Gambar kenangan: Selepas majlis pertunangan Acik Su.
Belakang: Awa, Paan, Acik Su, Intan, Kak Ara
Depan: Abang An, Bangcik, Acik Ijis, Kak Inda (tersorok), Acik Kutip
Kurang sebulan lagi aku akan balik rumah setelah hampir 2 tahun kat Bandar Besar Ames yang tenang dan damai ni. Jangan risau, menurut Mayor Bandar Ames, tempat aku bermukim sekarang ni (Ames) adalah bandar kedua paling selamat di United States. Ini berdasarkan statistik jenayah yang berlaku di sini sangat rendah la kot. Jadi, insyaallah perkara yang buruk seperti kejadian seorang pelajar menembak mati 33 orang termasuk dirinya di Virginia Tech tu tidak akan berlaku. Doa-doakanlah agar semua selamat.
Berbalik kepada topik asal yang aku nak ketengahkan. Ada beberapa kawan yang bertanya kenapa keluarga aku panggil aku Bangcik. Sebenarnya, nama panggilan di kalangan orang Jawa bukanlah asing. Malah nama tersebut kadang-kadang sangat berlainan dari nama asal. Setahu aku, nama panggilan tersebut diberi atas alasan kesesuaian. Sebagai contoh kalau ada anak yang baru lahir asyik kena demam dan selalu menangis, maka orang yang lebih tua (biasanya atuk la) akan bagi nama lain untuk dipanggil. Tak tahulah kenapa. Dalam keluarga aku, banyak juga yang ada nama panggilan yang memang jauh dari nama asal. Aku senaraikan nama mereka kat bawah.
Mama aku -
Nama Sebenar: Suhaini
Nama Panggilan: Itah
Nenek saudara aku -
Nama Sebenar: Rokiah
Nama Panggilan: Tijah
Bibik (makcik) aku -
Nama Sebenar: Mahyon
Nama Panggilan: Lina
Paman (pakcik)aku -
Nama Sebenar: Khairul Azri (aku tak pasti sangat =P)
Nama Panggilan: Kutip
Wak aku -
Nama Sebenar: Noriyah
Nama Panggilan: Hawa
Sepupu aku -
Nama Sebenar: Filzah Amani
Nama Panggilan: Ana
Atuk saudara aku -
Nama Sebenar: Daim
Nama Panggilan: Tok Itam
Kalau aku nak list semua memang tak cukup la. Tapi anak-anak sekarang kebanyakannya nama panggilan tu dapat kat sekolah. Ada je kawan-kawan gatal kasi nama. Kalau elok boleh diterima, tapi kalau sampai kena panggil kambing, ayam, jongang dll. tak ke menganiaya namanya tu. Lagipun kita tak boleh bagi nama panggilan yang buruk-buruk kat saudara kita. Yang maksud baik pun, kalau orang tu tak suka dipanggil macam tu, kita tetap tak boleh panggil.
Sejarah aku dipanggil Bangcik pulak. Masa aku lahir, ada sepupu mama aku (Acik Lina) yang dah ada anak. Nama anak dia Yanti. Masa tu dia dah 3 tahun. Patutnya, kalau ikut pangkat, dia kena panggil aku abang. Sebab mak dia panggil mama aku kakak. Tapi disebabkan aku lahir lambat, jadi Yanti ni panggil la aku Abang Kecik. Nak ringkaskan, jadilah Bangcik je. Mulai hari tu kebanyakan ahli keluarga aku kenal dan panggil aku sebagai Bangcik. Ada la beberapa orang yang tetap panggil aku Shafiq, antaranya arwah Atuk Masikin (atuk belah mama) dengan Atuk Muni (belah abah).

Selalunya kalau masa raya atau ada rewang (kenduri kahwin) selalu la orang tanya kat mama aku. "Kak Itah, Bangcik yang mana?" "Itah, Bangcik nye tak dibawak?"
Aku dah tak tau macam mana nak tutup entry ni. Sebab tak ada idea untuk konklusi. Aku berundur dulu.
16 ulasan:
Salam..
owh..dalam family aku mak aku sorang je yg ada nama panggilan lain.
Nama: Jamaliah
Panggilan: Idah
Tapi aku tak pernah pulak nak tanya kenapa.Yang lain sumer panggil biasa je ikut nama asal..dan, adik beradik aku pun x de tukar2 nama..
begitu rupanya sejarah nama 'Bangcik" ko..haih..complicated sungguh..sepupu2 aku sekarang dah tak de nama panggilan istimewa dh cam mak cik2 aku.Dah tak de kira pangkat dalam keluarga.Kalau sapa2 lebih tua panggil kakak or abang je, takpun nama..tapi bila dah start kahwin baru la ade pangkat..dan mulala guna 'wak' tu..tapi macam generasi aku dalam family aku skrg mcm dah tak berapa nak guna sangat..
Papepun, yang penting orang lain hormati dan panggil nama kite elok2..pelik juga ye, bila kawan bagi gelaran pelik2 macam "jongos,penyu", ada jugak yg boleh nak terima..
salam,
begitu kisahnya ye. dlm family akk pun sama. ayah akk namanya mohd shukor. tp keluarga belah penang panggil dia abang kod. huhu. klu dlm family akk sendiri plak, akk la yg ada nama lain. dari sarah, jadinya ngangah (di rumah). dgn kwn2 pulak, disbbkn evolusi, maka ntah mcm mana, wkt korang dtg utk pendaftaran f4 dulu tu, nama AYA wujud plak. so batch korang yg pmpuan semuanya panggil kak aya. n skrg ni d moscow, junior panggil KS plak. mcm2 la hai....
huhu..kelakar pulak..best jugak ek mcm tu..boleh ada byk nama lain2..hehe..
amie: tak best la kalau dah x ikut pangkat..so, kalau anak wak ko lg muda dr ko, dia ar panggil ko akak? heh..dlm keluarga aku, kalau nak diikutkan, aku dah ada pangkat atuk sekarang..sebab ada saudara jauh aku yang pangkat dia anak buah aku, dah kawin n ada anak siap..haha..berbelit sungguh ayat di atas.
kak sarah: banyaknya nama panggilan akak..saya yg melekat ada 2 je.. Bangcik ngan Wak atau sebab nak nampak cam orang putih difancykan jadi Warx..hehe =P
Rusya: best jugakla dapat nama panggilan..cuma kadang2 orang sampai x tau nama sebenar..haha
salam..
hmm.. memang betul kan.. orang tua2 ni suka tukar nama.. sebab diorang cakap nama tu mungkin tak sesuai untuk budak tu.. lebih2 lagi kalau kuat nangis je ataupun asyik jatuh sakit je..
macam ayah saya orang panggil dia mian selalunya.. mak saya nama siti sairah tapi adik-beradik dia panggil yon.. tak taulah datang mana.. pastu ada akak iapr ni nama saleha tapi panggilnya ita.. pastu kakak dia plak orang panggil kak dek.. eh, banyak lah plak.. nanti buat cerita baru plak kat sini..
hmm, orang jawa mmg cmtu kot..tp rasanya bkn org jawa je yang suka kasi nama lain2 ni..haha saya rasa macam nak blaja baca kalendar jawa ar balik nnt..huhu
kalendar jawa? jawa ada kalendar sendiri? ayah akak tau ni lagi la dia puji org jawa. eh, ayah akak dare any of u yg nak buat entry pasal bahasa jawa. nanti kalau sapa2 ada buat, akk promote di blog akak suruh ke blog tu. huhu. cepat2. ayah akak sokmo sebut2 psl kehebatan org jawa n kampar sampaikn dlm komen dia d blog tu pun asyik sebut jgk. adui la...
kak sarah x tau ek. orang jawa ada kalendar dia sendiri. selalunya, sblm apa2 upacara spt kenduri kawin, khatan, pindah rumah orang yang arif akan rujuk kalendar jawa ni untuk tetapkan tarikh yang sesuai. adalah cara perkiraan dia. berdasarkan pembacaan, kalendar ni diasaskan dari kesinambungan sistem kalendar Shaka (pengaruh hindu-buddha) dan sistem kalendar jawa ni mirip sistem kalendar hijriah dari segi pengiraan. sebab ia berdasarkan peredaran bulan. nanti kalau saya dah ready, saya buat entry pasal kalendar jawa ni pulak. tapi lambat lg la. kumpul material dulu. hehe
Salam..
huhu..warx, dalam kalender jawa ni, aku cuma tau kewujudan malam Jumaat kliwon..dikatakan malam itu, mcm sgt diberkati esp kalau buat qiyamullail..
pernah dgr kah?
hebatlah amie. nanti belajar utk malam2 yg lain jgk eh ;)
salam..
oo..tu rupanya asal usul nama panggilan Bangcik ko tu..ingatkan panggilan ikut kedudukan dlm ahli keluarga ke..mcm aku..anak2 buah aku panggil Achik je..kalu diorang pggil Makcik..terasa tua la sgt..haha..tp aku rasa disebabkan nama panggilan tu la yg mempengaruhi saiz ko..kecik jdnya (fizikal)..aih, bila la nk besar ko ni wak? wahaha..hebat gak org jawa ni yer..siap ada kalendar sndiri..xcukup2 ke kalendar mengikut perkiraan thn masihi dan thn hijrah tu..isk2..nasib baik la aku bkn org jawa..kalu x, bertmbah pening la aku nk pkai kalendar yg mana satu..skang ni, rujuk 2 kalendar tu pn..aku slalu lupa tarikh..maklumlah, msa bergerak semakin pantas..sedar x sedar..dah nk blk msia dh..rasa mcm bru smlm aku meninggalkan KLIA..sedih2 n nangis2..tup2, lg sebulan lebih, aku akan menjejakkan kaki di KLIA semula..aih, ape aku merepek ni..haha..dh2, aku pn x reti nk wat konklusinya..mohon undur diri~ =P
amie: oo, pasal malam jumaat kliwon tu aku x pasti ar..tp aku tau la nama kliwon tu salah 1 part dlm kalendar jawa..hehe
kak sarah: perlu diingatkan yang mungkin terdapat unsur2 khurafat dlm penentuan hari baik/ hari buruk dlm kalendar jawa. tapi kalau hanya sbg untuk blaja keunikan kalendar jawa ni xde salahnya. =)
odah: kebanyakan org jawa masa kini pun x berapa tau pasal kalendar ni..tau gitu2 je..tp bile tgk x faham pun..masa aku kecik, ada atuk aku sangkut kalendar ni kat dinding, sepatah haram aku x faham..haha
salam..
kliwon tu memang ada.. setiap hari ada namanya yang lainkan.. antara lain yang saya ingat ialah sabtu paing.. pastu ada lah ciri-cirinya kalau orang lahir setiap hari yang berlainan tu..
masa sekolah form berapa ntah, kalendar tu wujud lagi kat umah saya. tak tahulah bapak saya dapat mana. campur ngan masihi sekali lah.. macam2 lah jawa ni.. tak tahulah origin nya mana..
tq amnah terhadap info yg diberikan..huhu
hm...menarik...tapi kawan kat umah orang panggil bone...macam tulang plak rasenye...
skrg pun ko dah tulang munir..haha bone ek, cmne la munir leh jd bone? hmm..
Catat Ulasan