitna. Filem selama kurang lebih 15 minit garapan seorang ahli perundangan Belanda, Geert Wilders mengundang kontroversi kerana menghina ajaran Islam. Dan setelah menyaksikan sendiri filem tersebut ternyata banyak sekali fakta yang bercanggah dengan ajaran Islam digunapakai untuk menggelar Islam sebagai ajaran pengganas.

Paling ketara, penyalahgunaan ayat-ayat Quran yang sengaja diambil tanpa merujuk akan makna dan konteks sebenar ayat-ayat tersebut. Lalu disalahertikan dengan dakwaan ia menganjurkan umat Islam untuk berbuat kerosakan terhadap mereka yang bukan Muslim. Di penghujung filem pula, Wilders menyamakan ajaran suci tinggalan Nabi Muhammad SAW ini seperti ideologi Nazisme dan Komunisme yang patut dihapuskan dari muka bumi.

Setelah aku me'wikipedia'kan Si Wilders ini, ternyata dia mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Israel. Ini termasuk menyokong langkah Israel memerangi Islam, memerangi negara-negara seterunya, serta menggalakkan pelaburan kompani-kompani Israel di Belanda. Juga dengan lantang menentang Islam dan umatnya yang semakin berkembang biak di bumi Belanda.

Jadi kawan-kawan, aku menasihatkan diri sendiri, agar kita sentiasa sedar akan ancaman musuh Islam yang nyata atau yang sembunyi. Sama-sama kita berdoa akan kesejahteraan saudara-saudara kita yang tertindas tak kira di mana. Juga bersyukurlah kita dilahirkan dan membesar dengan cahaya Islam.

Allahuakbar!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg BIADAB punye Wilders!!!!akk nk tgk tp takut..tp lps bace n3 awk ni mmg akk nk tgk jugakk..
TAKBIR!!!