Rabu, Mac 28, 2007

AMALIANS '01

Kulit LuarIsi di dalam

Dalam tengah-tengah bosan, aku terjumpa pulak buku ni dalam drawer aku. Buku ni diwujudkan untuk rakan-rakan sekelas mengomen diri aku. Setiap seorang ada 1 buku la kiranya. Sepanjang 3 tahun belajar di SMKA Kuala Selangor, banyak yang dah aku timba. Baik dari segi ilmu, pengalaman dan juga kawan-kawan. Di SMKA jugaklah aku dibentuk hingga menjadi apa adanya aku sekarang. Di sana aku kenal apa itu usrah, apa itu tazkirah, apa adab pergaulan, belajar membasuh baju sendiri, belajar hidup berdikari, belajar apa itu kehidupan berasrama, dan banyak lagi. Cinta Monyet? Oh, tidak! Aku dalam golongan yang kurang bergaul sangat dengan budak perempuan. Bukan apa, segan. Lagipun masa form 3 aku pendek. (Sekarang pun pendek gak. Haha.) Tujuan bersekolah memang bukan untuk mengurat, tapi belajar. Kan? Best belajar kat SMKA, dan sebab keseronokan itu jugak, masa awal-awal berada di KISAS, aku rasa macam nak pindah balik masuk SMKA. Tapi segan ar pulak dengan cikgu-cikgu. Karang kena perli pulak. Haha. So, aku nak tulis ar apa kandungan (dengan kata lain, komen rakan sekelas aku.. Aku sempat ambil komen dari budak perempuan je. Haha. Budak laki tak penting pun. =P)

Afiq Izzudin Abdul Rahim -

Muhammad Shazni Nor Mokles -

Norhamizah Mohd Harisan - Hi WAK SHAFIQUE, Thanx 4 Everything! (Peksa!). Doakan aku pandai cam ko! Semoga kejayaan milik kita! Stay Smart! Nak kad raye + duit raye!

Muhammad Aizat Montel -

Rabiatul Adawiyah Ghazali - Hi Wak Shafiq: Halalkan semuanya. Mintak maaf zahir ngan batin. Ingat semua, ingat sesapa, ingat Allah, ingat F3. Thanks 4 Everything. Jaga akhlak. Kasi aku duit raye.

Nurul Izzati Mohamad Ali - Dearest Shafique! Remember Allah all the times! Forget me not. Friendship forever & ever. Don't stay the same.

Mohammad Ikhwan Ideris -

Nur Azhani Abdul Rahman - Assalamualaikum. Good Luck PMR + Akhlak mulia. Selamat Hari Raye & berpuasa.

Heliza Kusnin - Jadikanlah esok sebagai hari yang penuh cabaran yang perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran & kesetiaan. Jadilah: anak yg taat, anak yg baik, suami yg soleh. Org Banting org baik, org baik duduk banting, jadilah budak baik! Happy Holiday.

Julia Jalaludin -

Nornazifah Ahmad Kamaruddin - Jaga diri, mulut, peribadi etc. ops! ketawa & suara sekali. Di mana bumi dipijak di situ Islam didaulatkan. Sorry for everything. Jgn memilih sgt Mr. Wak oi! Nanti merana.. Ingat 1H, 2A, 3A & aku..

Muhammad Hazwan Abdul Lateb -

Nurul Izzati Mohamad Deril - Assalamualaikum. Kabare. Selamat berpuasa & selamat hari raya. Friendship forever because Allah. Banyakkan beribadat sesungguhnya kita semakin hampir dengan kematian. Ingatkan Allah pastue mati pastue Rasulullah pastu SMKAKS pastue 3A 2001 pastue aku. Adios! tata..

Aizuddinur Zakaria -

Nurul Farahani Baharullah - apple_gal@excite.com Frenzz forever!! thanx + sorry fer everything.. good luck..

Ahmad Shafie Jameran -

Mohd Hilmi Morsani -

Abdul Hakim Mohd Jarkoni -

Nadiah Mohd Yusuff - Shafiq, friendship forever! Sorry & thanx 4 everything. Have a nice day! Good Luck.. Doakan aku!

Ahmad Hadi Hassan -

Nekman Hidayat Mohd Samaon - Hai Wak! Miss me next time! Don't say Dil to Pagal Hai because Kuch Kuch Hota Hai. Sapienta Potienta Est! Sronok kawan ngan ngko! Friendship never end!

Noor Hafizzam Yahya -

Nurathirah Nordin - Hai Shafiq, Cuti nanti, jgn banyak sangat main. Jangan luper kenangan 3 Amal & 2 Amal & 1 Hidayah kalo ko pindah yer. Kalo boring jangan asyik tidur je. Tidak semua yang dihajati mudah dimiliki.

Shafeeqa Shahrudin - Woitt?! good luck for everything. sorry zahir batin. senyum sokmo! Doakan aku! Bye!

Siti Istiana Ahmad Shahrin - Hi Shafique, Good luck! Sorry & thanx 4 everything. Don't stop at the top, Touch the sky before you drop. Senyum selalu..

Mohd Adam Senawi -

Raja Habibatul Zaharah Raja Chulan - Keep on the good work. Aku halalkan sumer yang ko terkate x baik pasal aku. [Kalau ade. (macam ade jer..)] Hidup mesti terus. Hensem arr ko mase jamuan tue. Ingat Allah selalu!!

Mohd Syazwan Yusuff -

Simaa Rashidah Sulaiman - Sorry for everything. Semoga b'jumpa lagi. Doakan aku 9A's one. Selamat Hari Raya. Adios.

Siti Murni Ayu Mohd Amirrol - remember me.. good luck.. sorry + thanx for everything.

Rozaidah Mohd Roslan - Just wanna wish:- Jangan gelak banyak sangat. Sorry kalau aku ada buat salah. Friendship forever. Moga berjaya dunia + akhirat. Jadilah manusia yang berguna.

Nordiana Masdan - Shafiq.. Sorilah kalau aku bersalah.. Kalau gelak jgn kuat sangat..he.. Study hard.. Lupe plak.. tahun depan jgn lupe kitorang.. Iyelah.. engkau nak pindah..

Nurul Huda Jamil - be a good guy. thanks + sorry for everything. good luck for you future. senyum sokmo. friendship forever.

Mohd Addli Suhaimi -

Ahmad Saifullah Mazlan -

Khamis, Mac 22, 2007

Harapan Pada Ayah Ibu



Lagu ni lagu lama yang diberi nafas baru oleh UNIC. Kalau kita hayati betul-betul lirik lagu ni, maknanya sangat dalam dan boleh menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang duduk jauh beribu baru dari ibu dan ayah mereka. Aku masih ingat lagi kali pertama menyanyikan lagu ni masa Hari Anakku Cemerlang 2000 kat SMKAKS dulu. Masa form 2, aku mula aktif dalam kumpulan Tasneem. Masa tu jugaklah aku belajar pasal suara-suara, pasal percussion. Berbalik pasal lagu ni, moral di sebalik lagu ini adalah harapan seorang anak yang mahukan bimbingan daripada ibu dan ayahnya agar menuntun ke jalan yang diredhai Allah dan bukan disuap dengan hiburan dan cara hidup ala-Yahudi. Dan benda ni kita boleh praktikkan dalam hidu kita seterusnya. Ye lah, kan masing-masing akan mendirikan rumah tangga sooner or later. Jadi, kenalah didik anak-anak nanti dengan sebaiknya. Juga perlu kita bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang harmoni yang memberikan kita kasih sayang dan pendidikan yang sempurna lebih-lebih lagi didikan agama yang telah kita dapat.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu-batu, sedang penjaganya malaikat yang kasar lagi keras, mereka tiada mendurhakai Allah tentang apa-apa yang disuruhNya dan mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan kepadanya." (At-Tahriim: 6)

Ahad, Mac 18, 2007

Pancingan

The road not taken

Semalam, we went fishing! Sebelum tirai cuti musim bunga berlabuh, kami keluarga Iowa State bersama-sama rombongan pelawat dari Purdue dan Stevens pergi ke lake (ape ntah nama dia) untuk memancing. Joran yang dimiliki hanya ada 6 batang. Yang pergi sampai 4 kereta. Tapi ikan yang dapat, seekor pon tak sangkut. Macam-macam benda la yang terjadi. Tali tangsi berbelit la, tak reti nak ikat la, tak reti nak baling la. Tapi banyak jugak yang aku dapat belajar. Dari method primitif masa zaman budak kecik-kecik dulu, sekarang aku dah tau guna joran yang bole tarik hulur tali dia. Dari ikat tali, umpan, pemberat, pelampung,cmne nak baling dia, dan banyak lagi la. Masa memancing tu, cuma bayangkan seperti kita main layang-layang aje. Hehe.

Gambar atas: Si hensem bersama jorannya. Gambar bawah: Mata kail yang cool.

Yang frustnye, tak de seekor pun sangkut kat mata kail kita orang. Mana taknya, baru berapa saat baling, dah tarik balik. Akhirnya, keluarlah senjata rahsia untuk mendapat ikan dengan cara mudah. Keluarkan aje ikan yang beli kat kedai. Senang cerita. Lepas tu, kita orang bakar 3 ekor ikan tersebut untuk menghilangkan rasa kecewa di hati.

Ikan beli yang sedia dibakar.

Kesimpulannya, memancing ini memerlukan kesabaran. Indahnya sabar. Sambil memancing, boleh kita menikmati keindahan alam. Bila kita lihat burung-burung beterbangan pulang, sinaran matahari, jernih air sungai, liuk-lentok lalang-lalang dan juga pokok-pokok yang gondol. Indahnya ciptaan Allah. Subhanallah.

"Berkata Yaaqub: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu kepadamu.Maka sabarlah yang indah. Mudah-mudahan Allah mengembalikan sekaliannya (Yusuf dan Bunyamin)kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana." (Yusuf: 83)

Khamis, Mac 15, 2007

Spring Break

Emmy's courtesy

Assalamualaikum semua..

Minggu ni adalah cuti musim bunga untuk kebanyakan universiti di Amerika Syarikat. Walaupun bunganya masih belum kelihatan. For the last couple of days, ada lah beberapa aktiviti yang dah aku buat.

Badminton
Jumaat malam hari tu, dengan sambil lewanya aku pergi bermain badminton. Puas hati gak la sebab dapat kalahkan Yeop. Haha. Sure Yeop pelik macammana aku tiba-tiba hebat malam tu. Selain itu, aku juga escape dari latihan dikir barat. Malas gile nak berlatih benda alah tu.

Minnesota Trip
Hari Ahad, itinerary flight untuk pulang ke Malaysia telah sampai. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia. Sejurus selepas itu, Kak Dina ajak ikut trip dia pergi Minne. Nak shopping barang-barang balik Malaysia katanya. Lantas aku bersetuju. Seronok main-main ngan Toriq masa dalam kereta. Comel je. Aku pun ada beli sedikit cenderahati untuk abah dengan mama. Yang lain-lain tu, nanti dululah. Banyak masa lagi. Makan malam kat Marina memang sampai senak perut dibuatnya. Dalam perjalanan pulang, kena tahan ngan polis, tapi mujur tiada apa berlaku.

TF
Semalaman aku tak tidur sebab nak siapkan TF ni. Artikel semua dah dihantar by 11hb hari tu. Aku yang tidak berpengalaman ni ada lah buat sedikit. Lepas tu, semalam Imran cakap dia nak TF sebelum pukul 7 pagi 14hb sebab hari last dia kerja dan dalam masa sama TF tu nak di print. So, dengan susah payahnya, aku membuat TF. Zulu reka front page setengah jam je. Simple tapi still ok untuk keluaran TF pertama di bawah editor baru. Syabas. Kalau nak baca TF version PDF, boleh pergi ke www.misgonline.com

Bola sepak jalanan
Semalam, cuaca sangan menarik untuk bermain bola. Setelah hampir beberapa bulan tak main di luar oleh sebab snow bertimbun-timbun ditambah pula dengan kesejukan di bawah takat beku. Seronok sebab ramai yang main ditambah dengan kedatangan Ube (member senior2 aku) dan juga budak-budak Cina Malaysia.

Duduk rumah
Perkara paling kerap terjadi di masa cuti adalah duduk memerap dalam rumah. Layan la cerita Melayu yang merepek-merepek tu. Nasib baik ada lah match bola time weekends dan hari Selasa semalam. Man Utd v Europe XI. Ada lah jugak benda nak ditengok.

So, kesimpulannya, masa memang pantas berlalu. Sedar tak sedar, Tf untuk kali ni dah siap. Cuti tinggal beberapa hari saja lagi. Kerja rumah belum sentuh pun. Mechanics belum study lagi, exam menjelang bebrapa hari selepas cuti. Huhu. Tapi nak rileks dulu la. Cuti bukannya selalu. Tapi jangan cuti kewajipan sudahlah.

"Waktu itu umpama pedang. Kalau kamu tak memotongnya, dia akan memotong kamu"

Ahad, Mac 11, 2007

Insan

Subuh nan permai
Dingin pun sampai
Insan itu masih tersadai
Terjaga dek azan membelai
Bukan sejadah yang dicapai
Kembali santai
Bangun setelah waktu usai

Siang nan membara
Sang mentari menyinar cahaya
Namun si insan masih leka
Berjalan tanpa hala
Ini siksa dunia katanya
Tak sudah mencaci cela
Oh insan hina
Ingatlah Dia Maha Pencipta

Senja nan merah
Sang mentari beralih arah
Insan itu makin parah
Masih dengan sumpah seranah
Luka kecil bisa jadi nanah
Kepada Tuhan nasib diserah
Lihat saja Kalamullah
Lihat saja Sunnah
Lihat saja sirah

Malam kembali dingin
Bersama deruan angin
Insan belum kepingin
Islah diri jadi Al-faizin
Sebelum kau lelap sebagai Al-fasikin
Mohon ampun taubat Al-akhirin
Moga dosa kelmarin
Gugur bersama daunan At-tin

Aku pun tak tau macammana sajak ni boleh jadi. Haha. Sajak awal dan mungkin akhir dari aku. Kalau ada macam ayat-ayat tak kena tu, maklum je lah ye.

Bertambah Sudah Umurmu

Krel sewaktu mencecah 18
Ajon sewaktu mencecah 18
Banj sewaktu mencecah 19


Hari ini adalah hari jadi Potter atan nama sebenarnya Hilmi yang ke 21. Tapi aku wish agak lambat la jugak (wish kat frenster je.. =P). Maaflah wahai sahabatku Potter. Hehe. Teringat dulu semasa masih berada di pusat pendidikan antarabangsa aka INTEC la. Kebanyakan masa aku habiskan di bilik Ajon dan Potter. Bukan tidak rapat dengan geng-geng ATU, tapi macam selesa je duduk bilik diorang ni. Sambil melayan lagu-lagu dalam komputer potter atau tak pun layan FIFA 2005 kat komputer Afiq. 1 lagi benda yang dilayan adalah 'dadah' yang dibawa oleh Amad. 'Dadah' tersebut adalah game seperti Rocket Mania dan juga Dynomite. Setiap kali ada birthday siapa-siapa, kecoh jugak la nak buat konon-konon surprise. Tengoklah gambar-gambar di atas tu. Itu je yang ada dalam koleksi aku. Bukan apa, sambut birthday ni adalah salah satu cara kita nak belanja seterusnya buat kawan-kawan gembira. Bila teringat balik masa bersama dengan kawan-kawan, terasa sepi duduk sorang-sorang kat bilik macam sekarang ni. Kalau dulu, masa bosan-bosan, boleh la jugak mengacau budak-budak medic ni belajar. Ye la, kami budak-budak ATU orang cakap antara program yang senang nak pass. Ya, aku akui. Tapi untuk first semester kat INTEC tu, agak sakit jugak. Ada 2 major exams yang menentukan layak atau tak aku ditempatkan di universiti. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Masuk semester dua, belajar tak menekan sangat. Dan paling menarik sekali masa semester ketiga. Ada 1 kelas saja untuk 1 hari. Tu yang kerjanya asyik nak kacau orang je. Balik Malaysia nanti, harap-harap dapatlah jumpa dengan kawan-kawan yang dah lama aku tak jumpa ni. Harapan aku, agar semua dalam keadaan yang sihat walafiat. I dedicate this entry especially to Muhammad Hilmi Kamaruddin for his 21st birthday. May Allah bless you and wish you all the best for your future undertakings. Semoga pertambahan usia berkadar linear dengan pertambahan iman.

"Orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan pergi berjuang (berjihad) dengan harta dan dirinya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar" (Al-Hujurat: 15)

Jumaat, Mac 09, 2007

RADHA

Waktu aku mula-mula sampai di kota besar Ames ini, kegilaan melayari internet memang meluap-luap. Banyak perkara yang aku teroka. Sementelah diri ini lelah dengan bebanan tugas pengajian formal, aku mencari alternatif menghabiskan masa. Lalu aku cuba cari novel Melayu yang ditulis secara online. Hasilnya, novel "Relevankah Aku Di Hatimu?" adalah karya maya pertama yang aku tatap. Aku tertarik. Itu lafaz pertama yang boleh aku ungkapkan. Cara penulisan novelis ini memang dekat dengan hati aku. Dengan jalan cerita menarik yang seakan satu realiti (menurut penulisnya, cerita ini bukannya kisah benar) aku seakan membaca diari hati seorang wanita penuh dengan suka duka. Perlahan aku cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Kisah seorang gadis memasuki alam remaja, mengalami konflik diri, cuba mengenal erti cinta, disulam dengan tanggungjawab terhadap pelajaran dan juga jalan dakwah yang mula dikenalinya sewaktu alam kampus. Bagi aku, kisah ini disampaikan secara terperinci, selari dengan kehendak seorang remaja yang memiliki perasaan mahu menyayangi dan disayangi namun dia juga tidak mahu hanyut dalam perasaan lantaran ada perkara lebih utama dan besar dalam hidupnya sebagai seorang serikandi Islam dan juga seorang siswazah. Pengakhirannya, gadis ini dimiliki oleh seorang jejaka yang menyayanginya serta mampu membimbingnya menyelusuri kehidupan. Bukan sebuah cerita kosong tanpa mesej, kisah ini memberi pengajaran akan pentingnya mengawal kehendak hati dan pentingnya menjaga sebuah perhubungan agar tidak terhumban dalam perangkap nafsu dan syaitan. Dan sekarang, e-novel ini telah dicetak ke dalam bentuk buku. Walaupun aku tahu yang ceritanya sama, tapi aku nak jugak beli (kalau sempat beli ar balik malaysia nanti). Syabas Akak Anis sebab RADHA dah dicetak. (Aku bukan kenal pun siapa Akak Anis yang tulis cerita ni..hehe).

p/s senang cakap, ni citer jiwang ar.. biasalah, aku kalau tak jiwang, tak sah. =P

Ihsan gambar: http://rnysa.blogdrive.com/

Seniman Menangis



Semalam aku update frenster profile untuk ke sekian kalinya. Masa sedang sibuk browsing youtube (takde kerja..hehe), terjumpa pulak lagu seniman menangis ni. Sedih lagu ni. Cerita tentang seorang seniman yang di hadapan peminat terpaksa berpura-pura gembira tapi dalam masa yang sama ada kedukaan dalam diri yang terpaksa ditanggung. Sebenarnya nak cerita sikit pasal Jamal ni. Suara dia memang best ar. Tapi ke'best'an dia tu dibayangi kisah hitam diri dia. Terlibat dengan dadah. Masuk keluar pusat serenti. Hari ni kata dah bersih, tapi esoknya dapat berita kantoi lagi. Inilah akibat ketagihan. Macam-macam ketagihan ada dalam dunia ni, yang paling obvious macam dadah, arak, rokok. Tapi ada 1 lagi yang kadang-kadang kita tak sedar. Perkara maksiat yang kita lakukan juga boleh menjerumuskan kita pada ketagihan. Contoh: mencuri, menipu, pergaulan bebas. Sebenarnya, ketagihan inilah yang membawa kepada hati yang keras dan hitam legam macam bontot kuali. Sebab apa? Sebab dosa walaupun sekecil mana, tapi kalau dilakukan berulang kali, akan membawa kepada dosa yang lebih besar. Ingat tak cerita seorang 'abid yang diperangkap syaitan tu. Mula-mula syaitan tu pancing dia suruh buat dosa. Dari minum arak, berzina lantas membunuh. Kemudian dihasut lagi agar mensyirikkan Allah dan akhirnya keadaan matinya sangat memilukan. Mati dalam su'ul khatimah. Jadi, Apa yang penting, kita patut hentikan perbuatan maksiat even benda tu kita rasa kecil je. Dan at the same time gantikan ia dengan amalan-amalan baik. Dan janganlah kita jadi seperti seniman menangis yang di hadapan manusia, orang anggap sebagai idola, namun di hadapan Tuhan, dosa-dosanya membawa kepada hati yang tidak tenang. (ada kaitan ke dengan lagu tu?)

Wallahua'lam

Isnin, Mac 05, 2007

Mengimbau SPM 03

Semalam, masa tengah bersiap untuk keluar main bola dengan budak-budak kat Ames ni setelah dekat 2 bulan tak main, aku pun tengok-tengok la status YM kawan-kawan aku ni. Anas (senior aku) nye status "19 A1 perempuan lagi..". Aku tersentak. Eh, dah keluar ke result SPM tahun lepas? Aku tak telefon rumah lagi. Macammana agaknya result si Intan tu. Tapi rupa-rupanya result akan keluar 12hb next week. So, aku tak terlambat lagi la nak tanya dekat mama. Tiba-tiba teringat pulak masa aku amik SPM kira-kira 3-4 tahun yang lepas. Berada di kelas budak-budak pandai sangat mengharu-birukan kehidupan. Aku bukannya jenis Mat Study yang boleh duduk mengadap buku 24 jam. Rasa tertekan sebab tengok the rest macam Imran, Pie, Hasan, Salah yang rajin-rajin wat latihan ar, baca buku ar. Aku pulak lebih suka belajar secara santai, tapi keadaan kelas macam tu lah yang buat aku lebih berusaha. Tapi, berusaha macam mana pun, kedudukan selepas peperiksaan macam dah ditentukan je. No. 1,2,3 dah sure ada penghuni tetap. Minggu-minggu terakhir sebelum SPM, aku banyak habiskan masa dekat bilik Hazim, Faridzul dan Insanulhakim. Sebab aku rasa cam selesa kat situ. Tambahan, Hazim bawa gambar family dia. Bolehlah aku usha gambar adik dia si Aiman tu. Hehe. Best sebenarnya alam persekolahan ni, ditambah kemanisan ukhuwah semua pelajar KISAS. Kami solat bersama, dengar tazkirah bersama, berdoa bersama dan even jawab periksa pun sama-sama. Gambar di atas tu diambil sejurus selepas paper Kimia. Sebab masa tu aku dah nak balik. Mama yang bawak kamera tu. Brand ape entah. Memang kamera murah yang masih guna filem dan bateri AA. Haha. Walau apa pun, aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang bakal mengambil result SPM mereka 12hb nanti terutama kepada adik aku Nur Aishah Amalin @ Intan. Bang Cik doakan ko dapat yang terbaik. Dan kepada rakan-rakan SPM 03 KISAS, semoga anda semua berjaya di lapangan masing-masing. Salam Sayang dari aku.

Wassalam

Pembuka Kalam

Assalamualaikum..

Sebenarnya, aku dah create blog ni tahun lepas lagi. Tapi sebab dah macam banyak je blog yang aku ada, so, malas ar nak menulis kat sini. And one thing, blog-blog aku yang lain tu, artikel copy-paste je. Mana-mana artikel or bahan bacaan yang aku rasa menarik, aku paste la kat blog aku. Coz aku rasa benda baik, boleh ar share ngan kawan-kawan and even guru-guru (sebab kat multiply tu, ada cikgu Suraya, cikgu Aini, cikgu Ellyza..a lot to be mentioned). Lately, aku dah macam malas nak update sebab tak ramai pon yang baca dan bagi komen. Mudzil yang selalu bagi komen mengutuk pun dah macam tak aktif. Jadi, I think this is the perfect time to start a new beginning. Aku rasa macam nak menulis apa yang lahir dari isi hati kat blog asing. Even tak ada orang nak komen, aku boleh tulis apa-apa yang jadi kat aku in the mean time dan peristiwa pahit manis suka duka yang dah jadi dalam hidup aku. Sapa-sapa yang baca, tolong jangan menyampah ye. Haha. Bak kata Ogy Ahmad Daud ngan Raja Azura masa ABPBH 06 hari tu, kalau tak nak dengar, tolong tutup telinga. That's it for now. Hope aku boleh ar menulis sedikit waktu lagi. Itu pun kalau ada mood. Luv y'all. Daa~