Jumaat, April 06, 2007

B.O.B (Badan Orang Besar)

Berikut adalah dialog perbualan aku dengan mama sedikit waktu dahulu:

Mama: Bang, hari tu balik umah atok. Mama kasi gambar ko yang tengah BBQ tu.
Bangcik: Yang mana?
Mama: Yang rambut ko tengah panjang tu.
Bangcik: Oo. Atuk apa kabar?
Mama: Sihat. Telinga dia je dah tak berapa dengar. Atok cakap "Sapik kok awak'e wes lemu?"
Bangcik: Mana ada gemuk. Biasa je.
Mama: Entah, atok yang cakap macam tu.

Selepas itu, aku kurangkan makan. Haha. Masa aku form 2 dulu, bila start sesi persekolahan selepas cuti akhir tahun yang panjang, masing-masing balik ke asrama. Sampai-sampai je asrama, ada ke patut Hakim Rohhaizan cakap aku gemuk. Walaupun aku tau aku dah berisi sikit sebab makan sedap je kat rumah. Bukannya gemuk sangat. Tapi aku jenis yang macam tak boleh terima orang cakap aku gemuk. Biar la orang cakap aku kurus macam penagih ke, apa ke. Aku tak kisah. Tapi kalau cakap gemuk, tembam, berisi, aku tak boleh terima. Walaupun orang selalu cakap, lelaki tak elok kurus sangat, tapi bukan bagi aku. Ni mungkin disebabkan masalah pemahaman kot. Tapi bagi aku, kalau dah tambah berat atau berisi atau senang cakap dah gemuk, penyakit pun datang (sebenarnya nak cakap dah tak hensem. =P). Ye ke? Aku tau aku sure salah ar. Lepas ni member-member yang belajar medic sure tegur aku. Tapi yang penting aku memang tak selesa kalau orang cakap aku gemuk dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku boleh je kawan ngan orang yang badannya besar ni. Aku tak memilih. Tapi aku rasa kena ubah pemikiran la lepas ni. Bukan semua yang gemuk itu menyusahkan. Macam gambar di atas. "Girls like fat guys. Yes, they do." Anyone please verify that statement. Haha. Apapun yang penting kesihatan dan macammana kita nak mensyukuri nikmat yang Allah limpahkan kat kita ni. Moga kita semua tak termasuk golongan yang kufur.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape ntah aku merepek ni..tgh bengong sbb x leh jwb soklan hw..huahuahu

Ct AdAh berkata...

salam..

aih, sblum aku kuar date ni..meh aku verify statement ko tu..'Girls r not like fat guys..no correlation between them'..isk2, mmg salah pemahaman ko ni..gemuk tu xslh..mksdnya cukup mkn, bahagia, rezki melimpah ruah..haha..statement utk menyokong golongan XXL..tp xde la aku kata gemuk tu elok kn..penyakit pn sng dtg..lemak n kolestrol berlebihan2..'prevention is better than cure'..ape pn, kekalkan berat badan yg ideal..bru la bole idup sihat n sejahtera..haa..lg satu ayat ko tu..bila gemuk dh x hensem..aih, btul ke? psikology sume tu..org zmn skarang ni..yg kurus2, nmpak tulang (bkn tulang yg pth ok! haha)..sumenyer cantik..tu org zaman teknologi ni la..kalu dulu2..yg gemuk2 sume golongan bangsawan, org berharta, golongan istana..haa, cth terdekat..monalisa yg femes tu..gemuk kn? no doubt bout that..femes je gmbar dia tu smpai ari ni..haha..aih, byk plak aku berceloteh..kesimpulan aku nk buat..aku x sokong mana2 (gemuk atau kurus)..prefer bersederhana..sbb aku mmg sederhana org nyer..wasatiah dituntut dlm Islam..k, ciao~

AmiE berkata...

Salam..

herm..memang patut mengubah pemahaman..

tak semestinya kurus itu sihat.dan tak semestinya jugak gemuk itu tak sihat..yang penting kualiti dan kuantiti makanan kena dijaga disamping selalu g medical check up.monitor blood pressure,glucose content,cholestrol blabla..huhu..

tak semua perempuan ske lelaki gemuk,dan mungkin gak lelaki kurus..yg penting sedap mata memandang dan ringan tulang-ahaha..

tapi, selagi masih muda, immunity masih kuat,hormone pun seimbang..makanla banyak2..dari nanti bila dah tua, semua bnde nk kena jaga masa tu baru nak makan..cuma yg penting-baca doa makan dan berhenti sebelum kenyang =p.

neway, aku tergolong di kalangan org perempuan yg x ske tgk lelaki kurus2..nnt tak kuat r nak suh tolong agkt barang..haha

Ct AdAh berkata...

haha..nmpaknya amie nk cr bakal suami yg badan tegap2 mcm malik noor..bole suh angkat brg berat2 nnti..esp kalu gi shopping..mksdnya org2 mcm wak dah kena reject awal2 la..wahaha..

Tanpa Nama berkata...

huh..aku reject amie dulu ok..bukan semua terletak pada fizikal ok..yg penting hati dan kejujuran..huahuahua

AmiE berkata...

Salam..

err..apakah cerita tentang ini?..of course tak tgk fizikal.doa banyak2 dapat calon baik,beriman,sedap mata memandang,ringan tulang(sumer sifat mahmudah) sudaa..

kalau die kurus nnt aku la tlg gemukkan,kalau die gemuk,aku jugak tlg kuruskan..sifat fizikal ley berubah..mula2 cantik pastu x cantik..siapa tahu..duniakan hanya pinjaman..huahua

genkidene berkata...

ehm..pelik juga eh..
slalunye perempuan yg sgt concern psl berat badan, psl kelihatan kurus..
tp rupenye ade gak lelaki yg begitu concern ehh..haha..cm pelik je..
tp xpe2... bagusla gemuk pun bukan nye elok sgt..btol x..mcm adah kate..penyakit sng dtg..
melihat pd senario hrni..lelaki (x kira tua atau muda) suka pada perempuan kurus.. maka jenuhla si perempuan ni mkn pil itu dan ini utk kurus.. namun yg peliknye lelaki itu x mau pula brusaha utk kurus..makin buncit adela.. (ohh tidak ade kaitan ngn sape2 tau..hanya brdasarkan senario dunia skrg) =D

peace \/

Tanpa Nama berkata...

bukan x nak berusaha utk kurus..cuma mungkin hati senang..dan masakan isteri pulak sedap2..hehe

Sarah Mohd Shukor berkata...

what?shafiq penah gemuk? n sensitif kalau dikatakn gemuk? waaa..sungguh tak tipikal lelaki ni =p

sorry ye shafiq..sje je nak usik2

Tanpa Nama berkata...

haha..xpe2, saya mmg suke diusik kak.. =P