Isnin, Mac 05, 2007

Mengimbau SPM 03

Semalam, masa tengah bersiap untuk keluar main bola dengan budak-budak kat Ames ni setelah dekat 2 bulan tak main, aku pun tengok-tengok la status YM kawan-kawan aku ni. Anas (senior aku) nye status "19 A1 perempuan lagi..". Aku tersentak. Eh, dah keluar ke result SPM tahun lepas? Aku tak telefon rumah lagi. Macammana agaknya result si Intan tu. Tapi rupa-rupanya result akan keluar 12hb next week. So, aku tak terlambat lagi la nak tanya dekat mama. Tiba-tiba teringat pulak masa aku amik SPM kira-kira 3-4 tahun yang lepas. Berada di kelas budak-budak pandai sangat mengharu-birukan kehidupan. Aku bukannya jenis Mat Study yang boleh duduk mengadap buku 24 jam. Rasa tertekan sebab tengok the rest macam Imran, Pie, Hasan, Salah yang rajin-rajin wat latihan ar, baca buku ar. Aku pulak lebih suka belajar secara santai, tapi keadaan kelas macam tu lah yang buat aku lebih berusaha. Tapi, berusaha macam mana pun, kedudukan selepas peperiksaan macam dah ditentukan je. No. 1,2,3 dah sure ada penghuni tetap. Minggu-minggu terakhir sebelum SPM, aku banyak habiskan masa dekat bilik Hazim, Faridzul dan Insanulhakim. Sebab aku rasa cam selesa kat situ. Tambahan, Hazim bawa gambar family dia. Bolehlah aku usha gambar adik dia si Aiman tu. Hehe. Best sebenarnya alam persekolahan ni, ditambah kemanisan ukhuwah semua pelajar KISAS. Kami solat bersama, dengar tazkirah bersama, berdoa bersama dan even jawab periksa pun sama-sama. Gambar di atas tu diambil sejurus selepas paper Kimia. Sebab masa tu aku dah nak balik. Mama yang bawak kamera tu. Brand ape entah. Memang kamera murah yang masih guna filem dan bateri AA. Haha. Walau apa pun, aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang bakal mengambil result SPM mereka 12hb nanti terutama kepada adik aku Nur Aishah Amalin @ Intan. Bang Cik doakan ko dapat yang terbaik. Dan kepada rakan-rakan SPM 03 KISAS, semoga anda semua berjaya di lapangan masing-masing. Salam Sayang dari aku.

Wassalam

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam~..

smoga jalinan ukhuwah kan berkekalan..=)..

err..termasuk lah ukhuwah ko dgn si Aiman..=p

Tanpa Nama berkata...

heh, ukhuwah ngan aiman? dia kenal aku pun x..isk2

amnah my. berkata...

salam..
seronoknya terkenang zaman muda2.. sekarang ni semua dah melata bertebaran di bumi mengikut haluan masing2.

Apsal name aisyah tapi panggil Intan?

salam sayang juga dari moscow.. huhu..

Tanpa Nama berkata...

Masa si Aishah ni lahir, abang dia yang hensem ni cadangkan nama Intan kat mama..tp direject dengan jayanya..so, nama betul nur aishah amalin tp dipanggil intan dlm famili..huhu

Ct AdAh berkata...

salam..
bestnya ada byk2 nama ni..msti ko kecewa sbb cdgn ko direject dulu..aku dpt bayangkan..wahaha..xpe wak, at least, nama idaman ko tu mnjadi nama panggilan adik ko tu..btul x?

nk tiru amnah la..salam sayang dr dublin..haha..

Tanpa Nama berkata...

salam~

warx aku nk bocorkan rahsia..

am..warx happy am comment..comment2 slalu lah ye..huhu..


p/s: wah 2 salam sayang ko dpt..x ley la kutuk ko x cukup kasih syg lg..huhu..jd aku x mau kasik salam sayang..

wassalam cukup~..huhu

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam shafiq,

soronok baca entry ni..bila cite smula kenangan kt KI dulu, rasanya mcm x abis..sbb byk n best sgt..tp yg x best pun ada..tp adatla tu kn..

semoga ukhwah berpanjangan!

Tanpa Nama berkata...

salam odah, amie, kak sarah..

sebab aku cadang nama intan tu, secara automatik ia menjadi nama timangan..aku pun ade byk nama gak..tp x berapa best sgt pun sebenarnya..nama shafiq lagi sweet.. =P

mmg la happy kalau kawan2 comment..terasa diriku begitu berharga (tiru ayat kak sarah)..

kalau nak cite semua kenangan dalam 1 entri, alamat time nak publish tu nnt, ade error plak..panjang sgt..so, tunggulah kisash-kisash seterusnya pada entry mendatang..