Selasa, Mei 26, 2009

Nota Akhir Waktu


1.

Trak Conway sampai di perkarangan rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari. Gila. Si Dalton dan Marc beritahu aku melalui e-surat yang mereka ini dijangka tiba antara jam 3-5 petang. Ah sudah. Menggelabah alam aku dibuatnya. Barang Ayie belum sampai. Kotak Nabilah belum elok balutannya. Mujur Zulu ada membantu.

2.

Lama juga aku tunggu perkhabaran tentang tiket pulang aku. Aku pinta kepada Puan Ruziah supaya diaturkan kepulangan aku ke tanah air 6 Jun nanti. Hampir sebulan tiada maklum balas yang kunjung tiba. Lalu Encik Amir pula menjadi sasaran aku. Katanya akan disemak status permohonan aku. Cepatlah hendaknya dapat tiket itu. Boleh aku bertenang.

3.

Masih banyak barang-barang yang tidak terkemaskan. Perabot di bilik yang ingin diserahkan kepada mereka yang memerlukan sudah dibawa turun. 31 hari bulan ini bilik perlu dikosongkan. Tandas perlu dibersihkan. Jadi barang-barang perlu dikemas segera. Selepas itu aku hanya perlu merempat di ruang tamu itu.

4.

Macam tahu-tahu saja aku akan pulang. Sebaik habis minggu peperiksaan, komputer buruk yang menemani pengajian empat tahun aku di sini padam. Bila aku rapat padanya, ada bau terbakar. Buang. Kelmarin, setibanya di Albertville, jam tangan murah yang usianya sudah dua tahun, mati kira-kira jam 1.05 petang. Dapat adik baru lah kau nampaknya wahai jam.

5.

Ames sunyi. Tanggal 14 lalu, keluarga Abang Talhah, Abang Jalal dan Abang Fazli pulang bercuti ke Malaysia untuk tempoh waktu kira-kira sebulan setengah. 20 hari bulan Nabilah berlepas pulang. Pagi Ahad semalam, Zulu berlepas pulang lebih awal dari aku. Abangnya nak kahwin. Esok aku akan menghantar Kak Yati, anak-anak dan Uya balik pula.

6.

Suara mama kedengaran ceria. Walaupun setiap kali perbualan kami mama memang ceria, namun aku dapat rasa ceria yang lain macam kali ini. Perasaan teruja si ibu menanti kepulangan anaknya adalah magik. Boleh jadi anugerah seperti itu tidak mampu dinikmati oleh semua orang. Aku jadi syukur dengan itu.

Rabu, Mei 20, 2009

BABI!

Oh maaf. Andai ketibaan anda kali ini disambut dengan carutan. Aku harap anda tidak mudah melatah. Tidak sewenang-wenang menyalahkan diri aku menulis perkataan yang dianggap tabu oleh masyarakat Malaysia. Ya, entri ini ada kaitan dengan babi. Kerana destinasi yang aku tuju dalam beberapa hari lagi sudah diziarahi selesemanya.

Aku harap tiada lagi yang dijangkiti h1n1. Aku doa tiada lagi yang dihidapi h1n1. Aku minta yand dikuarantin tiada h1n1. Aku doa lagi yang ada h1n1 segera pulih. Aku mahu pulang. Tapi aku tidak mahu terasing di bumi sendiri. Aku mahu ketemu sama mereka yang aku sayang. Aku rindu. Rindu ini semakin jauh.

Ahad, Mei 10, 2009

Kerja Seorang Penganggur

Odah kalau tak menyusahkan aku memang tak sah.

1. Anda rasa anda hot?

Ya, saya rasa begitu. Dan saya pasti kamu semua pun rasa begitu. Kan?

2.Upload gambar kegemaran anda?


3. Kenapa anda suka gambar ini?

Saya sudah boleh meyakinkan orang tua saya bahawa masanya sudah tiba untuk berumah tangga. kekeke..

4. Bila kali terakhir makan pizza?

Ketika kelaparan di minggu peperiksaan akhir. Memang lazat sungguh pizza cendawan kuali sempurna dari Papa John.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Rossa ft. Pasha Ungu - Terlanjur Cinta

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Laman sesawang Facebook begitu meriah dengan orang Malaysia yang tidak habis-habis membuat kuiz di sana. Tiada lagi privilege seperti sewaktu saya membuka akaun Facebook kira-kira 4 tahun lalu.

7. Selain name sendiri, anda suke dipanggil dgn nama apa?

Warx pun layan juga.

8. Tag lagi 5 org?

Saya sebenarnya tidak suka menyusahkan orang dengan memberi tugas lebihan dalam hidup seharian mereka. Tapi, lantak korangla kan, ada aku kisah..hahah

1 Cik Fan
2 Kak Jaja
3 Kak Sam
4 Cik Shaiza
5 Cik Amie

9. Siapa no. 1 pada anda?

Err, pemandu pelancong yang sanggup mengeluarkan duit sendiri membeli tiket train ketika kami sesat tak berpenghujung di negara Perancis. Hehe..

10. Orang no. 3 ada hubungan dgn sesiapa?

Anda jangan sesekali tertipu dengan perawakan beliau yang seperti seorang sophomore di sebuah universiti. Beliau kini berstatus isteri kepada suami beliau.

11. Kata sesuatu mengenai org no. 5?

Beliau lebih dahulu terbang ke negara orang. Namun pulang lebih lambat ke negara sendiri.

12. Bagaimana pula org no. 2?

Satu-satunya wanita berstatus suri rumahtangga sepenuh masa yang berdedikasi di Ames ini.

13. Pesanan kpd no. 4?

Pesanan penaja, tak kan ucapan tahniah saja? hahaha

Sabtu, Mei 09, 2009

Curi-curi Buku

Dua hari berturut-turut aku ke kedai buku universiti. Cadangnya mahu menjual buku-buku subjek elektif yang sudah tiada kaitan dengan aku.

Hari Khamis, selepas selesai menghantar kertas peperiksaan-bawa-pulang kepada Dr. Dayal dan menyerahkan kertas evaluasi AerE 462, aku bergegas ke kedai buku. Ada dua perkara yang aku perlu lakukan. Pertama, mendapatkan tunai dari penjualan buku teks. Kedua, menggunakan wang tersebut untuk membeli kelengkapan hari Graduasi.

Sampai di kaunter pembelian semula buku teks, aku hampa. Nenek yang menjaga kaunter itu menjelaskan buku Psychology untuk semester hadapan akan bertukar. Maka buku yang dipunyai aku tidak ada dalam senarai pembelian semula. Terus sahaja aku ke bahagian graduasi untuk membeli cap dan tassel.

Hari Jumaat (hari ini), aku ke sana lagi. Kali ini berharap agar buku Statistik boleh mendatangkan wang. Walaupun bengang dengan peperiksaan yang agak susah (walaupun salah sendiri sebab tak study..kekeke), harapan agak tinggi untuk menanti sebuah kebahagiaan. Sampai di kaunter pembelian semula, pakcik itu berkata nilai buku teks itu cuma $15.00. Hampa lagi aku.

Buku itu diheret pulang. Baik aku jual di laman sesawang. Ada ke patut buku yang dijual kedai buku itu dengan harta sekitar $80-90 (ke lebih $100 ek? lupa aku) dibeli semula dengan harga yang ridiculously murah. Aku jamin buku tersebut akan dijual dengan harga sama untuk pelajar semester hadapan. Bukankah ini mencuri namanya? (Maaf kalau tafsiran curi aku berlainan dengan kamu.)

Hanya saja kedai buku itu tidak menyarung seragam pencuri.

Selasa, Mei 05, 2009

Garisan Akhir


Semakin jelas garisan akhir itu. Lama sudah pencarian. Banyak sudah halangan yang tumbang. Ada tumbang dengan mudah. Tak kurang yang payah. Sudah dekat dengan garis itu. Hati pun rasa gembira. Menoleh sedikit ke belakang. Oh, jauhnya garis permulaan. Esok, jika aku sudah melintas garis akhir itu, apa seterusnya? Ah, tak nak fikir dulu. Yang pasti aku sukakan penemuan garis akhir ini. Ya, aku suka dan aku lega.


Gambar sebelum Senior Design Presentation. Ces, sungguh pendek rupanya aku.