Selasa, Jun 17, 2008

Smoothies

8.53 malam akan berkumandanglah azan dari corong speaker menandakan masuknya waktu maghrib bagi wilayah Ames dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Ada 10 minit lagi, jadi sempat dan menarik juga kalau dapat menulis entri baru untuk blog ni. Dari sebalik kain langsir yang jarang, kelihatan bulan hampir penuh di ufuk sana. Samar-samar.

Baru sebentar tadi aku dan lelaki-lelaki gagah mengerah keringat mengangkat barang-barang Razief keluar dari rumahnya. Beliau dan isteri (Kak Siti) akan pulang ke Malaysia esok. Kalau hendak dibilang, barangan tersebut tidaklah banyak mana. Hanya beberapa buah kotak, perabot, dan alat elektronik yang perlu dipindahkan ke stor di basement Rumah Kak Nor dan Kak Siti. Namun, kalau tidak diusahakan bersama, manakan mampu beliau mengalihkan semuanya seorang diri. Bak kata pepatah, 'Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing'.

Razief & Kak Siti. -Gambar: Ihsan laman Friendster Razief. Muahahaha!

Setelah selesai membantu proses pemindahan barang, kami disajikan dengan smoothies yang dibeli oleh Effa dan Zaf (dibiayai oleh Kak Siti) di Borders. Peh! Layan. Dengan tekak kering yang menanti untuk dibasahkan, kami dengan rakusnya menghirup minuman tersebut laju-laju seperti 'Orang mengantuk disorongkan bantal'. Dingin. Dan esok komuniti Melayu Ames akan berkurang lagi. Selamat jalan kalian berdua. Insyaallah, kalau Kak Siti sampung PhD kat sini, kita jumpa lagi.

Got Smoothies?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn cerita je. blanje laaa.
huahuahua.

Tanpa Nama berkata...

haha..kalau boleh send guna ym dah lama dah belanje..lol

Tanpa Nama berkata...

..jam 8.30mlm itu pula razief dan siti ade temujanji mkn mlm di rumah abg fazli dan kak jaja..kasihan, ade ant. lelaki2 gagah itu yg ingin turut serta tp apekan daya, yg dijemput cume mereka berdua dan ank dlm kandungan shj...lol
p/s: minyak kete cukup ke td warx?

Tanpa Nama berkata...

haha..xpe2..there's always next time bg lelaki gagah itu..minyak kete disponsor oleh kak siti..kenaikan harga minyak memang menyesakkan..cewah