
"Warx, jom rumah Kak Yati. Layan nasi lemak!" ajak Zulu.
"Kejap, aku letak barang kat rumah dulu." balas aku.
Sebentar kemudian,
"BUZZ!!!"
"Weh, jomlah. Karang habis nasi lemak!" mesej Jimbo.
"Jom!" ujarku.
Nasi lemak, sambal bilis, telur rebus sampai ke timun-timun pun licin.
"Lapar budak-budak ni, Kak Yati. Tambah sampai 2,3 pinggan. Isk2!" (teka siapa punya dialog?)
Setelah kenyang membedal nasi lemak, kami melicinkan pula tomyam Kak Yati.
"Lepas ni mana pulak destinasi lunch kita?" Zulu dan Jimbo bertanya lagi dan kali ini dengan wajah girang. Haha.
Terima kasih Kak Yati kerana menaja makan tengah hari kami.
* * * * *Petang itu kami memacu 2 buah kereta ke lapangan terbang. Zulu dan Razif bersama Toyota Tercel putih berplat 'KELATE' manakala aku dan Kak Siti dengan kereta Mitsubishi Galant milik Abang Fazli. 4 Buah beg besar dimuatkan dalam bonet kereta.
"Banyak barang baby!" ujar Kak Siti.
Dalam perjalanan ke lapangan terbang, banyak yang aku dan Kak Siti bualkan. Nasib baik Kak Siti rajin bercerita, kalau tak, mengantuklah aku jadinya. Manakan tidak, habis licin pinggan membaham nasi lemak Kak Yati. Borak punya borak, sampailah kepada subjek masalah sosial di Malaysia yang semakin membusung. Ala, tengoklah sahaja drama-drama Melayu sekarang (layan Ezora beb), keadaannya lebih kurang dengan realiti yang ada di kota-kota metropolitan bahkan tak kurang juga yang berlaku di kawasan desa dan felda seluruh Malaysia.

Kak Siti pun berkongsi sedikit pengalaman dirinya sewaktu masih menuntut dan bekerja di UPM tidak lama dahulu. Banyak yang tidak mengendahkan batas-batas beragama dan hidup tanpa kawalan. Dari isu pergaulan bebas, hidu gam, pengguguran anak hinggalah kepada isu ibu bapa yang tertipu dengan kehidupan anak mereka di bandar. "Yang elok ambillah sebagai teladan dan yang tidak jadikan pengajaran." Ujarnya lagi.
Ada lagi. Sedikit nasihat berkenaan perancangan masa depan, pekerjaan dan kewangan. Kak Siti menegaskan akan kepentingan simpanan wang, menggalakkan pelaburan yang tidak berteraskan unsur yang haram serta perlunya membeli insurans. Tidak kiralah insurans kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Tidak dilupai sedikit tips percintaan dan bagaimana memilih pasangan hidup yang baik dan berbudipekerti mulia. Cewah.

Kami sampai ke destinasi jam 4 petang dan alhamdulillah proses check-in segalanya berjalan lancar tanpa ada masalah yang perlu dibimbangkan.