Assalamualaikum semua..
Minggu ni adalah cuti musim bunga untuk kebanyakan universiti di Amerika Syarikat. Walaupun bunganya masih belum kelihatan. For the last couple of days, ada lah beberapa aktiviti yang dah aku buat.
Badminton
Jumaat malam hari tu, dengan sambil lewanya aku pergi bermain badminton. Puas hati gak la sebab dapat kalahkan Yeop. Haha. Sure Yeop pelik macammana aku tiba-tiba hebat malam tu. Selain itu, aku juga escape dari latihan dikir barat. Malas gile nak berlatih benda alah tu.
Minnesota Trip
Hari Ahad, itinerary flight untuk pulang ke Malaysia telah sampai. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia. Sejurus selepas itu, Kak Dina ajak ikut trip dia pergi Minne. Nak shopping barang-barang balik Malaysia katanya. Lantas aku bersetuju. Seronok main-main ngan Toriq masa dalam kereta. Comel je. Aku pun ada beli sedikit cenderahati untuk abah dengan mama. Yang lain-lain tu, nanti dululah. Banyak masa lagi. Makan malam kat Marina memang sampai senak perut dibuatnya. Dalam perjalanan pulang, kena tahan ngan polis, tapi mujur tiada apa berlaku.
TF
Semalaman aku tak tidur sebab nak siapkan TF ni. Artikel semua dah dihantar by 11hb hari tu. Aku yang tidak berpengalaman ni ada lah buat sedikit. Lepas tu, semalam Imran cakap dia nak TF sebelum pukul 7 pagi 14hb sebab hari last dia kerja dan dalam masa sama TF tu nak di print. So, dengan susah payahnya, aku membuat TF. Zulu reka front page setengah jam je. Simple tapi still ok untuk keluaran TF pertama di bawah editor baru. Syabas. Kalau nak baca TF version PDF, boleh pergi ke www.misgonline.com
Bola sepak jalanan
Semalam, cuaca sangan menarik untuk bermain bola. Setelah hampir beberapa bulan tak main di luar oleh sebab snow bertimbun-timbun ditambah pula dengan kesejukan di bawah takat beku. Seronok sebab ramai yang main ditambah dengan kedatangan Ube (member senior2 aku) dan juga budak-budak Cina Malaysia.
Duduk rumah
Perkara paling kerap terjadi di masa cuti adalah duduk memerap dalam rumah. Layan la cerita Melayu yang merepek-merepek tu. Nasib baik ada lah match bola time weekends dan hari Selasa semalam. Man Utd v Europe XI. Ada lah jugak benda nak ditengok.
So, kesimpulannya, masa memang pantas berlalu. Sedar tak sedar, Tf untuk kali ni dah siap. Cuti tinggal beberapa hari saja lagi. Kerja rumah belum sentuh pun. Mechanics belum study lagi, exam menjelang bebrapa hari selepas cuti. Huhu. Tapi nak rileks dulu la. Cuti bukannya selalu. Tapi jangan cuti kewajipan sudahlah.
"Waktu itu umpama pedang. Kalau kamu tak memotongnya, dia akan memotong kamu"
5 ulasan:
byk aktiviti awak buat..bagus2..tp kenapa kene tahan ngan polis?..
sebab masa ada emergency car, sepatutnya kena bagi laluan kat dia..tp abang talhah x tau, dia stay kat lorong tu gak..tp diampunkan sbb dia first time dtg minnesota..so polis tu pon cm cool je..
salam..
isk2..wkt cuti la kna study..ada ke patut nk rileks2 dulu..*raised eyebrow*..haha..
rajin pulak ko bersukan wkt2 cuti ni ek..bgs2..drpd ko abiskan msa cuti dgn tdo atau mengusha fs org..lebih baik lakukan aktiviti yg mengeluarkan peluh..
k la..smga cuti ko kali ni dimanfaatkan dgn aktiviti2 yg berfaedah dan x me'lagho'kan..=P
Salam..
Wah..masuk musim bunga pun ada cuti ke??..apsal sini x de cuti ek?..korg macam selalu cuti je..
kalau kat sini, kitorg takut kena tahan polis.sbb kitorang tak berapa reti nak communicate.pernah sekali aku kena tahan, polis tu cakap apa-apa ntah..pastu aku buat muka blur, lama-lama dia blah je..huhu..
So next week, start kelas, semoga dpt mengisi masa dgn lebih byk benda berfaedah..jgn nyanyi2 lg=p..chaiyuk2..
odah: haha..time cuti la nak rilek2..kalau time ada kelas, rilek2 gak, tp rilek2 dlm kelas ar..hehe
amie: heh, mana de byk cuti, spring break ni ala2 cuti pertengahan semester masa sekolah dulu ar..
Catat Ulasan