Isnin, Disember 22, 2008

Pre FL

Family baru sudah tiba semalam bersama baby mereka Amira Najlaa (main bubuh je ejaan..lol) Bertambah lagi kerabat kesultanan Jawa di Ames dengan kehadiran Kak Im & suami (Abg. Azizi asal Jenjarom. Jenjarom tu beb. Orang Banting. lol)

Sindrom kesejukan menggigit sudah menampakkan simptom (macam ni ke ejaan dia dalam BM?).

Perjalanan panjang dan memenatkan menggamit jiwa dan mencengkam sanubari. Minta-minta semuanya akan baik-baik saja. Dalam masa beberapa hari ini jangan rindu padaku kerana rindu itu semakin jauh.

Sabtu, Disember 20, 2008

Post FL

$8.50 per hour
7.30 am to 4.00 pm
Jan 5 to Jan 8

1600 - 0730 = 16.00 - 7.50 = 8.50
(8 - 5) + 1 = 4

8.50 * 8.50 * 4 = 289

$289.00

WOW!!

Khamis, Disember 18, 2008

Produk Disember

Awal bulan Disember setiap tahun adalah waktu tidak produktif. Ini adalah disebabkan musim peperiksaan yang melanda. Juga secara kebetulan angin Artik bertiup dengan iringan melodi hiba. Lalu kondisi yang tidak kondusif ini diterjemahkan kepada fiil bermalas-malasan. Bagi menambah perisa kemalasan itu, 3 filem indonesia yang sampah menjadi tatapan. Sungguh, tidak produktif itu menyakitkan.


Jumaat, Disember 12, 2008

The Dudley Boyz

Zaman keluar outing ke Kuala Selangor di hujung minggu sambil bermain video game WWE & WCW adalah sangat asyik. Di kala populariti The Rock dan Stone Cold Steve Austin memuncak dan menjadi bualan ramai, Buh-Buh Ray dan D-Von pula antara figura utama bagi acara tag-team menerusi The Dudley Boyz. Walaupun aku sebenarnya tak suka benda tag2 ni, tapi sebab bosan sementara menunggu final week minggu depan, boleh jugakla layan.

Tag #1

7 ciri lelaki idaman saya.

1-7. WTFish? Do I look like I'm gay? Hell no.

7 wanita/lelaki yang pernah saya minati sepanjang hidup

1. Mariana Renata
2. Luna Maya
3. Madhuri Dixit
4. Laudya Cinthya Bella
5. Marian Rivera
6. Rosa Kato
7. Maki Horikita

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang saya minati.

1. Bercampur-baur
2. Bercampur-aduk
3. Bercampur-campur
4. Bercampur jadi satu
5. Bercampur lalu sukar diungkapkan
6. Bercampur dan kelu lidah untuk berkata-kata
7. Bercampur dengan sejuta persoalan yang tiada jawapan

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama yang tersayang.

1. Pantai Morib, Kuala Langat.
2. Bukit Jugra, Kuala Langat.
3. Bukit Melawati, Kuala Selangor.
4. Pulau Indah, Klang.
5. Kampung Kuantan, Kuala Selangor.
6. Pantai Bagan Lalang, Sepang.
7. KLIA, Sepang. (Pastu ko nak fly gi mana pun, suka hati ko la.)

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan buat yang tersayang.

1. Barang keperluan rumah.
2. Barang dapur.
3. Barang makanan.
4. Barang hiasan dalaman.
5. Barang pakaian.
6. Barangan bercap halal.
7. Barang secebis dua.

7 lagu yang akan anda nyanyikan untuk yang tersayang.

1. Hasnol - Laguku Untukmu.
2. Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu.
3. Siti Nurhaliza - Lagu Rindu.
4. Kerispatih - Lagu Rindu.
5. Mawi/M. Nasir - Lagu Jiwa Lagu Cinta.
6. Aizat - Lagu Kita.
7. Yovie/Nuno - Ku Tak Suka Lagu Ini.


Tag #2

a) Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng-tag dia...

1. Tidak mahu mendelete gambar yang diambil walaupun gambar tersebut blur gila cam haram.
2. Mencari gaduh hanya kerana beberapa butir Mentos.
3. Tidak mahu memberikan gambar-gambar dari kamera beliau tanpa melalui lembaga penapisan.
4. Gemar memberi situasi-situasi yang mendahului tahap perjalanan hidup seseorang.
5. Melayan lagu dangdut dengan memutarkan lagu tersebut hingga semua orang mampu menghafal liriknya.
6. Meminta nasihat bukan pakar bagi memilih busana musim sejuk.
7. Menggunakan ayat berputar-putar dan juga terputar belit di dalam penulisan blog.
8. Melawat negeri-negeri jajahan Amerika Syarikat yang sepatutnya dihabiskan dalam masa 4 tahun. (Banyak duit seyh)
9. Mengasihati anak-anak kecil juga haiwan-haiwan peliharaan.
10. Bersendirian di universiti beliau lantas melawat Ames yang sedia bosan ini selama cuti musim panas.

b) Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. about yourself.

1. Nak balik Malaysia bulan Jun tahun depan.
2. Lepas tu apa nak buat pun aku tak tahu.
3. Budak-budak 5/2 bila nak buat reunion ha? (Ke korang semua dah sibuk jaga anak?)
4. Tak tahu nak ambil subjek elektif apa semester depan ni.
5. Dah dekat 20 helai jersi aku beli. Gila ke ape. Membazir dan menuruti nafsu membeli belah yang terlampau.
6. Minggu ni tertidur ketika menonton perlawanan bola sepak UEFA Champions League dua hari berturut-turut.
7. Bilakah masa yang sesuai untuk show off dengan kamera d40 ku lagi?
8. Mengharapkan solution dari senior-senior untuk menyiapkan kerja sekolah.
9. Tidak bersungguh-sungguh ketika menghadirkan diri di dalam kelas.
10. Wah, semester ni aku lulus programming. Ajaib!

Isnin, Disember 08, 2008

Dhul-Hijjah 10, 1429

(Ejaan tajuk adalah merujuk apa yang tertulis di dalam software Athan keluaran Islamic Finder)


Hari Raya Aidiladha dirayakan oleh umat Islam seluruh dunia setiap tibanya tanggal 10 Zulhijjah saban tahun. Ia merupakan hari kebesaran umat Islam disamping Hari Raya Aidilfitri dan perayaan lainnya. Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji. Lazimnya sambutan Hari Raya Aidiladha dilihat kurang meriah jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri kecuali di beberapa buah negeri (Kelantan misalnya.) Mengapa keadaan ini berlaku?

Aku pernah mendengar satu pandangan tentang Hari Raya Aidiladha. Menurut pandangan tersebut, Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang lebih besar daripadan Hari Raya Aidilfitri. Sebabnya? Kerana beserta Hari Raya Aidiladha, terdapat hari-hari Tasyrik yang mana jika dihitungkira, umat Islam boleh bertakbir raya selama 4 hari. Lalu dengan logik matematik, aku pun menghubungkaitkan ratio takbir dengan sebesar mana perayaan tersebut perlu diraikan.

Namun, relevankah sebuah perayaan itu dinisbahkan dengan alasan sebegitu? Maaf kerana aku tiada jawapan yang pasti oleh sebab kecetekan ilmu agama dalam diri. Bagi aku, kedua-dua perayaan utama dalam kalendar Islam tersebut sama pentingnya. Meriah atau tidak sambutannya bergantung kepada penilaian dan hitungan kendiri. Adakah dihitung dengan banyaknya hari cuti? Atau warna warni pakaian yang baru? Atau sejauh mana penghayatan tentang kisah sejarah yang membawa kepada hadirnya perayaan tersebut?

Sama-sama kita fikirkan.(Apesal ramai suka guna ayat ni ha? Cliche gile.) Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu Pikirlah Sendiri!"

* * * * *

Teringat suatu masa dahulu menolong jemaah masjid menjayakan upacara korban selepas solat sunat Aidiladha. Semua yang terlibat saling membantu untuk menyelesaikan bebanan kerja. Bak kata pepatah, "Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing" Sejauh manakan amalan tolong-menolong dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita? Apa yang aku saksikan hari ini kebanyakannya lebih sesuai dikategorikan "Yang kaya makin kaya, Yang miskin makin melarat"

Dengan tidak semena-mena keluar kepulan awan berhampiran dengan kepala yang menunjukkan sedikit sedutan dari filem 'Antara Dua Darjat' lakonan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee.


Salam takzim untuk semua.

Isnin, Disember 01, 2008

Putih Sejuk

Pemandangan luar tingkap 128C UV

Akhir November. Manchester United menang tipis di Eastlands. Butiran salji masih tegar untuk jatuh menutupi bumi. Tidak tahu seperti apa rasa sejuk di luar. Bukan benci, cuma tidak berapa suka dengan keadaan rutin di musim sejuk. Sejuk, basah dan sedikit kotor. Tambahan terpaksa melihat segelintir wanita yang memilih mengenakan but UGG yang sangat hodoh itu. Ya, mungkin si pemakai berasa nyaman, tapi bagi aku itu adalah salah satu jenayah fesyen. Tiada seni ok.

The infamous UGG Boots as requested by Kak Salmi

Ah, selepas ini mana mungkin aku bertemu lagi kesejukan bawah takat beku seperti begini. Dan mungkin inilah nikmat yang bakal aku rindui bila disapa panas dan lembab khatulistiwa.

Rabu, November 26, 2008

Lapang Sebelum Sesak

Masa cuti sekolah memang seronok jika dihabiskan dengan menonton filem. Tetapi perasaan seronok itu tidaklah seseronok ketika menonton filem di waktu datangnya musim peperiksaan atau suntuknya waktu untuk menghantar tugasan kelas. Namun rasa seronok itu tetap ada kerana tidak perlunya meredah sejuk untuk ke kelas.

Banyak juga filem telah aku tonton. Walaupun ratio tontonan itu lebih kurang sahaja dengan hari-hari persekolahan. (Banyak betul masa aku tengok cerita cereka ni?) Ada kala berbaloi mengambil pengajaran kisah yang dipaparkan. Ada kala hanya menonton kosong tanpa merisaukan keadaan bumi yang makin panas oleh pemanasan global. Namun ada kala terasa sangat bodoh kerana menonton cerita yang sangat sampah. Dah la sampah, busuk pulak tu. Ptuih!

Buat adik-adik yang masih di bangku sekolah, abang nasihatkan agar tidak membuang masa ketika waktu cuti. Isilah masa senggang dengan mengulangkaji pelajaran dan menolong ibu bapa membuat kerja-kerja di rumah. Kalau berbasikal di jalanan, jangan melebihi had laju atau bersaing berdua atau beramai-ramai hingga mengganggu lalu lintas.

Khamis, November 20, 2008

Kom ape? Kombat.. Bat ape? Batman..

9.25 malam. Peh, sejuk ya ampun. Angin bertiup deras tanpa menghiraukan sopan santun. Berbekalkan hoodie sweater berjenama Adidas, berwarna hitam dan sehelai tshirt berlatar ROMA, berwarna maroon, sudah tentu tak mampu menahan gigil. Cepatlah datang wahai CyRide.

* * * * *

Widescape Weather di skrin komputer menunjukkan cuaca di Ames adalah seperti berikut.

Cloudy
Feels like -7 C outside.

Humidity: 69%
Visibility: 16.1 Kilometers
Wind from North at 29 km/h
with gusts up to 45 km/h

Updated at 9:59 PM


Permulaan musim sejuk yang sangat buas. Wah, minggu depan cuti Thanksgiving.

* * * * *

Si tupai memakan ais kepal di waktu turun salju.

Rabu, November 12, 2008

Statistical Parametric Mapping

Pejam celik sudah 5 tahun alam persekolahan aku tinggalkan. Jadi berapa umur aku sekarang? Err, 17 + 5 = 22. Peh, tua siut. 5 tahun dahulu, pada tarikh yang sama seperti hari, apakah yang sedang dilakukan oleh seorang Mohd Shafiq Ramjis?

Sesungguhnya aku tidak tahu dan tidak ingat dengan jelas. Tapi apa yang boleh aku agak, aku mungkin sedang mengantuk kerana cuba memaksa diri untuk mengulangkaji. Di sekolah aku, persekitarannya memang sangat kondusif untuk belajar. Kalau tak konon-konon pegang buku, rasa macam berdosa. Sebab kebanyakan member memang rajin gila baca buku. (Adakah mereka juga seperti aku? Terpaksa berpura-pura belajar walhal keinginan tak serupa realiti?)

Minggu ini, bermulalah perjuangan adik-adik pelajar tingkatan 5 di Malaysia berperang dengan kertas soalan SPM. Rajinkah mereka seperti kawan-kawan aku dahulu? Atau pura-pura rajinkah mereka seperti aku yang dahulu? Semoga diberi kelapangan dada untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Semoga juga dipermudah urusan ketika di dewan peperiksaan. (Ye la, karang kalau time exam tiba-tiba perut sakit nak terberak, kan susah.)

Juga semoga berjaya kepada Nur Akmal Aiza Binti Ramjis. No KP 910807-??-???? (Melampau la pulak sampai ingat No KP, KP mama dengan abah pun aku lupa. Hauhauhau) Bang Cik doakan. Insyaallah.

Oh, ya! Tajuk entri agak mengelirukan. Sebenarnya nak kasi tajuk SPM. Tapi macam singkat sangat.

* * * * *

Keputusan UPSR meningkat lagi tahun ini. Berapa markah nak dapat A tahun ni ek? Masih nak teruskan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik lagi ke Hishamuddin?

Rabu, November 05, 2008

Testarossa, Cosa Nostra

Dengan nada yang agak ujub dan takabbur,
Dengan selamba badak dan tanpa malu kucing,
Tanpa ragu-ragu dan bimbang,
Tanpa segan-silu dan tidak takutkan sumpah-seranah,

Aku persembahkan gelagat kampus yang dirakam lensa kamera baru.
(Semangat gile awal-awal ni. Lama-lama karang jadi hiasan je kamera tuh.)












Rabu, Oktober 29, 2008

Kisah Sedih Di Akhir Bulan Oktober

Jam komputer menunjukkan pukul 3.45 petang.

"Tidur siang sekejap ar. Pukul 5 karang aku bangunlah. Ade group project meeting pukul 6. Mengantuk gile nih."

Jam komputer menunjukkan pukul 4.30 petang.


"Lambat lagi nak pukul 6. Sambung tidur sekejap ar."

Jam komputer menunjukkan pukul 4.40 petang.


"Peh, lama gile nak sampai pukul 5 ni. Puas gile tidur. Sambung sikit lagi. Pukul 5 karang aku bangun."

Jam komputer menunjukkan pukul 5.10 petang.

"Bangun! Bangun!"
"Apasal pukul 5 dah gelap semacam je ni? Nak hujan kot. Mendung la tu kot kat luar."
"Mandi sikit, sembahyang, pukul 5.40 karang keluar ar. Bas sampai pukul 5.45."

Jam komputer menunjukkan pukul 5.40 petang.


"Kena cepat ni. Bas petang-petang ni bukan betul. Kadang-kadang sampai awal."
"Apasal gelap macam dah maghrib je ni? Baru pukul 5.40. Nak kata hujan ke mendung ke, xde pulak awan kumulonimbus berkepul-kepul." (Peh, kumulonimbus tu..lol)

Jam di tangan menunjukkan pukul 6.45 petang.

"6.45? Serius? #@%$@*&!"
"Sengal punya komputer. Lambat sejam. Dah aku terlambat pergi meeting. Dah la jarang menyumbang, datang lambat pulak tu. Arghh!"


Pengajaran: Jangan hanya rasa bersalah kerana lambat datang meeting je, rasa bersalah sebab selalu sembahyang lambat jugak.

Ahad, Oktober 26, 2008

Harta Yang Dicinta

Kata orang, harta paling berharga di dunia adalah anak-anak.
Aku mengangguk tanda setuju.

Kata-kata orang, kelemahan am lelaki terletak pada 3 ta. Harta, Takhta dan Wanita.
Aku membalas dengan teka-teki, kasut apa yang paling berat?

Kata orang lagi, harta perlu dijaga namun ilmu tidak. Ia yang menjaga kita.
Aku melakukan aksi berfikir. "Betul juga!" Kata hatiku.

Kata orang lagi dan lagi, harta bukan jaminan kebahagiaan.
Aku mengangguk sebanyak dua kali. Sebelum anggukan ketiga, aku berubah fikiran lalu menggeleng.

Lagi-lagi kata orang, kerana harta adik-beradik berkelahi.
Aku ketawa kecil. Teringat drama-drama Melayu.

Kata wanita, "Bukan mata duitan, hanya memilih yang stabil di sudut harta."
Aku mengiyakan sahaja sambil mengutuk di dalam hati.

Kata lelaki, "Kami tiada harta, hanya ada cinta!"
Aku membalas, "Kau memang loser!"

Aku berkata, "Yes, scholarship dah masuk!"

Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai dia dewasa, dan penuhilah janji, kerana janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya. (Al-Isra':34)

Rabu, Oktober 15, 2008

Jemput Datang Ke Rumah

Syawal 1429H

Lot 1284 Jalan Bahagia
Kg. Batu Laut
42800 Tg. Sepat
Kuala Langat
Selangor DE






Ahad, Oktober 12, 2008

Jamuan Raya 1429H - Ames, IA

Bangun pagi berus gigi,
Hari raya datang lagi.


Angan-angan nak jadi kaya,
Sungguh banyak juadah raya.

Lemang rendang sangat nikmat,
Siapa cepat dia dapat.




Tajam sungguh si mata pena,
Ada juga pertandingan mewarna.

Dam dam dum bunyi mercun,
Hasil kerja saya sangatlah cun.



Perut boroi lepas berbuka,
Mengambil gambar kami suka.



Jangan hanya suka makan,
Silaturahim kita eratkan.

Baju raya kiriman mama,
Bermaafan itu yang utama.



Rabu, Oktober 01, 2008

Upin & Ipin - Setahun Kemudian

Episod 7 - Tadika



Episod 8 - Anak Bulan



Episod 9 - Adat



Episod 10 - Tamak



Episod 11 - Lailatul Qadar



Episod 12 - Kisah dan Tauladan



Episod 13 - Sayang Kak Ros



Episod 14 - Ketupat



Episod 15 - Zakat Fitrah



Episod 16 - Malam Syahdu



Episod 17 - Pagi Raya



Episod 18 - Berkat



Upin & Ipin Ep. 1-4

Upin & Ipin Ep. 5-6

Isnin, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Kepada:-

Abah: En. Ramjis Muni

Mama: Pn. Suhaini Masikin

Adik-adik:
Mohd Shazwan
Nur Aishah Amalin
Nur Akmal Aiza
Muhammad Aiman

Nenek: Pn. Sartinah Jais

Atuk: En. Muni Hj. Radzuan

Pakcik/Makcik belah abah
:
Wak Ribut & Wak Leman
Wak Rodah
Acik Hamim & Acik Sarimah
Acik Makhin & Acik Ina
Acik Awok

Pakcik/Makcik belah mama
:
Wak Long & Wak Yah
Acik Su & Acik Nan

Sepupu-sepapat
.

Nenek/Atuk saudara jauh dan dekat.

Guru-guru kelas:
Tahun 1 Melati - Pn. Suhaini
Tahun 1 Alif - Ustzh. Azean
Tahun 2 Melati - Pn. Azizah
Tahun 2 Alif - Ustzh. Elmi
Tahun 3 Melati - Pn. Sipah Sizah
Tahun 3 Alif - Ustz. Mahsurom
Tahun 4 Mawar - En. Zainuddin
Tahun 4 Fathonah - Ustzh. Jamilah
Tahun 5 Mawar - En. Azmi
Tahun 5 Zuhud - Ustzh. Jamilah
Tahun 6 Mawar - Pn. Hjh. Rabeah
Tahun 6 Ikhlas - Ustzh. Azean
Ting. 1 Hidayah - Pn. Masreha
Ting. 2 Amal - Pn. Anida
Ting. 3 Amal - Pn. Hayati
Ting. 4 Al-Kindi - Pn. Noraziah
Ting. 5 Ibn Rusyd - Cik Suraya Hani

Guru-guru lainnya
. (Pasti Al- Hidayah, KEMAS Batu Laut, SKBL, SRABL, SMKAKS, KISAS)

Pensyarah-pensyarah di INTEC.

Rakan-taulan. (Sekolah rendah, sekolah menengah rendah, kolej Islam, ATU 11, INTEC, ISU, jalan-jalan terlanggar bahu di tengah kota mahupun desa, juga kenalan semasa pengembaraan mencari cita dan cinta.)

Seluruh umat Islam.

Dengan ucapan: "Luputku jalok ngapuro seng akeh-akeh"

Jumaat, September 26, 2008

Baju Raya Itu Indah


Sampai sudah kiriman pos mama. Dan terima kasih untuk baju raya itu. Baju raya itu sangat indah. Masih lagi Bang Cik ingat saat mama dan abah membeli belah untuk persiapan raya di zaman dahulu kala. Seboleh-bolehnya Bang Cik mahukan baju yang berbeza dari Awa. Pening kalian melayan karenah kami. Dan saat Bang Cik kini sudah tua bangka berumur 22 tahun, masih juga mama dan abah yang belikan baju raya. Terima kasih mama, abah!

p/s Mama, kasut raya xde? hikhikhik

Khamis, September 25, 2008

Name Tag


7 FAKTA YANG PALING TEPAT UNTUK DISENARAIKAN TENTANG DIRI ANDA

1. Sedang dilamun cinta buat kesekian kalinya. Namun cinta itu jauh dari jangkauan sejauh terpisahnya Laut Jawa dan Selat Melaka.

2. Mencari pekerjaan itu seumpama menanti bulan jatuh ke riba. Dan aku seumpama pungguk rindukan bulan lantas bulan itu mungkin tidak akan pernah jatuh ke ribaku.

3. Kata orang, keajaiban dunia itu ada tujuh. Namun bagiku keajaiban dunia itu hanya satu. Oh familiku, kamu memang ajaib di hatiku.

4. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Namun bukan kenyang yang jadi misi, tali silaturahim itulah yang utama sekali.

5. Jauh perjalanan luaslah pengalaman. Andai penat kau berjalan, singgahlah sebentar di tempat rehat agar pulih tenagamu dan mampu meneruskan perjalanan dengan selamat.

6. Muzik penghibur jiwa di kala duka. Juga medium indah menyebar suka. Ingat jangan sampai kau leka. Hingga kerja sekolahmu disiapkan di saat terakhir sebelum waktu luputnya.

7. Rupa paras bukan ukuran. Kerana bagiku kecantikan bukan hanya pada luaran. Andai wajahmu sejelita Jessica Alba atau lebih dari itu, tetapi tingkahmu ala-ala Dynas di dalam drama Ezora, tetap kutolak. Namun lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku.

Dah siap dah Shaiza. Sesuka hati ko je tag2 aku ni.

Lupa pulak aku dah ada entri yang lebih kurang dengan entri ni.

Fine, kena pilih orang lain. Dan manusia bertuah itu adalah ibu kepada dua orang anak. Mempunyai tali persaudaraan dengan seorang pelakon drama Sindarela. Tak lain dan tak bukan, Kak Jaja..fiwiiittt..

Jumaat, September 19, 2008

18 R

Setiap hari yang dilalui adalah satu pencapaian.

Masuk minggu keempat pengajian di tahun terakhir. Semakin lama semakin tidak keruan kebencian aku pada perkataan aeroangkasa. Semakin berdesing telinga menahan bisikan jahat yang mengulang-ulang sebut bahawa aku tersalah pilih jurusan. Semakin lama semakin parah penyakit malas hadir ke kelas mencatat nota. Namun minggu ini ada sedikit pencapaian dan kepuasan yang dapat dirasakan. Bukannya pencapaian besar yang mampu menimbulkan rasa takbur, ujub, riak dan hasad dengki. Cuma pencapaian kendiri yang setidak-tidaknya membuatkan aku rasa layak untuk terus berada di sini. Di pekan kecil ini yang semakin lama udaranya semakin dingin menggigit, mencengkam hingga ke tulang sum-sum.

Setiap hari yang dilalui adalah satu anugerah.

Masuk minggu ketiga bulan kemenangan. Menangkah aku? Atau terus tersungkur terhumban ke jurang yang dalam tidak terkira. Atau tiada langsung kesan, akibat dan natijah yang bertitik tolak dari ketidakpekaan terhadap situasi sekeliling. Semakin lama semakin berlalu pergi nafas Ramadan itu. Semakin lama semakin aku sayu dek perasaan kehilangan itu. Kehilangan anugerah Ramadan yang hanya singgah sekali seperedaran matahari. Syukur aku masih terpilih menjadi hamba yang mampu menghirup udara segar di sini. Syukur yang tidak terhingga kerana aku tidaklah pula merasa layak menghirup udara ini kerana timbunan dosa yang menggunung.

Setiap hari yang dilalui adalah satu tanda kasih Rabbul Izzati.

Tuhan, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu dan bapaku, dosa adik-adikku, dosan datuk nenekku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa saudara seIslamku.


18 Ramadan 1429H

Khamis, September 11, 2008

Sarimaya



Pagi itu, pulang dari kelas dalam keadaan yang agak mengantuk. Cuaca yang mendung dan sedikit sejuk memang kondisi ideal bagi kaki tidur. Namun mengenangkan kelemahan diri yang sentiasa terlepas kelas oleh sebab sifat kuat tidur, maka alternatif terbaik adalah menonton drama Melayu. Sayugia, tertontonlah siri Sarimaya dari laman web rasmi TV9. Peh, Liyana Jasmay! Comel3x. Hikhik.

Err, Sept. 12, 2008 aku selamat menghabiskan 26 episod drama ini. Nampaknya kena cari stok baru la. Bila nak keluar filem-filem Liyana ni? KAMI, Papadom, Histeria, ada lagi yang lain ke?

Khamis, September 04, 2008

Bangun sahur, ooooiiii!

"Bang Cik, bangun! Jom kita sahur. Dah pukul 5 ni. Dah nak habis imsak dah." Kejut mama yang kemudian bergegas mengejutkan adik-adik yang lain. Waktu sahur selalunya akulah orang yang paling awal bangun kalau dikejutkan. Bukan apa, aku mahu habiskan makan cepat-cepat dan menyambung tidur semula sebelum masuk subuh.

Menu sahur kami sekeluarga bergantung kepada lauk berbuka. Kalau lauk tersebut licin tanpa meninggalkan sedikitpun kuahnya, maka nenek atau mama akan bangun lebih awal dan masak lauk yang baru. Namun, jika lauk berbuka banyak yang lebih, nenek akan hanya panaskan lauk tersebut dan menanak nasi yang baru. Kadang-kadang abah sudah beritahu awal-awal jika abah akan masak untuk sahur. Biasanya abah akan masak mi hailam atau mi kicap untuk kami sekeluarga.

Kuih-kuih yang kami beli untuk berbuka biasanya akan banyak yang lebih. Jadi, sahurlah masa yang paling ideal untuk menghabiskan kesemuanya. Kalau tidak, akan berbuanglah kuih-kuih tersebut. Paling menarik bagi aku semasa sahur, pasti ada minuman panas yang mama atau nenek sediakan. Milo susu, nescafe O ataupun teh tarik membuka selera pagi kami semua.


Ah, di sini aku sangatlah malas untuk bersahur. Bunyi jam loceng dari telefon selular berteriak bagai nak rak. Aku matikan, capai apa makanan yang ada dalam bilik. Minum air paip yang sejuk gila dan tidur semula. Lengkap sahur ringkas aku. Yang penting, jangan lupa niat puasa dan setidak-tidaknya ambillah sedikit hikmah bersahur yang memang disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW.


Anas (may Allah be pleased with him) quoted the Prophet (peace and blessings be upon him) as saying, "(Make sure to) have your sahur meal, for sahur is blessed."(Al-Bukhari and Muslim)

`Amr ibn Al-`Aas quoted the Prophet (peace and blessings be upon him) as saying, "The difference between our fasting and that of the People of the Book is the sahur meal."
(Muslim)