Khamis, Mac 22, 2007
Harapan Pada Ayah Ibu
Lagu ni lagu lama yang diberi nafas baru oleh UNIC. Kalau kita hayati betul-betul lirik lagu ni, maknanya sangat dalam dan boleh menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang duduk jauh beribu baru dari ibu dan ayah mereka. Aku masih ingat lagi kali pertama menyanyikan lagu ni masa Hari Anakku Cemerlang 2000 kat SMKAKS dulu. Masa form 2, aku mula aktif dalam kumpulan Tasneem. Masa tu jugaklah aku belajar pasal suara-suara, pasal percussion. Berbalik pasal lagu ni, moral di sebalik lagu ini adalah harapan seorang anak yang mahukan bimbingan daripada ibu dan ayahnya agar menuntun ke jalan yang diredhai Allah dan bukan disuap dengan hiburan dan cara hidup ala-Yahudi. Dan benda ni kita boleh praktikkan dalam hidu kita seterusnya. Ye lah, kan masing-masing akan mendirikan rumah tangga sooner or later. Jadi, kenalah didik anak-anak nanti dengan sebaiknya. Juga perlu kita bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang harmoni yang memberikan kita kasih sayang dan pendidikan yang sempurna lebih-lebih lagi didikan agama yang telah kita dapat.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu-batu, sedang penjaganya malaikat yang kasar lagi keras, mereka tiada mendurhakai Allah tentang apa-apa yang disuruhNya dan mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan kepadanya." (At-Tahriim: 6)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
salam..
aku pn hampir2 menitiskan air mata bila dgr lagu tu..isk2..sedih btul..mmg sesuai lgu tu didengarkan pd mereka yg dok jauh beribu2 batu dr mak ayah..aih, dh ada perancangan msa pjg kwn aku yg sorang ni..dh pk camna nk didik anak2 dia..bgs2..smga impian ko utk mendirikan baitul muslim mengikut acuan syariat islam yg sebenar akan tercapai..
p/s: bljr psl suara2 kt smka..hmm, bljr cr2 men'sumbang'kn suara ke? haha..
Salam..
owh..ini lagu lama..versi lama siapa yg nyanyi ye agknya?..
Best la lagu ni..mcm lg best je dr lagu permata ayah bonda..kalau dlu2 ko nyanyi masa form 2, masa form 1 lg aku dh nyanyi lagu permata ayah bonda (err tp aku nyanyi dkt bilik air je la- haha)..
kadang-kadang, bila difikirkan balik, bersyukurnya dilahirkan di dalam keluarga yang stabil dari segi agama,kewangan dan kasih sayang..hadiah yg terbaik ALLAH kasik..selalu terfikir, mcm mn ye agknya kalau aku dilahirkan dalam family yg mak ayah entah kemana,agama pun tak kukuh (nau'uzubillahi min zalik)..bukan dipinta lahir dlm golongan begitu..dan besar ujian jugak nak menarik diri keluar dr situ..
Semoga kte2 ni nnt jadik mak ayah yg baik..-aminnn..huhu
p/s: odah berbakat dalam calligraphy, ko berbakat dalam menyanyi dan percussion dan apa2lah pasal muzik,..herm..x pernah nak mencari ke mana bakat2 aku hilang agknya...
odah: baru bape bulan dah rindu.. x duk overseas ar cmni..huahuahua
amie: dlu lagu nada murni kot..
aslm'kum..semasa sy membaca blog anda ini lagu ini tersekat..esok pagi dngr balik,insyaAllah clear..hihi..hurm..mmg sejak dr kecil lg harus diterapkan cara hidup Islam..kan org kata melentur buluh biarlah dr rebungnya..tp kene hati2 juga..jgn terapkan secara paksaan..biar anak2 kter rasa kemanisan tu dgn usaha dia..barulah dia hargai..tugas kter hanyalah meng'guide' dia..sbb kebanyakkan umat Islam kat Malaysia ni,mcm dah ditanam dalm otak sejak lahir yg 'aku ni Islam,aku KENE percaya pd Allah dan etc..mcm dah satu paksaan..mcm kter blajar kat sekolah la..blajar utk exam,abis je exam dah lupe..ilmu tu x lekat kat otak..lebih kurang mcm tu la perumpamaannye..hurm..paham ke ek?..kalo x paham xpe la..kalo ada salah,minta maaf ye..
p/s:masa dtg KISAS dulu nampak awak dan kengkawan atas stage..tunggu2 gak bila awak nak nyanyi ni..tp smpai akhir xde pun..balik dgn keciwa..hihihih
wah, cikgu aznita sudah mengeluarkan aura keguruannya.. seperti menyaksikan cikgu add math menyelitkan unsur tazkirah dalam pengajaran matematika di dalam kelas..yes!
Catat Ulasan