Khamis, April 12, 2007

Fancy

Ameer
Tafseer
Katheera
Ameen
Khoir
Khayr
Soff
Mujaheed
Ad-deen
Musolla
Hakeem
(hanya memberi beberapa contoh)

Dewasa ini aku selalu terbaca dan terjumpa ejaan-ejaan yang aku sifatkan sebagai ejaan 'fancy' ini dalam laman web organisasi mahupun peribadi. Penggunaan ejaan seperti ini mungkin disebabkan pengaruh sebutan asalnya. Oleh sebab perkataan Arab ini diMelayukan, maka tendency untuk mengeja perkataan-perkataan ini mengikut sebutannya memberi revolusi kepada ejaan Melayu perkataan tersebut. Di bawah ini, aku sertakan ejaan Melayu bagi perkataan di atas.

Ameer = Amir
Tafseer = Tafsir
Katheera = Kathira (Pernah ke diMelayukan? Macam tak je.)
Ameen = Amin
Khoir = Khair
Khayr = Khair
Soff = Saf
Mujaheed = Mujahid
Ad-deen = Ad-din
Musolla = Musala
Hakeem = Hakim

Jadi, perlukah ejaan fancy tersebut? Bagi aku yang sentiasa bias ni, aku kurang suka melihat ejaan fancy tersebut. Menyampah sebab bagi aku, orang yang guna ejaan macam tu nak menunjuk-nunjuk yang dia power atau at least tahu perkataan Arab. Apa salahnya eja guna ejaan yang sebenar (walaupun aku tak pasti sangat benar ke ejaan sebenar yang aku kasi kat atas tu.. =P)? Ataupun aku seorang je yang tak suka? Bukan apa, kan ejaan yang keMelayuan tu lagi pendek. Aku rimas tengok i ditukar jd ee dan sebagainya. Apa-apalah. Asalkan korang bahagia. Aku saje je nak buang rasa menyampah aku ni. Oklah. Akoo pergee dahooloo.. Huahuahuhau.

Gambar Hiasan (Tiada kena mengena dengan entry ini. Hanya sekadar peringatan.)


22 ulasan:

Ct AdAh berkata...

salam..

memandangkan aku dh mengantuk n nk mengelakkan tertdo lps subuh..meh aku komen entry ko ni..lgpun, wak yg suh komen td..haha..kantoi..

hmm, bg aku..xslh pn ejaan fancy tu..lgpun mmg banyak perkataan arab yg dimelayukan..byk sgt la..xcukup stu ruangan ni kalu aku nk senaraikan..

kecoh ar wak..tu pn nk rimas..wahaha..kte kan ada kebebasan bersuara..apatah lg kebebasan mengeja..=P

p/s: wak --> warx..hmm, x fancy ke tu? xyah tgk jauh2..tgk diri sndiri sudaa..haha..

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam

bg akk yg memang seorg pencinta bahasa ni, akk pun tak berapa gemar jugak. bukan rimas, tp memang tak suka. kurang senang pun ye jugak. tapi kalaulah ada akak terguna, maksudnya akk masih lagi kurang peka dgn kelemahan diri sendiri. walau mcm manapun ejaannya, takkan sekali-kali melarikan maksud perkataan tu. so apa salahnya kita kekalkan ejaannya mengikut ejaan bahasa kita yg betul. sebutan dan maknanya tetap sama juga.

untuk adah, ni pendapat akk je. ikutla pendirian masing2 dalam menilai bahasa ni. bagi akk, ketepatan tu lebih penting sbb bahasa kita milik kita. org luar pandang bahasa kita. kalau ejaannya di'fancy'kan, ibaratnya hilanglah keaslian baku bahasa kita ni.

"bahasa cerminan bangsa" - apa pendapat semua?

wallahu a'lam

Mudzil berkata...

akoo pergee dahooloo~

ape daa. cakap xserupa bikin. btw,meh aku komen secara ilmiah sket. rasenye xpenah aku bg komen yg membina,since ko pn xpenah bg komen yg membina kat aku. haha.

cube perhati betul2 untuk certain word ek. tak sume.

musolla - musala
khoir - khair
soff - saf

ikut kaedah sebutan arabnye, untuk musolla tu lam bersabdu,so bacaannye perlu lah distresskan MUSOLLA..bila ditukar ke musala ape akan jadi ek?

khoir..ikut kaedah arabnye,sebutan tu actually di tengah2. antara kha and kho..(xtahu nk explain gune istilah ape. tu la,ust fazdi ajar KKQ ko pegi borak2 kat blakang usha2 budak puteri. xyah tipu aku. aku duk depan,ko duk blakang hahaha)

oleh kerana itu,tak salah kalau perkataan arab ditukar ke melayu tapi berdasarkan nahu dan sebutan yang betul. sebab kita pun tahu kesalahan kecil melibatkan makhraj dan sebutan akan menyebabkan kelainan makna yang menyeluruh dalam satu2 ayat.

tapi,ikut konteks bahasa dewan pustaka dan dewan rakyat serta dewan yang sama waktu dengannya,biarlah berpada2 perubahan ejaan tue. tak salah memberikan hiasan pada sesuatu perkataan,sbb perkataan tue bukan berasal dari lubuk melayu,tapi PINJAMAN semata2. from one side,ape salahnye kite raikan perubahan ejaan tu dengan tambah kasik fancy2 sket?hehehe..

from other side,umat melayu ni secara tradisionalnya dah terbiasa dengan blajar jawi, except generasi moden ni la yg semakin lama semakin diketahui nk baca quran pon blum tentu pass.(rujuk kajian kerajaan terengganu terhadap murid2 darjah 6 di sekolah2 di terengganu pada tahun 2001). so tulisan2 secara dasarnya tak de la menyalahi sgt. (kalau ikut kaedah lughah ammi'ah la. )

lastly,penggunaan bahasa baku pun depend. sbb act ikut kajian pakar2 bahasa, baku bukan dasar bahasa melayu. sebab tue pakar2 bahasa melayu menolak kaedah penggunaan bahasa baku dalam pembacaan berita. baku nie lebih merujuk suku kaum,kalau indonesia bakunye terserlah,tapi kalau kaum melaka or kelantan ade ke bakunye?hehe..so nak membakukan penggunaan bahasa melayu tue depend la pada pendapat orang. but i'll choose not to use bahasa baku. sbb poyo je. haha. lagipun benda furu' jer. hehehe..

lastly, ni komen panjang gler wak. balas balik kat page aku!

sekian. =p

Mudzil berkata...

sekadar pendapat..
(tulis pn byk salah..haha kantoi~)

Tanpa Nama berkata...

odah: mmgla banyak perkataan Arab diMelayukan. even kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu adalah perkataan saduran dari bahasa lain. mostly Arab, English, Jawa dll. (Jawa tuu..) Kebebasan bersuara pun ada hadnya as well as kebebasan mengeja. Contoh, untuk penggunaan rasmi, ko tak akan eja nama ko sebagai ct adah. ko mesti guna Siti Norsaadah. (entah btl ke x..uahahhua) Jadi, memang tak salah ejaan fancy tu cuma kena tahu tempat nak digunakan. ini sampai perlembagaan persatuan pun guna ejaan fancy (i.e ameer etc)

Tanpa Nama berkata...

kak sarah: ada juga orang setuju dengan saya. haha. walaupun penulisan saya dalam blog ni tak mencerminkan bangsa langsung. (sebab tak memenuhi kehendak tatabahasa Melayu).
"apa salahnya kita kekalkan ejaannya mengikut ejaan bahasa kita yg betul. sebutan dan maknanya tetap sama juga."

walaupun ejaannya MUSALA, kan kita tetap sebut dengan 'MUSOLLA'. kan3?

Tanpa Nama berkata...

mudzil: ejaan akoo pergee dahooloo tu aku perli ar. ape term dia ek bdk2 medic? reverse psychology ek?

aku tak komen pasal sebutan. sebab kalau nak diikutkan, sebutan Arab tak boleh diterjemahkan melalui ejaan Melayu. sebab memang ketepatan tu tak ada. kena eja dengan huruf jawi barulah kita boleh bezakan makhraj. ahli bahasa dah tetapkan ejaan sesuatu perkataan yang diMelayukan. so, ikut je la. masalahnya sekarang orang memandai-mandai sesuka hati buat ejaan sendiri.tapi peduli apa aku kalau korang buat jugak ejaan macam tu. haha

ya betul orang Melayu secara tradisinya lebih kepada tulisan jawi. tapi kalau nak diikutkan, sekarang ni, budak-budak yang belajar Arab ataupun yang bersekolah di sekolah agama (tak kira rendah/menengah/tinggi) yang 'boleh' menulis dan membaca jawi. even bdk Koleq pun ada yang tak tahu/kurang tahu menulis dan membaca jawi. (sori ar budak2 Koleq..bukan semua, certain people je..hehe) jawab kertas agama pun dengan tulisan rumi.

bahasa baku sebenarnya tak ada kaitan dengan entry aku ni. aku tak sentuh tentang kebakuan. aku sentuh ejaan je. even kalau orang Melayu Kelantan, orang Melayu Terengganu, orang Melayu Melaka dll tak bercakap dengan sebutan baku, tapi mereka tetap perlu menulis dengan ejaan yang betul untuk lulus kertas Bahasa Melayu SPM kan. aku pun tak bercakap dengan sebutan baku.

bagi aku sekali lagi, ejaan kenalah mengikut apa yang telah digariskan. sebutan pula perlulah mengikut sebutan sebenar agar ketepatan maksud sesuatu perkataan dapat dikekalkan. sekali lagi, kalau korang nak eja fancy2 pun, peduli apa aku..haha

Tanpa Nama berkata...

PERHATIAN! Penulis pun kadang-kadang tak menggunakan ejaan yang tepat. Sebab penulisan ini tidak formal. Lagipun, inikan blog aku, pedulik ape aku. Suke ati aku ar. huahuahua

AmiE berkata...

Salam..

haihh..seperti terkena batang hidung sendiri..mengubah sedikit kata-kata kak sarah,kalaulah ada aku terguna, maksudnya aku masih lagi kurang peka dgn kelemahan diri sendiri..(mcm ada je..huahua)

Rasanya selalu bende2 macam ni, adalah ikutan..dan bagi aku,antara orang yang jarang2 mengambil berat pasal penggunaan bahasa ni, selalu cakap2 pun rojak je, apatah lagi ambil peduli tentang struktur ejaan akan terikut-ikutlah..

Setuju juga dengan kak sarah..kalau tengok orang russia sendiri, marah betul dia kalau kita salah intonasi ayat(tekan bunyi pada satu-satu perkataan)..kadang-kadang bukan marah, tak faham langsung, padahal bunyi sama je, cuma 'gaya tekan' tu lain sikit je..

Selalu rasa benda-benda ni picis-picis je..tapi kalau bukan kita yang nak peduli pasal bahasa sendiri,siapa lagi kan?

p/s:Ada seorang lecturer aku,hebat je kalau nak suruh die speaking, tapi tetap refuse.Nak cakap bahasa dia jugak..

"bahasa jiwa bangsa"
"majulah sukan untuk negara"-huahuahua..apakah?

Ct AdAh berkata...

salam..

utk kali yg kedua aku mendrop comment..tetiba rasa nk menjenguk blog wak ni..terkezut aku dgn pertambahan komen yg mendadak utk entry ni..isk2, hebat la ko wak..entry yg pd mulanya utk membuang rasa menyampah ko terhadap ejaan yg fancy tu dh bertukar mnjadi perbincangan ilmiah..haha..lg2 bila baca komen kak sarah n mudzil tu..adeh, serius btul..aku org 1st komen..so, kurang la tahap ke'serius'an nyer..=p tp secara jujurnya, aku pn x suka bila org melayu sndiri yg merosakkan bahasa melayu..sokong kata kak sarah, 'bahasa cerminan bangsa'..tp aku lebih selesa menggunakan ejaan yg fancy2 ni utk tujuan x formal..nnti aku tulis formal2, ko kata aku skema pulak..cess..hmm, lain la dlm kertas peperiksaan BM wkt SPM dulu..semestinya aku menggunakan ejaan yg btul..haa..lg satu, nasib baik ko eja nama aku btul..kalu slh td, x psl2 ko dpt surat saman dr aku..wahaha..

p/s: nk puji gmbar hiasan tu..kn bgs letak gmbar yg mmpunyai mksd tertentu drpd letak gmbar 'wanita' yg menimbulkan keraguan kpd pmbaca..=P

Mudzil berkata...

cisss..kalo aku tau baik xyah komen..hahaha

Mudzil berkata...

nak skema bace surat kabar la oit..hahaha

Tanpa Nama berkata...

amie: memang ramai yang x kisah pun pasal ejaan2 ni..aku pun x kisah sangat..cuma aku menyampah je..tu yang aku tulis tu..kalau cakap pasal komunikasi ni, x dinafikan semua bangsa kat dunia ni bangga dengan bahasa masing2..tgk je kat sekitar aku ni..org cina ckp bhs mandarin/hokkien/kantonis, orang chicanos ckp bahasa spanish, orang arab cakap arab, orang korea cakap korea, orang putih lagi la, bahasa org lain yg senang2 pun dia ckp susah..ckp english je tau..x kisah la apa pun, yang penting semua tau kepentingan sesuatu benda dalam hidup ni..x kisah pendapat apa pun, yg nak dicari adalah titik persamaan..huahuahua

Tanpa Nama berkata...

odah: gambar hiasan tu ade awek yg buat, aku grab je..haha lagi sekali aku ckp, aku x kisah pun dengan ejaan semua tu, cuma aku menyampah je nak baca..tp xde hal la..aku paham sbb ape diorg tulis ejaan cmtu..

Tanpa Nama berkata...

chet mudzil..ko wat onar kat muka bumi ni..isk2 mmg ar kalo aku nak ayat skema aku baca surat khabar..takkan aku usha kat frenster..sure x dpt..huahuahua yg dapat gambar2 je..hehe

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam,

akk menjenguk lg.terkejut tgk dh berbelas-belas komen rupanya. mantap betul entry kali ni. nanti bila akk update blog, korang kena datang ramai2 meriahkan blog akk pulak ye. huhu.

apa2pun, lepas dh go thru semua komen, akk ada kesimpulan peribadi yg mungkin hanya akk sorang je yg menerimanya. bg akk (mcm yg akk dh cakap dlm komen yg dulu), akk memang prefer bahasa yg menggunakan ejaan yg sempurna.tak dirojakkan, apatah lg tak diformalkan dgn menambah suffix atau prefix yg memburukkan lg bahasa. kalau kamu semua baca semula entry2 akk yg sebelum2 ni, kalau akk tulis dalam bahasa melayu, akk akan tulis dengan menggunakan bahasa yg sempurna. mcm tu jgk english. akk akan tulis dgn grammar yg betul.

dulu ada sekali abg khairil tanya (senior x-ki kat moscow ni), kenapa sarah tulis guna bahasa yg sempurna? akk jawab: sbb akk nak sampaikan mesej sayanglah bahasa kita, bukan bahasa asal kita tp bahasa yg kita tuturkan, baik melayu atau english. that's why bila akk menulis entry, org akan nampak skema dan formalnya entry akk tu. tp point yg org boleh nampak, entry tu bermaksud serius. a think to ponder about. dan dalam masa yg sama, entry tu boleh juga membawa maksud 'terus ke hati'. sbb dgn bahasa yg skema, org akn memandang itu adalah satu macam bentuk teguran utk dinilai semula secara keseluruhan.

sekali lg, ni hanya pendapat akk. dan kesimpulannya yg akk buat ialah, biarlah mcm mana pun ejaannya, maksudnya tetap sama. sungguhpun kita kekalkan ejaan mengikut sebutan arab (fancy), kemelayuannya tetap ada. dan sungguhpun kita adaptasi sebutan itu mengikut ejaan melayu (tak difancykan), maknanya tetap terpelihara. 'kan3' yg kamu sebut kat atas tu shafiq, akk balas semula dgn: 'haah3' =)

tp akk tetap berpegang dgn prinsip akk, walaupun ada yg setuju utk terus dan menerima penggunaan ejaan2 fancy ini, akk akn tetap menggunakan ejaan rasmi bahasa kita sbb kalau bukan kita org melayu yg nak pertahankan bahasa kita, siapakah lg yg akn mempertahankannya? even anak muda skrg ni memang sangat 'prefer' menggunakan 'bahasa org putih' krn bg mereka mereka nampak lebih 'educated', 'moden' dan 'up-to-date type'.

tepuk dada, tanya selera...

p/s:akk happy sbb masih ramai yg peka tentang isu2 bahasa ni rupanya.

Mudzil berkata...

berlapang dada atas perselisihan pendapat, bersatu padu dan bekerjasama atas persamaan..~

kak sarah: sib baik ade lg org mcm akak gune bahasa skema dalam penulisan,tu ade gaye SU tuh..hehe..bleh la anta2 karya kat ikim.fm nnti tiap2 malam die bace pastu die ckp "nukilan oleh bla bla bla"..hehe kidding~

warx: huh,aku xbuat onar pn ko bwat onar kat aku gak..pastu da baling batu sembunyi tangan..bajet mulia tapi..hauhahua~

well..nice posting act..membuatkan aku kurang mengarut la kat blog nie..in fact,dalam blog sndiri pn kutulis dgn skemanya diselitkan dgn bahasa2 pasar yg biase kte gune..haha..dua2 pnting sbnrnye..wpun signifikannye lebih pada bahasa skema sbb tu melambangkan bangsa,bhsa2 fancy ttp perlu dipertimbgkan mengikut kesesuaian..sbbnya?pembaca berlainan background dan penerimaan..ade certain yg ok je bile bace benda2 skema nih..tp ade yg bile skema2 takleh tahan last2 die ignore jer..

sbb tue kne ade flexibility dalam bahasa..sbb bahasa tue kan jugak salah satu method dakwah kte..then mad'u pn berbagai2 perwatakan..

tp kalo nk anta karya utk bertanding,pakai ayat2 fancy camtu sah2 la kne reject awal2 lg..

but after all,it depends on individual perception..~

amnah my. berkata...

salam..

rasanye tak terlambat lagi nak komen walaupun sebenarnya memang dah terlambat. Tak nak cakap panjang-panjang. Setuju ngan ks. Bahasa perlu dijaga dan didaulatkan walaupun kekadang tu sendiri pun tak praktikkan.

Dulu cikgu Talib (Munsyi kita tu jangan main-main) pernah cakap, kalau perkataan tu asalnya bahasa arab, untuk ejaan melayu kita perlu melayukannya. Of course, bunyi nya tu lari dari sebutan arab sebab ni perkataan melayu so, bunyinya melayula.

Contohnya musolla. Dalam bahasa melayu kena eja musala walaupun sebutannya jadi pelik sikit. Contoh lain silaturrahim. Ejaan melayu adalah silaturahim. Dalam bahasa melayu takde sabdu pada r. Banyak lagi contoh yang cikgu bagi tapi tak ingat apa. So, fikirlah masing-masing sendiri..

Tanpa Nama berkata...

kak sarah: saya pun happy gak..hehe =)

Tanpa Nama berkata...

mudzil: ko curi kesimpulan aku ar..xde idea lain ke? haha ya, terserah kepada persepsi masing-masing..yang penting semua ada kesedaran memartabatkan agama dan bangsa..

Tanpa Nama berkata...

amnah: tiada istilah terlambat. sebab blog saya sentiasa menerima kehadiran komen-komen anda semua dengan dada yang lapang. rindu dekat munsyi. teringat waktu krel ngan ajon jadi munsyi muda kat kisas dulu..haha

Mudzil berkata...

huh..keje ko tuduh aku je..mmg dasar _________ ..(sila isi tmpat kosong dgn perkataan yang sesuai) =p