Merealisasi resolusi tidak mudah. Mungkin sebab itu aku memang tidak pernah meletak apa-apa azam dalam hidup. Seingat-ingat memang tidak pernah. Tetapi lintasan-lintasan ingin dan harap memang ada. Dan lintasan-lintasan itu yang selalunya memberi kejutan dalam perjalanan yang telah aku tempa.
Merealisasikan resolusi memang tidak mudah. Tidak sesenang menghafal fa'ala fa'alaa fa'aluu fa'alat fa'alata fa'alna. Tidak seringkas mengi'rab mubtada' marfu' biddhammah. Ia memerlukan pengorbanan fizikal, mental dan emosi. Ia membutuhkan kecekalan yang agam dan kemahuan yang menggunung.
Merealisasikan resolusi sesungguhnya tidak mudah. Namun di sebaliknya, terlindung kecantikan yang tersembunyi. Yang tidak akan pernah tersentuh oleh insan yang tiada azam sepertiku. Yang hanya dilalu dan ditempuh oleh mereka yang menginginkan sesuatu. Sentiasa. Selalu.
Merealisasikan resolusi hakikatnya tidak mudah. Aku mahu menjadi sebahagiannya. Bergelumang di dalam ketidaksenangan itu. Merasainya. Supaya aku tahu adakah ia sesukar membezakan jenis-jenis tasybih dalam balaghah Bahasa Arab Tinggi Tingkatan 5. Atau lebih susah daripada tarajjim perkataan yang tak pernah diketahui akar katanya.
Solusinya di sini, mari berevolusi dan berhenti rasa inferior dengan perkataan reformasi.
3 ulasan:
banyaknye perkataan caggih & moden. hehe. selamat mengalu-alukan reformasi dan menjana transformasi.
eh? dah macam slogan 1 Malaysia pulak. haha.
ahhh *canggih. typo.
isk..reformasi & transformasi tu mcm 10 ribu batu terpisah dalam konteks malaysia..oops..jalan raya kembali berturap..maknanya pilihanraya semakin dekat..
Catat Ulasan