Khamis, Jun 19, 2008

Antara nasi lemak dan drama Melayu


"Warx, jom rumah Kak Yati. Layan nasi lemak!" ajak Zulu.

"Kejap, aku letak barang kat rumah dulu." balas aku.

Sebentar kemudian,

"BUZZ!!!"
"Weh, jomlah. Karang habis nasi lemak!" mesej Jimbo.

"Jom!" ujarku.

Nasi lemak, sambal bilis, telur rebus sampai ke timun-timun pun licin.

"Lapar budak-budak ni, Kak Yati. Tambah sampai 2,3 pinggan. Isk2!" (teka siapa punya dialog?)

Setelah kenyang membedal nasi lemak, kami melicinkan pula tomyam Kak Yati.

"Lepas ni mana pulak destinasi lunch kita?" Zulu dan Jimbo bertanya lagi dan kali ini dengan wajah girang. Haha.

Terima kasih Kak Yati kerana menaja makan tengah hari kami.


* * * * *


Petang itu kami memacu 2 buah kereta ke lapangan terbang. Zulu dan Razif bersama Toyota Tercel putih berplat 'KELATE' manakala aku dan Kak Siti dengan kereta Mitsubishi Galant milik Abang Fazli. 4 Buah beg besar dimuatkan dalam bonet kereta.

"Banyak barang baby!" ujar Kak Siti.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, banyak yang aku dan Kak Siti bualkan. Nasib baik Kak Siti rajin bercerita, kalau tak, mengantuklah aku jadinya. Manakan tidak, habis licin pinggan membaham nasi lemak Kak Yati. Borak punya borak, sampailah kepada subjek masalah sosial di Malaysia yang semakin membusung. Ala, tengoklah sahaja drama-drama Melayu sekarang (layan Ezora beb), keadaannya lebih kurang dengan realiti yang ada di kota-kota metropolitan bahkan tak kurang juga yang berlaku di kawasan desa dan felda seluruh Malaysia.


Kak Siti pun berkongsi sedikit pengalaman dirinya sewaktu masih menuntut dan bekerja di UPM tidak lama dahulu. Banyak yang tidak mengendahkan batas-batas beragama dan hidup tanpa kawalan. Dari isu pergaulan bebas, hidu gam, pengguguran anak hinggalah kepada isu ibu bapa yang tertipu dengan kehidupan anak mereka di bandar. "Yang elok ambillah sebagai teladan dan yang tidak jadikan pengajaran." Ujarnya lagi.

Ada lagi. Sedikit nasihat berkenaan perancangan masa depan, pekerjaan dan kewangan. Kak Siti menegaskan akan kepentingan simpanan wang, menggalakkan pelaburan yang tidak berteraskan unsur yang haram serta perlunya membeli insurans. Tidak kiralah insurans kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Tidak dilupai sedikit tips percintaan dan bagaimana memilih pasangan hidup yang baik dan berbudipekerti mulia. Cewah.


Kami sampai ke destinasi jam 4 petang dan alhamdulillah proses check-in segalanya berjalan lancar tanpa ada masalah yang perlu dibimbangkan.

9 ulasan:

rienmiel berkata...

salam warx...
syiok la ko ek cuti2 ni...
jalan jalan cari makan je keje...
ko bile plak nk menjamu bdk2 len...

Tanpa Nama berkata...

waalaikumussalam..
haha..mana de cuti..
aku amik summer class..
kak yati ajak makan sbb dia msk utk org2 yg nak balik..
so aku menumpang kasih je la..
aku jamu ngan melayan karenah anak2 diorg sudaa..haha

Tanpa Nama berkata...

sib baik sarah n aiman nk gak kat awk..kire okla tu..kalo tak mmg akk tuntut kari ketam tu..muahahaha..
sedapnye ns lemak..nk buat tp ikn bilis dah kesempitan..lbh byk habuk dr ikannye..sodih sodih..
wah..siti nmpaknye tlh memnjangkan ilmu psl insurans yg dia dpt mlm sblm tu kt rmh kitorg..maklulmlah, berborak dgn pakar pengrusan kewangan..ecececeh..
psl mslh student tu plak..mmg kat mane2 pun jd warx..baik dlm dan luar negara...mase time akk blaja dl pun byk gak..skrg ni toksah citerla..ape2pun, perlu ade pendinding iman yg kuat..kalau tak, mmg mudah hanyut..same2la kite jaga iman, jaga diri dan hiasi peribadi..:)
wallahua'lammm

Tanpa Nama berkata...

ketam2 sy dh hbs kak..sy goreng je x buat kari pon..(org bujang yg malas dan hanya mengharapkan makanan dr family2..haha)ikan bilis sy pon tinggal habuk jek..lps ni bole ar abg fazli buat syarahan kewangan kat kitorg plak..

Tanpa Nama berkata...

apedaa..kate nk jd ipar duia..??kalo cam ginila spt ayat di dlm kurungan tu, akk terpaksa pk berzillion2 kalila utk dikenenkan kpd kezen2 yg berkelayakan...grrrr

Tanpa Nama berkata...

haha..malas skit je..tp hensem..haha

Tanpa Nama berkata...

ptuih.ptuih.ptuih

Tanpa Nama berkata...

selamba je ko kata aku ajak ko mkn. ko yg paksa aku ikut. aku ckp jgn warx jgn. xmalu ke ngabeskan beras umah org.

Tanpa Nama berkata...

arghh, sudah la korg, tu dialog sebenar tanpa tokok tambah..hauhauhua korg bkn je hbskan beras kak yati, malah telur, ikan bilis dan juga timun..huahuaua