Isnin, April 09, 2007
Curang?
Assalamualaikum..
Tadi baru saja aku terbaca tentang sebuah kisah kecurangan seorang isteri di Mingguan Metro keluaran Hari Ahad, 8 April 2007. Tajuk artikel tu "Isteri Durjana". Sedikit sinopsis, cerita tentang seorang suami yang sangat percaya dengan isteri dia. Isteri dia ni seorang yang berpendidikan agama, bertudung labuh, mempunyai sifat penyayang dan sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Satu hari si suami mendengar cerita tidak elok tentang isterinya dari kawan dia. Sebab percaya dekat isteri, dia sampai bertumbuk dengan kawan yang report perihal isteri dia tu. Dan cerita tentang kecurangan isteri dia terus menerus dilaporkan kepada dia. Dia tetap tak percaya. Satu hari dia mengerjakan umrah dan di depan kaabah dia meminta agar hubungan rumah tangga dia makin dieratkan dan kalau ada kekurangan minta ditunjukkan. Akhirnya kecurangan isteri terbongkar dengan mata kepala dia sendiri. Dan akhirnya dia menceraikan isterinya dengan hati yang sangat punah.
Bila aku terbaca kisah ni, aku mula takut nak menaruh kepercayaan terhadap orang. Seperti yang terjadi kat kisah lelaki ni. Ya, memang tak semua orang bersifat seperti isteri dia. Tapi aku hairan bagaimana si isteri boleh berbuat sedemikian. Sedangkan dirinya cukup pendidikan agama dan semestinya tahu hukum-hakam serta dosa pahala. Mungkin si suami ada kesalahan atau kekurangan tapi menjalinkan hubungan terlarang bukan satu jalan penyelesaian. Daripada pembacaan, untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga, pihak suami dan isteri perlu sentiasa terbuka membincangkan setiap masalah. Perlu ada sikap tolak ansur. Tangani masalah dengan bijaksana dan insyaallah keluarga dan anak-anak akan hidup sejahtera. Jadi, untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, perlu menyediakan diri dari sekarang, dari segi ilmu, akhlak diri, kasih sayang dan sebagainya. Ingatlah tanggungjawab yang terletak pada bahu kita tak kira sebagai suami mahupun isteri. Moga kita semua sentiasa ingat bahawa dunia ini hanyalah pinjaman dan menanti kita di sana kehidupan baqa' dan kekal. Jadilah bakal suami/isteri mithali.
"Janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu amatlah keji dan jalan yang amat jahat." (Al-Isra': 32)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
aku mls nk komen psl artikel ni..sbbnya ko pn dh komen byk ttg ape yg ko baca..satu je aku x puas hati..apa kaitan gmbar hiasan tersebut dgn tajuk entry ni..isk2..sedarlah wak..dunia hanya pinjaman..=p
haha..mmg gambar hiasan kdg2 x de kaitan dgn cerita..
dah wak mmg sengal..aku pn xle nk ckp ape laa..hehehe..
mcmku kenal wajah ini...
is she assyuhada, isn't she?
waah ..warx..
gambar hiasan ada makna..
heheh..
a good topic to ponder about actually but the pic makes me curious so much..syahidah, jalankan siasatan cepat, on my behalf =)
p/s: apa ajelah anak2 zaman skrg...
mudzil: ko jangan buat onar kat sini..isk2
syahidah: mana ada orang kenal siapa dalam gambar hiasan. nama pun gambar hiasan..isk2 kalau awak kenal, ape lagi, kenal2 kan lah kat saya..haha =P
kak sarah: saya sokong arahan kak sarah kpd syahidah..so syahidah, jalankan siasatan segera..huhu
Salam..
wah..gmbr hiasan lebih hot dr isi..iskisk..aku igtkan isi lebih penting dr gmbr hiasan-haha..
herm..ni dak kisas ni..syahidah nnt dh dpt result share2..jgn kumpul sorang2..pampang terus kenyataan dkt shout out tu..takpun dkt sini..haha
to k.aya n amie:
..sy kenal ngn dia..br je jmpa die few months back..heheh.. ;)
she's our junior br lps SPM..
to warx:
aih btol ke x knal ni... ehem2..
:p
thanx agent syahidah. u did a great 1st investigation.
to shafiq: jgn sorok2 la.drpd kitorg tau nnti dr org lain, baikla ngaku je awal2 ni.takdela speculations hanging in the air.
syahidah: isk2, sy x kenal la..jgnlah meragui diri ini..haha
kak sarah: nak sorok ape ni kak..kalau saya kenal xde la letak caption gambar hiasan..sure sy dah letak caption 'bakal tunang' or 'bakal isteri' =P haha
wak..kim slm kt dia..haha..
p/s: kata2 dr seorang shbt yg sntiasa 'cool'..=D
insyaallah kalau aku jumpa dia kat malaysia nnt.. (mcm jumpa je..haha)
Salam..
entry yg 'bermakna'..ahaha
salam..
wah.. ade konspirasi rupenye kat sini.. pelik gak ye.. macam mane tak kenal tapi dapat gambar tu.. ke kempunan dari jauh je.. huhu.. entry ni pun citer pasal munakahat lagi.. macam dah tak sabor je.. isk2 takpela.. rase cam nak sokong shafiq je.. rasenye die memang tak kenal kot.. dapat gambar grab dari fs ke, ape ke.. hehehe..
u r exactly right, amnah..saya save picture as dr multiply cikgu suraya..hehe tp masih belum kempunan ok.. =P
patut la mcm penah tgk! kat multiply cikgu!! ish, mcm mana bolek tak teringat ni? *thinking mode : ON*
tau xpe..haha
wak..tak yah la tunjuk hang desper sgt..ish,malu btol aku dapat mmber camni..rilek2 sudey..kn aku da pesan dlu xyah tunjuk sgt..la ni hang tunjuk gak..
hauhauhauha~
sengal mudzil
Catat Ulasan