Hari Khamis, selepas selesai menghantar kertas peperiksaan-bawa-pulang kepada Dr. Dayal dan menyerahkan kertas evaluasi AerE 462, aku bergegas ke kedai buku. Ada dua perkara yang aku perlu lakukan. Pertama, mendapatkan tunai dari penjualan buku teks. Kedua, menggunakan wang tersebut untuk membeli kelengkapan hari Graduasi.
Sampai di kaunter pembelian semula buku teks, aku hampa. Nenek yang menjaga kaunter itu menjelaskan buku Psychology untuk semester hadapan akan bertukar. Maka buku yang dipunyai aku tidak ada dalam senarai pembelian semula. Terus sahaja aku ke bahagian graduasi untuk membeli cap dan tassel.
Hari Jumaat (hari ini), aku ke sana lagi. Kali ini berharap agar buku Statistik boleh mendatangkan wang. Walaupun bengang dengan peperiksaan yang agak susah (walaupun salah sendiri sebab tak study..kekeke), harapan agak tinggi untuk menanti sebuah kebahagiaan. Sampai di kaunter pembelian semula, pakcik itu berkata nilai buku teks itu cuma $15.00. Hampa lagi aku.
Buku itu diheret pulang. Baik aku jual di laman sesawang. Ada ke patut buku yang dijual kedai buku itu dengan harta sekitar $80-90 (ke lebih $100 ek? lupa aku) dibeli semula dengan harga yang ridiculously murah. Aku jamin buku tersebut akan dijual dengan harga sama untuk pelajar semester hadapan. Bukankah ini mencuri namanya? (Maaf kalau tafsiran curi aku berlainan dengan kamu.)
3 ulasan:
buku phsychology penting tu warx...byk kene mengena ngn awak tu isk.. isk isk. tak patut jual tak patut. warx.. belikan sticker yg tulis perkataan iowa state university.. heheh nak tampal kat belakang kete.. alaa ngidam ni
uiks sam...ngidam smpi ke thp seticker kete..dasatt..=p ni mesti bb sok sekolah kat ISU gak nih..hehe..insyaAllah..
saba jela warx..begitula resam dunia..masing2 akn cube mengambil kesempatan ats diri masing2..ni br kt US, sebuah negara yg mengamalkan dasar TERBUKA...
rasela kehebatannye bile dh blk mesia sok..huhuhu (pesanan dr akaq yg lebih mkn nasik dr awk..=p)
kak sam: haha..awal2 dah dapat komen sindiran yg menyentuh hati sy..fikir2 balik btl gak tu, cam kena guna je buku psiko tu di masa depan..kekeke
kak jaja: inilah yg dinamakan orang "yag kaya semakin kaya, yang miskin semakin hensem.." hhaha baik kak, pesanmu akan kujadikan iktibar buat bekalan menempuh ranjau duri kehidupan..cewah
Catat Ulasan