Khamis, April 26, 2007

Mari Belajar


Sebenarnya aku sangat kagum dengan rakan-rakan yang begitu tekun dan dedikasi dalam pelajaran mereka. Di sini aku perlu akui yang perasaan cemburu dan iri hati sering muncul tatkala melihat induvidu yang sangat gigih mengulangkaji pelajaran. Dan itu yang sering aku alami semasa aku berada di kelas 5/2 dahulu. Ya, mereka semua ini sudahlah pandai, rajin pula tu. Nescaya tidak pelik kalau ada yang jarang melihat aku menghabiskan masa di dalam kelas sewaktu prep. Aku lebih suka ke hulu ke hilir merayau ke kelas lain seperti 5/3 dan 5/4 dan bergurau senda. Adakala aku juga sering bertandang ke Perkisas lantaran mahu menghilangkan sedikit tekanan yang datang dari kelas. (=P)

Setiap individu ada cara belajar yang tersendiri. "Lain padang lain belalang, lain orang lain pula ragam." Ada yang memang caranya menghabiskan masa berjam-jam membaca apa sahaja catatan dan tulisan dalam buku. Hinggakan setiap baris perkataan dihafal. Ada pula yang gemar membuat latihan untuk menambah kefahaman. Tak kurang juga yang jenis senang dapat, lalu baca sekali pun cukup. Ada jenis yang perlu belajar bersendirian di dalam keadaan senyap sunyi untuk memberi fokus. Ada yang lebih senang berada dalam study group. Macam-macam karenah.

Bagi aku, aku lebih suka cara belajar yang lebih santai. Diakui aku bukanlah seorang yang genius yang boleh faham sesuatu perkara dengan mudah. Aku juga bukan seorang yang rajin yang mampu untuk menghabiskan masa bersama buku 24/7. Kalau subjek pembacaan, fokus sangat mudah lari. Namun bila berada dalam keadaan yang senyap dan tenang, mudah pula mata terlelap. Selalunya aku belajar bila datang mood. Kalau mood untuk belajar datang, memang senang nak masuk. Tapi kalau tiada mood, sumbat macam mana pun, tak boleh masuk jugak.

Cara belajar seperti ini sangat berisiko. Sebab apa? Bagi orang seperti aku yang memang malas nak bersedia lebih awal, mood hanya datang bila keadaan menekan. Lalu persiapan kelam-kabut dan keputusan juga tak menentu. Alhamdulillah, setakat ini keputusan masih lagi memuaskan hati aku walaupun aku tau kalau diusahakan dengan lebih gigih lagi, aku mampu lakukan yang lebih baik. Dan untuk keluar dari kemelut masalah untuk rajin belajar ni sangatlah payah. Ditambah dengan kehadiran skrin komputer lengkap bersama talian internet, ia memang mencabar ketekunan. Dan aku masih kalah kepada diri sendiri.

Tapi bila difikirkan semula, memang beginilah cara aku belajar sedari dulu. Tak berubah walau sedikit. Masih selalu memanjakan diri. Dan aku tidak dapat membayangkan diri aku menjadi seorang yang sangat berhempas pulas. Bagaimana agaknya keadaan seperti itu? (beberapa wajah rakanku yang sangat rajin study terbayang dalam kotak fikiran kala ini..korang faham2 je la sapa kan..hehe) Jadi, marilah belajar. Juga pastikan semula, untuk apa dan untuk siapa kita belajar.

Entry ini khas untuk mereka yang sedang atau akan menghadapi kertas peperiksaan akhir masing-masing. Terima kasih.

p/s Mahu kenal lebih dekat dengan sistem pembelajaran di US especially di Iowa State ni? Sila layari pintasan berikut.

Ada apa dengan Iowa State Univ. 1
Ada apa dengan Iowa State Univ. 2

Jumaat, April 20, 2007

Ada apa dengan nama


Gambar kenangan: Selepas majlis pertunangan Acik Su.
Belakang: Awa, Paan, Acik Su, Intan, Kak Ara
Depan: Abang An, Bangcik, Acik Ijis, Kak Inda (tersorok), Acik Kutip

Kurang sebulan lagi aku akan balik rumah setelah hampir 2 tahun kat Bandar Besar Ames yang tenang dan damai ni. Jangan risau, menurut Mayor Bandar Ames, tempat aku bermukim sekarang ni (Ames) adalah bandar kedua paling selamat di United States. Ini berdasarkan statistik jenayah yang berlaku di sini sangat rendah la kot. Jadi, insyaallah perkara yang buruk seperti kejadian seorang pelajar menembak mati 33 orang termasuk dirinya di Virginia Tech tu tidak akan berlaku. Doa-doakanlah agar semua selamat.

Berbalik kepada topik asal yang aku nak ketengahkan. Ada beberapa kawan yang bertanya kenapa keluarga aku panggil aku Bangcik. Sebenarnya, nama panggilan di kalangan orang Jawa bukanlah asing. Malah nama tersebut kadang-kadang sangat berlainan dari nama asal. Setahu aku, nama panggilan tersebut diberi atas alasan kesesuaian. Sebagai contoh kalau ada anak yang baru lahir asyik kena demam dan selalu menangis, maka orang yang lebih tua (biasanya atuk la) akan bagi nama lain untuk dipanggil. Tak tahulah kenapa. Dalam keluarga aku, banyak juga yang ada nama panggilan yang memang jauh dari nama asal. Aku senaraikan nama mereka kat bawah.

Mama aku -
Nama Sebenar: Suhaini
Nama Panggilan: Itah

Nenek saudara aku -
Nama Sebenar: Rokiah
Nama Panggilan: Tijah

Bibik (makcik) aku -
Nama Sebenar: Mahyon
Nama Panggilan: Lina

Paman (pakcik)aku -
Nama Sebenar: Khairul Azri (aku tak pasti sangat =P)
Nama Panggilan: Kutip

Wak aku -
Nama Sebenar: Noriyah
Nama Panggilan: Hawa

Sepupu aku -
Nama Sebenar: Filzah Amani
Nama Panggilan: Ana

Atuk saudara aku -
Nama Sebenar: Daim
Nama Panggilan: Tok Itam

Kalau aku nak list semua memang tak cukup la. Tapi anak-anak sekarang kebanyakannya nama panggilan tu dapat kat sekolah. Ada je kawan-kawan gatal kasi nama. Kalau elok boleh diterima, tapi kalau sampai kena panggil kambing, ayam, jongang dll. tak ke menganiaya namanya tu. Lagipun kita tak boleh bagi nama panggilan yang buruk-buruk kat saudara kita. Yang maksud baik pun, kalau orang tu tak suka dipanggil macam tu, kita tetap tak boleh panggil.

Sejarah aku dipanggil Bangcik pulak. Masa aku lahir, ada sepupu mama aku (Acik Lina) yang dah ada anak. Nama anak dia Yanti. Masa tu dia dah 3 tahun. Patutnya, kalau ikut pangkat, dia kena panggil aku abang. Sebab mak dia panggil mama aku kakak. Tapi disebabkan aku lahir lambat, jadi Yanti ni panggil la aku Abang Kecik. Nak ringkaskan, jadilah Bangcik je. Mulai hari tu kebanyakan ahli keluarga aku kenal dan panggil aku sebagai Bangcik. Ada la beberapa orang yang tetap panggil aku Shafiq, antaranya arwah Atuk Masikin (atuk belah mama) dengan Atuk Muni (belah abah).

Selalunya kalau masa raya atau ada rewang (kenduri kahwin) selalu la orang tanya kat mama aku. "Kak Itah, Bangcik yang mana?" "Itah, Bangcik nye tak dibawak?"

Aku dah tak tau macam mana nak tutup entry ni. Sebab tak ada idea untuk konklusi. Aku berundur dulu.

Selasa, April 17, 2007

Aku Si Pendosa

Terbit mentari itu
Walau terang pancaran
Kumasih mengharap sinaran
Buat suluh kegelapan
Hitam pekat hati yang kelam
Berlumur noda dosa semalam

Sedarku akan kesalahan
Tetap terlanjur perbuatan
Aku lemah Ya Tuhan
Aku cuma insan
Sering alpa
Sering lupa

Sekali
Kuulang lagi
Dua kali
Masih belum berhenti
Tiga kali
Kotornya hati
Tolonglah hati
Tolong berhenti
Ingatlah ini
Mungkin tiada esok hari

Sedarku tidak lama
Taubatku bukan nasuha
Kucuba namun hampa
Kuulang dosa itu semula
Aku Si Pendosa
Hina nista

Rabbul Izzati
Kau Pembolak-balik hati
Tetapkan iman ini
Dosaku yang menggunung tinggi
Tolong ampuni
Jadikan hatiku ini
Putih suci
Sejernih embunan pagi

Aku Si Pendosa
Kau Tuhan Pencipta
Maha Esa
Maha Kuasa
Penyimpan segala rahsia
Pengutus Muhammad tercinta
Jadikanku umat baginda
Ampuni hamba
Aku Si Pendosa

"Tiadakah mereka tahu bahawa barangsiapa menderhakai Allah dan rasulNya, sesungguhnya untuknya neraka jahanam serta kekal di dalamnya? Itulah kehinaan yang besar" (At-taubah: 63)

Khamis, April 12, 2007

Fancy

Ameer
Tafseer
Katheera
Ameen
Khoir
Khayr
Soff
Mujaheed
Ad-deen
Musolla
Hakeem
(hanya memberi beberapa contoh)

Dewasa ini aku selalu terbaca dan terjumpa ejaan-ejaan yang aku sifatkan sebagai ejaan 'fancy' ini dalam laman web organisasi mahupun peribadi. Penggunaan ejaan seperti ini mungkin disebabkan pengaruh sebutan asalnya. Oleh sebab perkataan Arab ini diMelayukan, maka tendency untuk mengeja perkataan-perkataan ini mengikut sebutannya memberi revolusi kepada ejaan Melayu perkataan tersebut. Di bawah ini, aku sertakan ejaan Melayu bagi perkataan di atas.

Ameer = Amir
Tafseer = Tafsir
Katheera = Kathira (Pernah ke diMelayukan? Macam tak je.)
Ameen = Amin
Khoir = Khair
Khayr = Khair
Soff = Saf
Mujaheed = Mujahid
Ad-deen = Ad-din
Musolla = Musala
Hakeem = Hakim

Jadi, perlukah ejaan fancy tersebut? Bagi aku yang sentiasa bias ni, aku kurang suka melihat ejaan fancy tersebut. Menyampah sebab bagi aku, orang yang guna ejaan macam tu nak menunjuk-nunjuk yang dia power atau at least tahu perkataan Arab. Apa salahnya eja guna ejaan yang sebenar (walaupun aku tak pasti sangat benar ke ejaan sebenar yang aku kasi kat atas tu.. =P)? Ataupun aku seorang je yang tak suka? Bukan apa, kan ejaan yang keMelayuan tu lagi pendek. Aku rimas tengok i ditukar jd ee dan sebagainya. Apa-apalah. Asalkan korang bahagia. Aku saje je nak buang rasa menyampah aku ni. Oklah. Akoo pergee dahooloo.. Huahuahuhau.

Gambar Hiasan (Tiada kena mengena dengan entry ini. Hanya sekadar peringatan.)


Isnin, April 09, 2007

Curang?


Assalamualaikum..

Tadi baru saja aku terbaca tentang sebuah kisah kecurangan seorang isteri di Mingguan Metro keluaran Hari Ahad, 8 April 2007. Tajuk artikel tu "Isteri Durjana". Sedikit sinopsis, cerita tentang seorang suami yang sangat percaya dengan isteri dia. Isteri dia ni seorang yang berpendidikan agama, bertudung labuh, mempunyai sifat penyayang dan sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Satu hari si suami mendengar cerita tidak elok tentang isterinya dari kawan dia. Sebab percaya dekat isteri, dia sampai bertumbuk dengan kawan yang report perihal isteri dia tu. Dan cerita tentang kecurangan isteri dia terus menerus dilaporkan kepada dia. Dia tetap tak percaya. Satu hari dia mengerjakan umrah dan di depan kaabah dia meminta agar hubungan rumah tangga dia makin dieratkan dan kalau ada kekurangan minta ditunjukkan. Akhirnya kecurangan isteri terbongkar dengan mata kepala dia sendiri. Dan akhirnya dia menceraikan isterinya dengan hati yang sangat punah.

Bila aku terbaca kisah ni, aku mula takut nak menaruh kepercayaan terhadap orang. Seperti yang terjadi kat kisah lelaki ni. Ya, memang tak semua orang bersifat seperti isteri dia. Tapi aku hairan bagaimana si isteri boleh berbuat sedemikian. Sedangkan dirinya cukup pendidikan agama dan semestinya tahu hukum-hakam serta dosa pahala. Mungkin si suami ada kesalahan atau kekurangan tapi menjalinkan hubungan terlarang bukan satu jalan penyelesaian. Daripada pembacaan, untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga, pihak suami dan isteri perlu sentiasa terbuka membincangkan setiap masalah. Perlu ada sikap tolak ansur. Tangani masalah dengan bijaksana dan insyaallah keluarga dan anak-anak akan hidup sejahtera. Jadi, untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, perlu menyediakan diri dari sekarang, dari segi ilmu, akhlak diri, kasih sayang dan sebagainya. Ingatlah tanggungjawab yang terletak pada bahu kita tak kira sebagai suami mahupun isteri. Moga kita semua sentiasa ingat bahawa dunia ini hanyalah pinjaman dan menanti kita di sana kehidupan baqa' dan kekal. Jadilah bakal suami/isteri mithali.

"Janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu amatlah keji dan jalan yang amat jahat." (Al-Isra': 32)

Jumaat, April 06, 2007

B.O.B (Badan Orang Besar)

Berikut adalah dialog perbualan aku dengan mama sedikit waktu dahulu:

Mama: Bang, hari tu balik umah atok. Mama kasi gambar ko yang tengah BBQ tu.
Bangcik: Yang mana?
Mama: Yang rambut ko tengah panjang tu.
Bangcik: Oo. Atuk apa kabar?
Mama: Sihat. Telinga dia je dah tak berapa dengar. Atok cakap "Sapik kok awak'e wes lemu?"
Bangcik: Mana ada gemuk. Biasa je.
Mama: Entah, atok yang cakap macam tu.

Selepas itu, aku kurangkan makan. Haha. Masa aku form 2 dulu, bila start sesi persekolahan selepas cuti akhir tahun yang panjang, masing-masing balik ke asrama. Sampai-sampai je asrama, ada ke patut Hakim Rohhaizan cakap aku gemuk. Walaupun aku tau aku dah berisi sikit sebab makan sedap je kat rumah. Bukannya gemuk sangat. Tapi aku jenis yang macam tak boleh terima orang cakap aku gemuk. Biar la orang cakap aku kurus macam penagih ke, apa ke. Aku tak kisah. Tapi kalau cakap gemuk, tembam, berisi, aku tak boleh terima. Walaupun orang selalu cakap, lelaki tak elok kurus sangat, tapi bukan bagi aku. Ni mungkin disebabkan masalah pemahaman kot. Tapi bagi aku, kalau dah tambah berat atau berisi atau senang cakap dah gemuk, penyakit pun datang (sebenarnya nak cakap dah tak hensem. =P). Ye ke? Aku tau aku sure salah ar. Lepas ni member-member yang belajar medic sure tegur aku. Tapi yang penting aku memang tak selesa kalau orang cakap aku gemuk dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku boleh je kawan ngan orang yang badannya besar ni. Aku tak memilih. Tapi aku rasa kena ubah pemikiran la lepas ni. Bukan semua yang gemuk itu menyusahkan. Macam gambar di atas. "Girls like fat guys. Yes, they do." Anyone please verify that statement. Haha. Apapun yang penting kesihatan dan macammana kita nak mensyukuri nikmat yang Allah limpahkan kat kita ni. Moga kita semua tak termasuk golongan yang kufur.

Selasa, April 03, 2007

Melati

Kak Long in action

Salam

Semalam aku terbuka laman friendster dua pupu aku. Nama dia Noor Linda dan aku panggil dia Kak Long je. Lepas tu, ternampak gambar yang baru dia upload. Gambar dia tengah jadi guru pelatih. Dia ni bakal jadi cikgu. Mengikut jejak Wak Itah (mama aku) dia. Bila aku tengok je gambar tu, teringat pulak masa zaman aku kecik-kecik dulu. Sampai sekarang, guru kelas yang paling aku sayang adalah guru kelas pertama aku. Cikgu Suhaini yang mengajar murid-murid Tahun 1 Melati. Walaupun beliau garang, tapi aku tetap sayang. Sebab beliau adalah mama aku. Kalau nak diikutkan, aku sangat nakal masa sekolah rendah dulu. Aku pernah pukul budak perempuan dengan penyapu, pernah gaduh dengan member adik aku, pernah rosakkan fire extinguisher sekolah, pernah kena masuk bilik guru besar, pernah patah tulang selangka masa main bola dan macam-macam lagi. Dan aku juga tak terlepas daripada kemarahan mama aku sendiri. Hehe. Bila aku ingat balik, aku rasa macam menyesal buat benda-benda tu. Mesti rakan-rakan mama aku bercerita pasal aku. Mesti mama aku malu. Tapi nak buat macammana, dulu masa aku kecik-kecik mana tau tu semua. Main belasah saja. Masa aku dah besar sikit, aku selalu tolong mama aku decorate kelas dia. Dari guru tahun 1, mama terpaksa jadi guru prasekolah, sebab masa prasekolah diperkenalkan, dah tak ada orang lain nak jadi cikgu prasekolah. Sekarang ni, ada 2 kelas prasekolah kat SK Batu Laut tu. Ada sebulan lebih saja lagi sebelum aku balik. I'm looking forward for that time. So, pengajaran cerita, korang cari sendiri la. Haha.