Jumaat, November 16, 2007

Cantik?

"Beauty lies in the eyes of the beholder"

Berbagai-bagai tafsiran, takrifan, penilaian, pandangan, terjemahan yang manusia cipta untuk menerangkan apa sebenarnya maksud tersirat dan tersurat perkataan CANTIK. Secara global, boleh aku simpulkan cantik itu bermakna sempurna. Obsesi masyarakat umum terhadap kecantikan menyebabkan media cetak juga elektronik berlumba mengetengahkan model jelita yang sempurna serba-serbi. Tiada cela. Persetankan itu seketika. Mari menjengah pendapat yang lebih realistik.

Kecantikan itu dinilai dari mata yang memandang. Ya. Aku setuju. Tapi bagaimana? Ada yang menilai mulus kulitnya, mancung hidungnya, mungil bibirnya, redup matanya, montok tubuhnya, baik perilakunya dan berbagai lagi. Citarasa setiap manusia berbeza. Bukan sahaja berbeza mengikut kaum, bangsa, keturunan malah setiap kujur tubuh yang berisi roh bergelar insan punya rasa berbeza.

Citarasa setiap kaum berbeza. Gambar atas: Madhuri Dixit. Gambar bawah: Zhang Ziyi

Mahu contoh? Yang paling dekat dengan aku, budak-budak Iowa sendiri. Tidak lama dahulu, kami sama-sama dihiburkan dengan drama KAMI. (Ya, aku tahu cerita ini agak lagha). Anas obses dengan Adii (suka yang chubby katanya). Jimbo lebih gemarkan Sophie (cun habis). Dan aku pula lebih tertarik dengan Lynn (sebab adalah rahsia). Dan jikalau semua orang punya citarasa yang sama, alamat hanya seorang wanitalah yang kami sang lelaki rebutkan. Kacau dunia.

Gambar hiasan: Datin Norjuma

Dan dalam mencari teman sehidup (dan mungkin semati), kecantikan juga salah satu faktor penentu. Bohong kalau ada yang mengatakan tidak melihat rupa paras dalam mencari pasangan. (Kecuali yang ditakdirkan Tuhan cacat penglihatan). Malah Junjungan Besar Nabi Muhammad juga telah memberi garis panduan kepada kita umatnya tentang kriteria yang perlu diambilkira untuk mencari pasangan. Kecantikan, kekayaan, keturunan dan juga agama. Dan agamalah yang menjadi tunjang kebahagiaan selamanya.

Kesimpulannya, setiap manusia itu diciptakan cantik dn mempunyai keistimewaannya yang tersediri. Terserah bagaimana dirinya menjaga dan memelihara kecantikan itu dan bagaimana ia menilai kecantikan. Perlu kita bersyukur dengan kurniaan Allah terhadap penciptaanNya tak kira melalui perbuatan, perkataan dan juga hati. (ceh, macam jawab PQS je).

"Allahumma hassanta khalqi fa hassin khuluqi."

Rabu, November 14, 2007

Beckham - Kisah sedih di sebalik wajah tampan


Hujung minggu lepas aku dan beberapa rakan ke Minneapolis. Buat ke sekian kali. Kehadiran yang sedikit istimewa. Mahu menjadi saksi membuang tanggapan kurang manis rakyat kebanyakan di benua Amerika dan membuktikan David Robert Joseph Beckham 'is not just a pretty face'. Ya! Demi Beckham, aku korbankan masa dan wang ringgit. (Dan sememangnya pengorbanan ini berkadar lurus dengan perkataan 'Pembaziran').

Benar, kebanyakan gadis yang datang pada malam tersebut tergila-gilakan bekas ketua pasukan England itu. Malah kanak-kanak perempuan juga menghadapi sindrom kronik ini. Buktinya? Tanyakan sahaja nama pemain-pemain yang beraksi di atas padang malam itu. Pasti hanya satu nama yang akan keluar dari kotak suara gadis-gadis. DAVID BECKHAM! Lihat juga pada sepanduk yang dibawa. 'Marry me, Beckham!', 'Beckham, Take your shirt off!' 'We love you, Beckham!' dan bermacam lagi.

Tiada apa yang istimewa dalam permainan Beckham malam itu. Aksinya longlai, kurang berlari, juga beberapa hantara yang cuai. Namun semua itu ditutup dengan hantaran-hantaran jauh tepat yang mana memang sinonim dengan gaya permainannya. Mungkin disebabkan perlawanan tersebut yang kurang prestijnya juga alasan tambahan untuk mengelakkan kecederaan. Keseluruhan pasukan LA Galaxy juga tidak menunjukkan permainan meyakinkan di sebalik kemenangan mereka melalui penentuan sepakan penalti untuk membawa pulang Copa Minnesota.

Dan akhir sekali aku menyedari yang kedatangan Beckham di negara bukan bola sepak ini bukan untuk bermain di tahap tertinggi. Tiga faktor ini mungkin salah satu sebabnya:

1. Kontrak bernilai jutaan dolar lantas mengesahkan status dirinya sebagai figura bola sepak paling tinggi bayaran dan paling popular di dunia.
2. Mempromosi bola sepak di benua Amerika dan bertindak sebagai duta di sini disebabkan fenomena Beckham yang berstatus selebriti.
3. Takut bini. =p (boleh duduk kat sebelah rumah Tom Cruise)


*Ramai yang berkata rupa paras, pangkat dan harta bukan ukuran, tapi hati yang tulus, kudus dan luhur yang jadi keutamaan. Dan sampai sekarang aku masih sangsi dengan mereka yang sering mengungkapkannya.

-gambar belum ada lagi, dah dapat karang, aku upload-

Jumaat, November 02, 2007

Hikmah

Hari Selasa yang lalu. Usai kelas Bahasa Arab terus kuatur langkah menuju ke makmal berkomputer. Mahu terus ke perhentian bas pun terpaksa menanti kurang lebih 30 minit. Daripada melangut memerhati gadis-gadis bermata biru, baik aku melayar internet memeriksa peti masuk emel. Mana tahu aku ada terlepas pandang emel-emel penting kuliah.

Nah! Baru aku teringat. Patutnya aku ke Ames Police Department semalam. Ada sesuatu yang penting perlu aku selesaikan. Selepas log keluar daripada komputer, aku bergegas menanti bas Cyride No. 1 berwarna Merah. Dua tiga kali aku memeriksa waktu dan laluan bas tesebut agar tidak tersilap bas. Sampai di Downtown Ames, aku hilang arah. Terpinga-pinga mencari bangunan 515 Clark Avenue.

Rasanya tadi sudah masuk ke bangunan yang betul. Oleh sebab kurang yakin dengan diri sendiri, aku keluar semula. Menyeberang jalan memeriksa nombor bangunan yang lain. Sah. Bangunan tadi itulah yang sebenar-benar bangunan polis. Sengal. Buat penat saja. Masuk dengan hati yang berdebar. "Nak pergi meja yang mana satu ni? Police Records? Police Investigation/ FBI Cases? Arghh, terjah saja. Macam rancangan Melodi tu."

Selepas menerangkan tujuan kedatangan aku, lantas seorang pegawai polis yang sedang bertugas membawa aku ke bahagian rekod. Lama juga aku terpaksa menunggu. Tergagap-gagap aku masa polis tadi tanya macam-macam. Mujur semuanya berjalan dengan baik. 15 minit kemudian muncul seorang wanita bersama 1 fail. Fail rekod jenayah. Jenayah la sangat. Rekod barang yang dipulangkan kepada pihak polis.

Alhamdulillah. Dompet aku yang hilang kira-kira 2 tahun lepas telah dijumpai. Hilang di Movies 12. Ketika itu aku masih dalam semester pertama. Kehilangan tersebut berlaku kira-kira seminggu sebelum cuti Thanksgiving. Rencana kami seIowa State mahu menjelajah kawasan Midwest semasa cuti itu. Agak susah juga hidup tanpa dompet. Terpaksa ke sana sini memohon untuk kad baru, permit baru. Naik bas kena bayar $1. Dunia seolah-olah gelap. (Walaupun memang gelap pun sebab mendung je.)

Tapi siapa menyangka, setelah harapan untuk kembali menemui dompet tersebut terhenti, emel daripada Ames Police Department minggu lalu sangat mengejutkan. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui. Dia yang menentukan segalanya dan memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jadi setiap yang terjadi itu ada hikmah yang tidak terjangkau oleh kematangan akal fikiran kita. Oleh itu, kala datang musibah, banyakkanlah menyebut nama Allah dan jangan berhenti berdoa.

Ada gambar ni dalam dompet tu. Hehe. Garang tapi kiut. =P


Petikan lirik lagu Hikmah (alaa..OST sinetron Hikmah yang pelakon dia Tamara Bleszinsky tu..)

O.. Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia-sia
Semua kan ada hikmahnya

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.'"
(Al-Baqarah: 155-156)

Sebenarnya entri ini boleh diringkaskan menjadi 1 ayat saja. "Aku dah jumpa balik dompet aku yang hilang dua tahun lepas." Sekian.

Khamis, Oktober 25, 2007

Pencemaran.....................................................BAHASA

Setelah membaca UJANG, didapati memang tepat sekali pantun SMS yang telah dicipta ini memberi penjimatan yang tidak berbelah bahagi. Jimat masa, huruf dan juga jimat kredit. Haha.


Jumaat, Oktober 19, 2007

Aidilfitri 1426H, 1427H, 1428H di Ames

1426H
Tempat: Le Baron Hall

Masa ni aku baru beberapa bulan merasa hawa sejuk bumi Pakcik Sam. Bersua muka dengan senior-senior yang poyo tapi cool. Pengalaman berpuasa, berbuka, bersahur, berterawih dalam suasana yang asing. Masa raya tahun ni, aku makan tak ingat punya banyak. Abang Fauzi dengan Kak Fauziah pula menghabiskan baki masa tinggal dengan kami. (chewah guna ganti nama diri KAMI tu.) Kemeriahan turut dirasakan dengan kedatangan Fu dan Acap, serta penampilan istimewa Faraz dan Ted.

1427H
Tempat: Rumah baru Kak Siti Sabtu

Tahun kedua beraya. Tahun ni Bad Boys pergi beraya ke Chicago. Bad Boys la sangat. Ayie, Mislan dengan Jimbo je. Tahun ni rasanya hari raya paling banyak gambar diambil. 60% masa dihabiskan dengan pengambilan gambar. Selebihnya makan. Oleh sebab warna tahun ini merah, jadi baju aku salah konsep. Patut Irama Malaysia, tapi terpakai kategori Pop Rock pulak. Tapi kalau dah hensem tu, segala pakatan mengganggugugat tak akan berjaya. Oh ya, tahun ni aku beraya dengan cellphone baru. Haha. Tahun ni Kak Dina, Abang Talhah dan Toriq jadi anggota baru keluarga kami.

1428H
Tempat: University Village Community Center

Tahun ini banyak perubahan. Kami kebanyakannya pindah ke rumah baru di UV. Jadi tahun ni serba baru. Rumah baru, langsir baru, perabot baru dan status baru. Kak Sam dan Fakhrul beraya sebagai suami isteri untuk kali pertama. Bertambah lagi bilangan ahli keluarga tahun ni. Kali ini dengan biaknya. Kami ada junior baru. Fazmin usus namanya. Kemudian, 3 famili baru sampai. Abang Fazli, Kak Jaja, Maisarah dan Aiman. Kak Rosita, Abang Jalal, Maisarah, Luqman dan Nabilah. Kak Nor, Abang Razi, Sofia dan Maisara. Makin banyak la budak-budak kecik. Abang Azhari, Kak Shida, Amira's dari Iowa City pun datang. Juga Kak Tini dari Florida. Lepas beraya di CC, kami ke rumah Abang Talhah pula.


* Hensem macam ni pun tak de orang nak..isk2..huahuahua

-Maaf Zahir Batin-

Sabtu, Oktober 13, 2007

Salam Aidilfitri




Esok raya. Ramadan kali ini banyak mengajar aku. Buat ke sekelian kalinya gagal lagi mengkhatamkan 30 juzu' Al-Quran. Terawih di masjid boleh dikira dengan jari. Bahkan yang buat sendiri pun tak berapa cukup. Qiam? Hmm, qiam dengan kurma dan air je la. Solat sunatnya entah ke mana. Belajar pun terumbang-ambing. Masih di takuk lama. Masih kalah dengan nafsu malah telah dibelasah dengan teruknya. Umpama kekalahan skuad bola sepak Malaysia pada Piala Asia yang lepas. Tapi bab raya tak nak kalah. Moga tahun hadapan bertemu lagi dengan bulan Ramadan. Azam yang sama. Tapi harap hasilnya lebih baik. 11 bulan sebelum kembali bersua pasti menjanjikan cabaran hebat.

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: 27-30)

Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada mama, abah, awa, intan, ejah, aiman, nenek dan atuk di kampung (Banting, Selangor), saudara jauh dan dekat, rakan-rakan seantero dunia, guru-guru di SK & SRA Batu Laut, SMKA Kuala Selangor, KISAS, INTEC. Tak lupa kepada kenalan baru dan lama juga seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sepuluh jari disusun memohon ampun serta duit raya.

Isnin, Oktober 01, 2007

Upin Dan Ipin

Kartun 3-D buatan Malaysia sempena kedatangan Ramadan dan Syawal. Pertama kali menonton aku sudah tertarik dengan kecomelan Upin dan Ipin ditambah lagi dengan kejelitaan Kak Ros. Hehe. Animasi menarik sesuai untuk tontonan kanak-kanak mahupun pencinta kanak-kanak. Kadang-kadang ada sesetengah scene yang membuatkan aku teringat kembali kenangan berpuasa di zaman kanak-kanak. Maka ia jadi lebih dekat dengan hati aku. 4 episod di bawah menceritakan pengalaman Upin, Ipin, keluarga dan rakan-rakan mereka menjalani ibadah puasa. Episod ke 5 dan ke 6 akan ditayangkan sempena Syawal nanti.

Episod 1


Episod 2


Episod 3


Episod 4

Jumaat, September 28, 2007

Aku teringat zaman kecik-kecik

Sekolah rendah adalah tempat kita semua membesar. Pasti banyak kenangan manis dan manis ketika zaman persekolahan. Mana tidaknya, kalau di Selangor dalam 1 hari kebanyakan masa memang akan diluangkan bersama kawan-kawan. Seawal 7.30 pagi sudah dihantar atau menghantarkan diri ke sekolah kebangsaan atau lebih mesra dengan jolokan sekolah pagi. Pulang sebentar untuk mandi, makan dan solat, kemudian harus bergegas ke sekolah agama pula di sebelah petang. Pukul 6 petang barulah duduk di rumah.

Kalau nak cerita pasal permainan kat sekolah rendah ni, rasanya bila bercerita dengan kawan-kawan seuniversiti/sekolej/sekerja semuanya hampir serupa. Dari permainan lawan pemadam, bola kertas, galah panjang, rounders sampailah ke permainan kereta Tamiya boleh dikatakan setiap tempat mengalaminya. Kalau di sekolah agama, kalau lutut seluar yang putih tu tak bertukar warna memang tak sah. Kalau nak lagi mencabar, sampai koyak dan bertampal dua tiga kali. Pasrah sungguh ibu-ibu di rumah.

Bagi aku, semua tu memang memori yang sukar untuk dilupakan. Apatah lagi kenangan kartun-kartun dan hero TV lama. Sebutkan saja. Ultraman, Flashman, Gaban, Satria Baja Hitam, Power Rangers. Dekat-dekat maghrib pula Doraemon lah yang setia menemani. Kadang-kadang sebab nak tengok Flashman pukul 4 petang hari Rabu, sampai kena cover dengan member masa nak escape aktiviti Ko-kurikulum. Sah-sah la. Karang kalau anak cikgu kantoi, mama lah pulak yang segan dengan rakan setugas.

Satu lagi, menu di kantin sekolah. Kuih-muih ni memang wajib ada. Tempe goreng, tauhu sumbat, tepung gomak, donat, kuih lapis, kuih masak lodeh(aku tak tau ape korang panggil kuih ni..tapi aku memang panggil masak lodeh). Kadang-kadang ada sandwich sambal bilis. Perghh..layan. Nasi lemak tak payah cakap ar, sambal dia..sendiri mau ingat. Air pulak, sah-sah air tak masak. 1 cawan 10 sen. Kalau bungkus plastik jadi 20 sen. Mama aku paling bengang kalau aku ikut member makan RTM (eh ke RMT haa?)nye makanan. Nak buat macam mana. Benda lebih, hentam sudah. Haha.


Sudah-sudahlah mengenang barang yang lepas. =P

Ahad, September 23, 2007

Man Utd v Chelsea

vs


Beberapa hari lepas, semasa membaca komik APO! di *a**a* sambil bergelak tawa, tiba-tiba je dalam surat pembaca kepada APO! ada cadangan dari peminat supaya APO! memberi info berkenaan pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Middlesbrough. Terkekeh-kekeh aku kat situ gak. Kalau boleh guling, sah-sah dah guling. Boro? Tolonglah. Haha. Maka, hari ini kita bercerita tentang 'bola sepak' atau 'sepak bola' dalam bahasa Indonesia atau 'football' untuk istilah global atau 'soccer' menurut takrifan Americans yang tak sedar diri bahawasanya football yang diaorang banggakan sangat tu, tak de la guna kaki sangat pun. Ptuih!

Esok Manchester United, Syaitan "kena ikat" Merah akan menentang Chelsea "hilang Mourinho" The Blues di Old Trafford. Menilai aksi di awal saingan liga, kedua-duanya tidak menunjukkan aksi yang diharapkan. Dengan rekod 3-2-1 bagi kedua-duanya, pasti perlawanan ini sangat penting untuk menentukan hala tuju liga perdana selepas ini. Arsenal sekali lagi membuktikan himpunan barisan muda mereka sudah matang dengan kemenangan 5-0 ke atas Derby County sebentar tadi. Dan mereka bingkas menjadi calon hangat untuk memenagi liga bulan Mei tahun hadapan.

Perlawanan ini juga menarik kerana peminat pasti menantikan sejauh mana pengurus baru Chelsea berketurunan Israel, Avram Grant mampu memikul tanggungjawab berat yang ditinggalkan Mourinho. Dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak seperti Drogba, Lampard dan Carvalho, Chelsea pasti tertekan untuk mendapatkan mata penuh dari penyandang kejuaraan musim lepas, United.

Bagi United yang semakin ceria dengan kepulangan Wayne Rooney selepas kecederaan kaki, 3 perlawanan pertama yang mengecewakan sudah seakan mampu diubati dengan prestasi konsisten memenangi perlawanan demi perlawanan. Soalnya, sejauh mana kemampuan belian baru mereka Nani dan Anderson menjelmakan sentuahan ajaib untuk mengulangi aksi hebat musim lepas.

Sejarah perlawanan kedua-duanya untuk beberapa musim yang lepas sering berakhir dengan keputusan yang seimbang. Pasukan yang menjelmakan aksi yang lebih hebat yang akan memenangi perlawanan ini. Sir Alex Ferguson pasti mengharapkan kembali sentuhan Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan manakala pengurus baru Chelsea pasti menagih khidmat barisan bernilai jutaan pound milik Roman Abramovic untuk melenakan mimpi malamnya.

Andaian keputusan: Kemenangan kepada tuan rumah 1-0.

p/s I'm freaking MU fan..haha

Khamis, September 13, 2007

Kudap-kudapan

Mari kita berbicara tentang juadah berbuka puasa. kalau kat Malaysia salah satu perkara yang paling menarik di bulan Ramadan adalah pasar Ramadan. Kat mana-mana tempat pun pasti ada orang berniaga makanan untuk berbuka. Nampaknya selain bulan bonus ibadah, Ramadan ni pun bulan melimpahnya rezeki bagi peniaga. Baguslah mencari rezeki dengan berniaga. Menambah pendapatan di samping mencontohi Nabi kita yang juga dahulunya berniaga.

Namun, bila dilihat dari kaca mata pembeli pula, ada juga keburukan pasar Ramadan ni. Puasa untuk kita menahan nafsu. Jadi kalau dah terlanjur berbelanja sehingga membazir, kan dah lari tujuan kita berpuasa tu. Bukan apa, kalau dah nampak macam-macam makanan yang berwarna-warni dan harum semerbak baunya, mulalah nafsu tu bergejolak. Tak salah berbelanja tapi haruslah bersederhana. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Aku kata, ukur makanan di perut sendiri. Hehe.

Berbalik kepada juadah berbuka puasa, ada 2 jenis kuih yang aku paling suka makan masa berbuka. 1) Kuih Lopes dan 2) Tepung Pelita. Jadi kerinduan terhadap kedua-duanya akan aku abadikan dengan meletakkan foto mereka di blog sendiri. Silalah tatapi buah hati pengarang jantung aku.

Kuih lopes

Tepung Pelita

Lantak koranglah kalau terliur. Peduli apa aku. Haha. Selamat Berbuka kepada yang dah masuk waktu. =)

Selasa, September 11, 2007

Ramadan Fall 07

Alhamdulillah. Dalam masa kurang dua hari lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan penuh barakah, Ramadan Al Mubarak. Masuk tahun ni, dah tiga tahun aku berpuasa di bumi Ames yang sunyi sepi berteman bintang-gemintang malam dan guguran dedaun awal musim luruh. Moga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Bukan setakat berpuasa dari makan dan minum tapi berjaya jugak mengawal nafsu. Lebih-lebih lagi dengan ketidakhadiran musuh nombor satu kita iaitu setan laknatullah.

Menyorot kenangan berpuasa kat sini, teringat masa hari pertama puasa di tahun pertama. Kebetulan pulak time berbuka tu cantik je bajet masa time exam. Sah-sah la kena buka dalam exam hall. Kat Le Baron 1210. Minum air gas pulak tu. Beli Mountain Dew kat vending machine je. Nak buat macam mana. Nak siapkan cepat, bukannya pandai pun. Haha layan sudah buka kat exam hall.

Dan aku sekarang tengah menghitung hari untuk kembali merebut tender air sewaktu majlis berbuka juga majlis hari raya sebab masa potluck dengan family-family baru hari tu, tender terlepas ke tangan Yop dan Jimbo. Hehe. Apa-apa pun harap kita tak sekadar mengimarahkan Ramadan hanya dengan testimonial kat Friendster sahaja. Tapi gandakan semua perbuatan baik sebagai latihan untuk juga dipraktikkan di bulan-lan lain.

Wallahua'lam.

Sabtu, September 08, 2007

Spiderman vs Cicakman



Aku ambil perenggan di bawah dari friendster member aku. Kelakar la jugak.

"Menurut kata ustaz....orang Melayu Islam zaman sekarang dah berubah....ustaz naik pelik....binatang yang tidak disukai Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pujaan kita.....padahal binatang yg disukai baginda dipuja-puja2 orang kristian, nasrani, semua......diaorang bangga dengan spiderman....tetapi orang Melayu bangga dengan cicakman....isk2...tak patut, tak patut......"

Layankan aje..

Ahad, Ogos 26, 2007

Wajah Suci

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Setelah mendengar dan meneliti lirik lagi ni, secara umumnya lagu ini berkisar tentang isu pembuangan bayi dan juga kerosakan akhlak remaja masa kini. Lagu-lagu sebegini sangat baik untuk didengar dan diambil pelajaran oleh kita generasi muda ini khususnya. Sebagai seorang penggemar lagu (semua lagu pun aku balun je dengar), salah satu kriteria penting untuk aku meminati sesuatu lagu adalah liriknya yang membawa impak maksima, mempunyai mesej yang sarat dengan peri-peri kebaikan, serta kepuitisan susunan kata-kata.

Tapi malangnya, lirik yang baik dan membawa kesan kesedihan seperti ini, hanya didengar oleh kalangan peminat nasyid sahaja. Peminat muzik mainstream seperti tidak tahu akan kewujudan lagu-lagu seperti ini kerana biasanya lagu nasyid yang keluar di radio-radio popular, dan stesyen televisyen swasta hanya terhad kepada kumpulan Rabbani, Raihan dan Mirwana sahaja. (hanya menyebut beberapa nama).

Aku rasa, mereka yang meminati lagu tangkap lentok pun boleh merasa insaf dan terkesan dengan lagu yang sedih-sedih macam ni, sebab diorang kan sensitif. Kalau lagu Ada Cinta nyanyian Irwansyah dan Acha diorang boleh layan, for sure lagu mestica dan nasyid lain yang tak kurang bagusnya, akan mereka minati. Itupun kalau mereka menyedari kewujudannya. Masalahnya, yang dengar lagu ni, orang nasyid je. Hmm..

Tulisan ini tidak berdasarkan fakta. Hanya mengikut naluri semata-mata.

Mestica 313



Album terbaru Mestica..aku minat 2 lagu ni..sekali dengar je dah ditangkap kesedapan melodinya olehvenzim pendengaran aku. Namun begitu, aku masih belum menghayati liriknya lagi. So, sekarang nak cari lirik dia. Terimalah Nasuha dan Wajah Suci.

Jumaat, Ogos 24, 2007

Firefox yang agak menyakitkan hati


Tadi aku dah tulis panjang gila. Melepaskan rindu di kalbu yang rawan mengharapkan kasih suci. Sekali firefox ni buat ragam Mak Enon dia pulak. Hampeh. So, lain kali la aku post entry.

Malaysiaku Gemilang


Haa, ni la entry yang tiba-tiba hilang sebab firefox (rujuk atas) hari tu. Jumpa dah. Hehe.

Ramai kawan-kawan bertanya tentang aktiviti aku sewaktu di Malaysia. Selain daripada melarikan diri dari beban ilmu kepesawatan, keangkasaan, serta keaerodinamikan (perkataan apakah ini?) yang menghantui fikiran sepanjang permukiman (ke pemastautinan? cam tak sedap je perkataan ni) di bumi Ames yang selalu sahaja melukakan hati dan perasaan aku ini, aku juga menimba banyak perngalaman hidup yang menyedarkan aku tentang hakikat persinggahan sementara kita di dunia ni. Perghh, ayat tak ingat tu.

Secara jujur dan tiada hipokrasi, aku langsung tak menyentuh buku pelajaran. (jap, ada la. buku adik aku si Aiman. itu pun sebab mama suruh ambilkan buku dia yang tertinggal kat rumah. kalau tak, jangan harap. haha) Ada la beberapa buku novel cinta Melayu yang aku beli dan habiskan dalam masa 2 hari. Antaranya Surat Ungu Untuk Nuha dan juga 5 Tahun 5 Bulan. Syok gila baca novel jiwang ni. Terasa seperti terawang-awang di kayangan dan langsung tak jejak di bumi yang nyata. Buku lain yang aku baca? Hmm, Ujang, APO, Shin Chan, dan juga buku hadiah Zul kasi masa lawat dia kat Indon. Tajuk dia 'Di Bawah Naungan Cinta' buku terjemahan kitab asal 'Thauqul Hamamah' tulisan Ibn Hazm Al-Andalusi. Isinya pasal cinta. Baru separuh je habis. Dah dekat sebulan baca. Camni la manusia, kalau novel jiwang, cepat je. Isk2.

Aktiviti lain, selalunya aku akan duk kat rumah melayan tv 24/7. Semua drama Melayu, sinetron Indonesia, telenovela Latin, drama Filipina, termasuk talk show Salih Yaacob pun aku layan. Antara cerita-cerita yang wajib ditonton ialah Isnin - Kaber Hero Kaber Zero, Selasa - Natasha & Datin Diaries, Rabu - Puteri, Khamis - Susuk, Cinta Medik 2, Jumaat - Sembilu Kasih, Bong. Pastu tiap-tiap hari mesti layan Mutiara Hati ngan Manjalara. Perghh. Sakit tengkuk maa. Paling tak best kalau time Aiman ada kat rumah. Layan kartun Adik di 9 je. Dari Dora The Explorer, Blue's Clues, Spongebob, Teletubbies sampailah kartun-kartun yang aku sendiri tak penah dengar.

Kalau aku keluar, selalunya pergi Banting, layan CC. Tak pun jalan-jalan kat Klang usha-usha shopping Complex. Kalau ada movie best aku tengok la. Kat US 7 dolar maa. Kat Malaysia 7 ringgit je. hehe. kalau rajin sikit, tercampak la sampai Shah Alam, KL, Putrajaya. Pastu gi kenduri kahwin member. First rumah Kak sam pastu majlis Shiraj&Aini pulak. Sepanjang 3 bulan, aku singgah Kisas 2 kali je. Masa meeting ALKIS jumpa la ngan Cidud, Amir, Zaki ngan Shidi. Pastu second time, aku jumpa cikgu-cikgu ngan Zul & Pot. Itu je la kitaran hidup aku kat Malaysia. Tapi aku rasa puas jugak la. 3 bulan tidak menggunakan otak.heh

Dah, nak tidur la. Tak pun layan drama yang aku download ni. Ciao!

Rabu, Julai 18, 2007

Pelamin Anganku Musnah





Pada 14 Julai 2007, Kak Sam dan fakhrul selamat bertunang dan seterusnya diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Moga perkahwinan ini berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Gambar di atas merupakan kenang-kenangan aku sewaktu menghadiri majlis mereka di Felda Ulu Jempol, Jengka, Pahang.
Selamat Pengantin Baru!!



Jakarta Oh Jakarta

Hari-hari terakhir di kota Jakarta banyak aku habiskan dengan melayan member di ruangan maya. Oleh sebab Zul ada exam begitu juga budak-budak lain. Aku pulak cam agak kurang berani nak jalan sorang-sorang kat Jakarta. Sesak semacam je. Tak pasal-pasal sesat karang. Naya je. Sebelum pulang aku sempat sekali lagi ke Tanah Abang mencari ole-ole buat keluarga.

Oh ya, aku juga ke Jakarta Fair bersama Nabieh dan Azhan. Seramai-ramai umat berkumpul di sana. banyak kedai yang menjual barangan berjenama dan kurang berjenama dengan harga berpatutan. tapi tiada satu pun menarik minat aku. Aku juga menikmati beberapa menu yang terdapat di Jakarta ini seperti Pecel Lele dan Es Buah. Sedap!

Tiba hari untuk pulang ke Malaysia, aku menyedari yang lawatan ke Tanah jawa ini membawa seribu satu kenangan pahit manis dan menambah pengalaman merantau di tempat orang (walaupun asalnya ini tahan asal keturunan aku jugak :P). Yang baik jadikan teladan dang yang buruk jadikan sempadan. Renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Isnin, Julai 09, 2007

Jakarta Oh Jakarta 2

Sambungan catatan perjalanan aku sepanjang pengembaraan singkat di Kepulauan Jawa. Hari esoknya, aku dan Zul berangkat pulang ke Jakarta tatkala menyaksikan Aji, Farid dan Gapo berangkat ke Jogja. Pencarian cinta aku berhenti setakat Bandung sahaja. Jogja bukan destinasi jodohku kali ini. Haha.


Memilih untuk menaiki kereta api kelas eksekutif memang pilihan yang tepat. Perjalanan kami selama tiga jam penuh dengan keselesaan. Tiada lagi penjaja yang naik turun menjaja hasil jualan mereka. Tiada juga persembahan percuma(atau berbayar jika memilih untuk menderma).

Sampai di Jakarta, aku memutuskan untuk melawat MONAS (Monumen Nasional). Mak datuk! Punyalah panjang barisan. Beratur dekat sejam jugaklah semata-mata mahu naik ke puncak. Yang buat aku jadi panas tu, apa pasal la kerajaan Indonesia ni buat lif yang sangat sempit. Muat untuk 11 orag dewasa saja. Sedangkan yang nak naik ke atas beribu-ribu. Kalau buat besar sikit, kan senang. Tak de la panjang sangat nak beratur pun. Sampai di puncak, makin kecewa aku. Bukan ada apa pun. Tegok-tengok Jakarta dari pandangan atas. Tangkap gambar sikit. Lepas tu turun.

Kemudian, kami menunaikan solat di Masjid Istiqlal, antara masjid paling besar di Asia Tenggara. Usai solat, kami mengambil langkah pulang. Zul ada exam esoknya dan sambil berjaan pun dia mengadap buku. Tak sampai hati pulak nak ajak dia jalan-jalan lagi. Kami singgah makan di McD di Mall Ciputra(tak ingat sangat nama mall ni).

Satu peristiwa yang sangat menyentuh hati aku sepanjang kembara ini berlaku selepas kami makan. Oleh kerana sudah kenyang, aku membawa pulang kentang goreng dan air berkarbonat pulang. Cadangnya mahu dihabiskan dalam angkut sahaja. Namun sebaik sahaja keluar dari bangunan pusat membeli-belah, aku terpandang sekumpulan anak kecil sedang basah ditimpa hujan. Oh ya, dalam perjalanan ke mall tadi, hujan turun mencurah dengan lebat. Apabila terpandang aku yang sedang membawa segelas air dan sedikit kentang goreng, sebahagian anak kecil itu berlari kearahku.

“Om! Om! Mintak airnya! Itu, itu, kentangnya! Makasih ya, Om!”
Berebut-rebut mereka menjamah makanan tersebut. Mesti mereka sangat lapar. Dan kata-kata anak-anak kecil itu masih lagi terngiang-ngiang di teliga aku. Dalam kesenangan hidup yang kita lalui, masih ramai yang hidup melarat. Dan kalau kita tak menolong mereka, adakah mereka akan mati kebuluran ataukah masih ramai lagi mereka yang baik hati menolong di luar sana? Yang pasti, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah karuniakan.

Rabu, Jun 27, 2007

Bandung oh Bandung 2

Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak ke kampus Universitas Padjajaran. Oleh sebab mereka sedang bercuti, maka tidak ramai pelajar yang ada di kampus. (ala, tak dapat usha awek U!). Selepas selesai sesi penggambaran, bermulalah perjalanan ke Bandung. Orang cakap, di Bandung ni syurga membeli-belah. Banyak barang berjenama dijual dengan harga murah. Ketika dalam perjalanan, ada pula demondtrasi yang diadakan oleh rakyat di sini. Wallahua’am tentang apa. Tapi yang dapat aku lihat, ada bendera menunjukkan huruf SPP.



Setelah beberapa kali bertukar angkut, kami sampai di Cihawk kawasan membeli belah. Tempatnya memang besar dan disekitarnya pula ada lagi kedai-kedai lain yang juga berniaga pakaian, makanan dan lain-lain. Selesai mencuci mata, kami ke Pasar Baru pula. Tempaat menjual kain dan baju koko seperti Tanah Abang. Solat di sana sambil cuci mata yang dah rambang kerana terlalu banyak barang jual. Kaki semakin lenguh.


Kemudian, aku dibawa ke syurga cetak rompak dunia. Memang tak boleh dikata dengan perkataan. Banyak gile. Satu gedung tersebut penuh dengan DVD cetak rompak. Cakap sahaja, dari Hollywood, Bollywood, Korea dan Jepang. Dari filem blockbuster, drama bersiri mahupun anime. Semua ada. Sempat aku membeli beberapa DVD kartun untuk adik aku si Aiman tu.
Sedang aku menanti rakan lain memborong DVD, aku ditegur mamat took DVD tersebut. Mula-mula ditanya tentang kamera digital yang aku bawa. Kemudian tentang industry cetak rompak di Malaysia hingga ke perihal kuliah. Selesai memborong DVD, kami memborong kerepek pula. Masuk-masuk saja sudah dihulur macam-macam kerepek pada kami. Kerepek pisang keju, dodol aneka warna dan macam-macam lagi. Aku hanya menjamah dan tidak berniat membeli pun.

Seterusnya, kami memutuskan untuk jalan-jalan di mall, solat, makan malam dan pulang ke rumah. Sebelum itu, aku sudah membeli tiket kereta api berharga 60000 rp untuk pulang ke Jakarta. Aji dan beberapa kawannya pula mahu ke Jogjakarta esok. Mulanya mahu juga aku mengikut namun kerana kesempitan waktu, aku mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hari aku di Jakarta saja.