Jumaat, Jun 06, 2008

Esok hantar budak-budak ni kat airport

Hari ini penuh dengan suasana gembira. Kaki melangkah penuh girang untuk menghadiri kelas Math 307 dan Relig 210. Usai kuliah, aku berjalan pulang dari Bessey Hall ke University Village. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 15-20 minit. Mengapa tidak menaiki Cyride? Aku terlepas bas 12.30. Mahu menunggu selama 20 minit adalah pengalaman ngeri bagi seorang jejaka kacak. Maka eloklah 20 minit itu digunakan untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan di sekeliling kita (as if melihat kehijauan dedaunan, kebiruan langit yang terbentang luas dan sinaran mentari yang menyuluh terik).

Angin sepoi-sepoi lewat tengah hari tadi membawa ribuan mahupun jutaan dandelion terbang bebas ke angkasaraya. Bersimpang siur di udara. Dan keharuman aroma malar segar tumbuhan hijau singgah di deria bau menimbulkan suatu pengalaman yang luar biasa yang jarang-jarang aku rasai sebelum ini. Terasa besarnya dan agungnya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan mencaturkan segala yang ada antara keduanya. Lihatlah garis-garis halus di tapak tangan anda dan tanyalah pada diri anda, bagaimana ini semua boleh tercipta. Chewah!

Sebenarnya, hari ini sangat best kerana buat sekelian kalinya ada jemputan makan. Kali ini di rumah Kak Siti/Razif pula. Not to mention sebelum ini di rumah kakak-kakak yang lain, barbecue dan grilling di taman-taman sekitar Ames, kenduri-kendara sempena kepulangan rakan-rakan yang telah grad. Juga memori manis menyambut kedatangan baby Suha. Dan akan datang di rumah Kak Farah/Abang David dan Kak Siti/Abang James. Dan hari ini adalah jamuan terakhir sebelum kepulangan 3 individu berbakat. Ayie, Hakim dan Anas.

Esok, penerbangan mereka akan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Des Moines jam 12 tengah hari. Pastinya suasana syahdu syahdan sebelum melepaskan pemergian mereka akan berlaku. Doa aku dan rakan-rakan lain agar kalian berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi. Apa sahaja yang kalian lakukan, tempuhi dengan keazaman yang tinggi dan sentiasa tabah mengharungi mehnah dan tribulasi yang mendatang. Hahaha. Jumpa lagi lah suatu hari nanti.

Aku terasa entri ini sangat poyo dan feeling! Euww..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"konon dgn entry yg payau ni ko akn dpt gelaran junior terbaiklah?harharhar..", begitulah usikan senior2 buat junior mereka yg kacak lg pandai berkata2 @ jiwang ini..huhu :D
tp kan warx..belum pun sehari akk dah mula merindui 3 jejaka berbakat itew..(chewah, mcmla tetiap hr jumpe..:p) teringat lg lambaian terakhir sblm mereka menaiki escalator di airport td..sungguh sedih dan sadis..:( jaga diri baik2 ye dik..smg berjaya dlm ape jua yg dilakukan di dunia dan akhirat..(tk sempat nk bg ucapan pjg2 td..agak dah nk tertinggal flight..huhu) hopefully we'll meet again..1 sweet day..ameenn..:)
nota kaki: tiba2 teringin nk merasa kari ketam..:p

Tanpa Nama berkata...

haha..tu la, x sempat nak feeling2 diorg dah gerak gi balai perlepasan..kalau kari ketam hidup itu dinikmati di rumah abg fazli sambil menonton spongebob bersama sarah n aiman..peh mesti best..haha

Tanpa Nama berkata...

kurengggggggggggggg..kite gak yg kene balik..huh!