Selasa, April 17, 2007

Aku Si Pendosa

Terbit mentari itu
Walau terang pancaran
Kumasih mengharap sinaran
Buat suluh kegelapan
Hitam pekat hati yang kelam
Berlumur noda dosa semalam

Sedarku akan kesalahan
Tetap terlanjur perbuatan
Aku lemah Ya Tuhan
Aku cuma insan
Sering alpa
Sering lupa

Sekali
Kuulang lagi
Dua kali
Masih belum berhenti
Tiga kali
Kotornya hati
Tolonglah hati
Tolong berhenti
Ingatlah ini
Mungkin tiada esok hari

Sedarku tidak lama
Taubatku bukan nasuha
Kucuba namun hampa
Kuulang dosa itu semula
Aku Si Pendosa
Hina nista

Rabbul Izzati
Kau Pembolak-balik hati
Tetapkan iman ini
Dosaku yang menggunung tinggi
Tolong ampuni
Jadikan hatiku ini
Putih suci
Sejernih embunan pagi

Aku Si Pendosa
Kau Tuhan Pencipta
Maha Esa
Maha Kuasa
Penyimpan segala rahsia
Pengutus Muhammad tercinta
Jadikanku umat baginda
Ampuni hamba
Aku Si Pendosa

"Tiadakah mereka tahu bahawa barangsiapa menderhakai Allah dan rasulNya, sesungguhnya untuknya neraka jahanam serta kekal di dalamnya? Itulah kehinaan yang besar" (At-taubah: 63)

16 ulasan:

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam shafiq,

"Aku Si Pendosa
Kau Tuhan Pencipta"

sungguh terasa kerdilnya diri kita. tp knp kita ni masih lg berbangga-bangga diri dgn sedikit nikmat yg kita ada?

p/s: after listening to what had happened in virginia tech uni, i care more about u. so, do take extra care of urself there ok.

Tanpa Nama berkata...

Kak Sarah: wah, cepatnya komen. saya x habis edit lagi td. sajak ini saya tujukan untuk diri saya yang selalu je lupa. insyaallah, saya akan jaga diri.

Mudzil berkata...

ko pon da stat nk tiru aku berpuisi?huh..sume aku buat ko nk tiru..

Tanpa Nama berkata...

huh..tolongla mudzil..cakap je ko jeles..haha

Ct AdAh berkata...

wak..nice piece of art..gud job! keep it up~

(erk, btul ke komen ni dr aku utk ko? wahaha..)

Tanpa Nama berkata...

heh..ko ikhlas ke x ni odah? haha

AmiE berkata...

Salam...

again, nice peace..=)moa bukan karya yg terakhir..huhu..thumbs up..huhu..

suka bait2 ini..

"Sekali
Kuulang lagi
Dua kali
Masih belum berhenti
Tiga kali
Kotornya hati
Tolonglah hati
Tolong berhenti
Ingatlah ini
Mungkin tiada esok hari"

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [az-Zumar 39:53]

kadang-kadang org selalu berazam utk berhenti, tp selalu buat lg..kalau manusia,mesti dh boring asyik buat kesalahan sama je..tp ALLAH still bg peluang..

dan 'orang' itu selalu aku juga..huhu

Tanpa Nama berkata...

aku kena tgk mood gak ar amie..time2 exam ni la yang tibe2 dtg idea..sama2 la azam utk tinggalkan maksiat yg selalu dibuat..selagi pintu taubat masih terbuka..

Mudzil berkata...

bwat pe aku nk jeles..=p

nk berubah pn ikut mood ke..ni la masalahnye..hehehe..time exam jadi baik..lps exam kuar balik tanduk..ape kess?

Tanpa Nama berkata...

sengal mudzil..aku x ckp berubah time exam..aku ckp dpt idea wat sajak time exam..isk2 ni la remaja zaman sekarang..bkn nak pk dulu maksud ayat, tp terus direct to conclusion..last2 salah tafsir ayat..

Tanpa Nama berkata...

tiba2 terklik blog ni..sedap sungguh sajak ni.. ^^

amnah my. berkata...

salam...

isk2.. apalah dosa yang telah dibuat tu agaknya.. huhu.. macam diri ni tak banyak dosa plak.. insaf2..

kekadang kita tak sedar, perkataan ataupun apa yang kita taip ni pun boleh mendatangkan dosa.. sebab tu kena selalu mintak ampun dari-Nya..

genkidene berkata...

salam..

satu hasil karya yg mantap.
mabruk2 'alaika. :)

as what amnah said, "kekadang kita tak sedar, perkataan ataupun apa yang kita taip ni pun boleh mendatangkan dosa.. sebab tu kena selalu mintak ampun dari-Nya.. "

mge kite sume terus diberi hidayah oleh Allah agr tidak lalai dgn godaan syaitan dan leka dgn dunia.. ameen..

Tanpa Nama berkata...

anonymous: sajak biasa yang bukan apa-apa

amnah: hmm, mari kita tukar dr tulis benda yang buat dosa, jd benda yang buat pahala.. =)

syahidah: karya yg mantap? xde la..banyak ayat2 yang cliche lg dlm sajak tu..belum mampu lari dari dipengaruhi ayat2 orang lain yang dah biasa kita dengar..

'mge kite sume terus diberi hidayah oleh Allah agr tidak lalai dgn godaan syaitan dan leka dgn dunia'

amin..

syuqaira berkata...

terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.

:)
sangat dekat dgn hati.
jzkk.

Tanpa Nama berkata...

sama2 cik sikin