Waktu aku mula-mula sampai di kota besar Ames ini, kegilaan melayari internet memang meluap-luap. Banyak perkara yang aku teroka. Sementelah diri ini lelah dengan bebanan tugas pengajian formal, aku mencari alternatif menghabiskan masa. Lalu aku cuba cari novel Melayu yang ditulis secara online. Hasilnya, novel "Relevankah Aku Di Hatimu?" adalah karya maya pertama yang aku tatap. Aku tertarik. Itu lafaz pertama yang boleh aku ungkapkan. Cara penulisan novelis ini memang dekat dengan hati aku. Dengan jalan cerita menarik yang seakan satu realiti (menurut penulisnya, cerita ini bukannya kisah benar) aku seakan membaca diari hati seorang wanita penuh dengan suka duka. Perlahan aku cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Kisah seorang gadis memasuki alam remaja, mengalami konflik diri, cuba mengenal erti cinta, disulam dengan tanggungjawab terhadap pelajaran dan juga jalan dakwah yang mula dikenalinya sewaktu alam kampus. Bagi aku, kisah ini disampaikan secara terperinci, selari dengan kehendak seorang remaja yang memiliki perasaan mahu menyayangi dan disayangi namun dia juga tidak mahu hanyut dalam perasaan lantaran ada perkara lebih utama dan besar dalam hidupnya sebagai seorang serikandi Islam dan juga seorang siswazah. Pengakhirannya, gadis ini dimiliki oleh seorang jejaka yang menyayanginya serta mampu membimbingnya menyelusuri kehidupan. Bukan sebuah cerita kosong tanpa mesej, kisah ini memberi pengajaran akan pentingnya mengawal kehendak hati dan pentingnya menjaga sebuah perhubungan agar tidak terhumban dalam perangkap nafsu dan syaitan. Dan sekarang, e-novel ini telah dicetak ke dalam bentuk buku. Walaupun aku tahu yang ceritanya sama, tapi aku nak jugak beli (kalau sempat beli ar balik malaysia nanti). Syabas Akak Anis sebab RADHA dah dicetak. (Aku bukan kenal pun siapa Akak Anis yang tulis cerita ni..hehe).
p/s senang cakap, ni citer jiwang ar.. biasalah, aku kalau tak jiwang, tak sah. =P
Ihsan gambar: http://rnysa.blogdrive.com/
10 ulasan:
salam..
suke gak bace citer ni.. tapi mase mula2 dulu terberhenti lame sebab rasenye awal2 tu macam tak bes. Yg besnye, latar tempat citer ni memang wujud, so lagi feel la nak bace..
yup2, latar tempat dia mmg wujud..yang best tu dia describe tempat tu cukup lemaknya..x sikit sgt, x lebih2..huhu
Salam~
aku dpt crite ni sbb ko kasik..igt x?..dan aku hbs bc sbb aku yg bc lah huahua..
aku pun ske crite ni..serius syahdu dan menusuk kalbu..huhu..teringin sebenarnya nk jd mcm gadis dlm crite tu..
mungkin satu hr nnt? *sigh*
heh..satu hari nanti..bile la tu..aku mmg kasi ko citer ni..ko dah buang ek? muahaha
salam shafiq,
RADHA...dah abis baca 3x pun rasa x jemu..tambah2 plak bila ada sambungan RADHA2 dr side kaduk plak..
padat utk jiwa n ruhani...
(jgn jiwa sj, nnti jd jiwang =p)
wslm,
yup, betul tu kak sarah..dr side kaduk tu cerita lps dia kawin kan..huhu
salam..
terbukti wak jiwang orangnya..no doubt bout that..wahaha..
aih, aku pn layan gak cte RADHA ni..mmg best..tp aku suka wkt akashah dgn kaduk tgh berkonflik tu la..wkt dh kawin cam melalut2 skit..so, aku xdpt nk fokus dah..=P
makin byk entry ko ni..kalu tiap2 ari ko update n letak entry bru..nmpaknya..lepas setahun, cukup la 365 entries..mantap2..ape pn, we'll look n see..=D
jiwang bukan bererti kalah..haha ramai rupanya baca novel ni..isk2 so, sape yang jiwang sekarang ni? akukah? atau merekakah yang tidak bersalah?
Salam~..
bilakah masanya aku buang?..aku simpan okay..aku reti menghargai pemberian..ko punya kad ry thn lepas aku simpan,kad ry thn ni aku smpn, duit ry aku simpan, tak guna okay..cuma kalo ko balik summer nnt ko kasik chips ahoy kaler merah je aku mkn..x de smpan2..huhu..
satu hr nnt iALLAH..gadis itu adalah aku..=)
oo kad raya dr moscow je x sampai2..ade yg dah setahun lebih dipos..ade pulak yang dah 6 bulan dipos..isk2
Catat Ulasan