AMARAN: Entri ini mengandungi perkataan-perkataan yang boleh menyinggung, kasar dan nista, juga kata-kata yang hanya boleh menjadi tatapan mereka yang berfikiran terbuka. Tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa suci dan siqoh.
KATEGORI: 18 PL
* Jika anda terdiri dari golongan pembaca yang tidak menepati ciri di atas sila tekan kekunci berikut. 'CTRL+ALT+F4'
Ake kena Tag. Tak pasal-pasal aku terpaksa korbankan tidur selepas subuh aku untuk entri ni. Macam mana ko boleh terfikir nama aku Iqbal? Walaupun sememangnya tanpa ragu aku adalah mantan junior popular kat Kisas, tapi tak pulak aku expect diganggugugat dengan benda bernama 'Tag' ni. Cet!
Arahan/peraturan untuk 'Tag' ni:
1. Aku kena link kepade orang yang 'Tag' aku.
2. Aku kena tulis 8 fakta rambang berkenaan diri aku.
3. Aku kena senarai lapan orang lain yang aku nak 'Tag' dan
aku kena bagitau diorang dah kena tag melalui komen dalam blog diorang.
Jawapan:
1. Iqbal Munauwir (bin aku tak ingat. ngah3!)
2.
Fakta 1:
Hensem. Tidak mampu disangkalkan lagi.
Fakta 2:
Tengah belajar dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa. Susah nak mati. Walaupun aku tak tahu apa aku akan jadi lepas habis belajar, tapi kenapa aku ambil kursus ini? Adakah kerana namanya yang ala-ala best itu?
Fakta 3:
Senang terpengaruh dengan televisyen. Sebab tu hidup selalu dalam alam khayalan je. Terawang-awang. Peh, layan!
Fakta 4:
Sebagai abang yang sulung, sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjadi abang yang garang tapi cute lagi disukai ramai.
Fakta 5:
Masa kecil itu dipenuhi dengan permainan-permainan tradisional yang menarik seperti galah panjang, police sentri, kejar-kejar, main pemadam, enjit-enjit semut dan lain-lain. Setelah meningkat dewasa, football pun dah tukar jadi soccer.
Fakta 6:
Saya telefon ke rumah saya di Kg. Batu Laut, 42800 Tg. Sepat, Kuala Langat, Selangor TRG(The Red Giants) seminggu sekali. Kalau terlupa, 2 minggu sekali. Itupun sebab dah kena mesej dengan mama. 'Salam, Bang. Kenapa dah lama tak telefon? -Mama.'
Fakta 7:
Nama panggilan 'WARX' diperoleh semasa tingkatan 3 di SMKA Kuala Selangor. Tak logik jugak ar. Sebab antara ramai-ramai budak yang nama bapaknya ala-ala jawa, aku pulak yang kena. Ejaan WARX adalah tribute kepada Tugiman Sabudin. Peace!
Fakta 8:
Hensem. Ditaukidkan sekali lagi.
3. Malas ar aku nak tag orang lain.
Segala fakta yang diunjurkan di atas adalah sebenar-benar fakta. Bukan auta. Haha.
Terima kasih daun keladi.
Jangan harap nak tag aku lagi.
8 ulasan:
tugiman sabudin? ape kene mengena dgn shafiq ramjis?
tugiman sabudin = idola..huahuaua
salam shafiq. maka, drpd 8 benda ni, 2 adalah hensem, 1 adalah cute, 1 adalah manja sbb selalu call rmh, 1 adalah macho sebab tgh completekan course yg namanya ala-ala best gitu, 1 adalah kuat berangan ala-ala prince charming dlm fairy tales sbb mudah terpengaruh dgn tv, 1 adalah kuat main dr kecik sampai besar, dan 1 lagi adalah bukti kamu ni keturunan jawa.
aiseh, kesimpulannya, segalanya yg macho2 yg hensem2 yg comey2 je la ye tentang kamu. huhu.
waalaikumussalam
haha, itulah point2 yang hendak disampaikan kak sarah..harap pembaca lain pon dapat maksud tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan..hehe
patut la ko no keahlian 0001 Ahli kelab sepi.
salam
serius kak sarah mengampu.puji lambung habis ni..hisy...
dosa tipu kak sarah.
haha.
salam..
silap orang la iqbal ni mengetaq.. abis angkat bakul ni.. ish2.. taubat la shafiq..
ahli kelab: biasa ar..sepi lg menyepikan..
amie: mana de tipu..kak sarah pun ikhlas tu..hehe
amnah: haha baik2..taubat2..
Catat Ulasan